Thursday 1 August 2019

Gembirakan Hati Suami

Awal pagi tadi..

"Sayang, kita terlepas satu offer. Malam tadi saya tengok tapi dah habis pun offer tu."

"Oh, apa dia?"

"Dr Azizul ada buat offer Ebook Hartanah. 9 ebook dan video dengan harga RM20. Terlepas beli. Ruginya."

Aku pun cepat-cepat buka FB Dr Azizul. Cari promosi tu. Erm, betul la dah habis. Mungkin semalam busy sangat petang sampai ke malam key in order buku, so aku tak sempat tengok FB.

Aku pun komen la di status Dr. Manalah tahu tiba-tiba offer dibuka semula kan. Dapat juga notification kalau Dr Komen kat situ.

Tengah hari tadi, aku terbaca notification dari status tersebut. Aku tengok Dr komen masih boleh beli.

Cepat-cepat aku klik link belian. Cuba nasib. Buat belian RM20. Aku fikir, kalau habis offer pun tak rugi sangat dua puluh je.

Yeah berjaya akhirnya. Boleh dapat harga promo dengan 9 ebook dan beberapa video.

Memang aku beli niat hadiahkan pada suami. Aku tahu dia tengah tambah ilmu tentang hartanah. Ada beberapa buku lain yang dia dah habis baca.

Bila dapat je email belian tu suami aku suka sangat. Dah siap download katanya nak baca kat rumah.

Wahh aku pun happy sebab dapat gembirakan suami.

Belanja suami RM20, tak sampai sejam masuk komisen RM190 sebagai affiliate Khairul Hakimin.

Alhamdulillah.

.
Mudah je rezeki masuk bila kita niat nak gembira orang-orang yang kita sayang.
Allah juga akan gembirakan hati kita.

Kalian cubalah amal tip ini. Saya pernah belajar dari seorang Sifu FB.

Gembirakan hati keluarga tak kesah suami, isteri, anak-anak, adik-beradik, ibu bapa lebih-lebih lagi. Insya Allah maka makin murah dan bergandalah Allah beri rezeki untuk kita juga.

.

Nabi Muhammad saw ketika ditanya mengenai bersedekah kepada kaum keluarga menerangkan :

"Orang (yang bersedekah kepada kerabatnya) itu mendapat dua pahala. Pahala hubungan silaturahim dengan kerabatnya dan pahala sedekah itu sendiri." (HRM)

Aiz.

Sunday 28 July 2019

Mudah Je Tak Nak Stress Hari Bekerja

Mudah je rupanya tak nak kelam-kabut dan stress bila hari bekerja.

Sabtu dan Ahad biasanya hari bersenang-lenang. orang kata family time. Keluar jalan-jalan, makan di luar, menonton wayang atau movie di rumah dan tidur lewat malam.

Bila tiba ahad malam hati mesti resah gelisah. Aduh! Esok nak kerja dah. Boringnya. Tak puas cuti.

Korang pernah rasa macam ni? Saya pun kadang selalu rasa. Saya kongsi beberapa tip yang selalu saya buat bila hujung minggu.

1. Gosok baju sekolah anak lebih awal. Hari Sabtu atau ahad petang. Bukan hari Isnin pagi. Confirm stress dan moody kalau terlewat bangun dan baju belum digosok.

2. Gosok baju kerja sendiri dan uniform suami. Siap gosok untuk 5 hari bekerja. Senang cerita. Penat fikir sehari je nak pakai baju apa. Esok-esok tak perlu fikir lagi, sebab baju dah tergosok.

3. Kemas rumah, mop lantai, basuh tandas, basuh baju, settlekan hujung minggu.

Bila hari bekerja tak perlu fikir sangat kerja rumah terbengkalai. Kalau semua tak de rumah hari kerja dan sekolah, confirm rumah tak berapa sepahkan.

4. Siapkan keperluan masak untuk seminggu. Bawang, lada, lauk semua siap dah dalam peti sejuk. Bila balik kerja tinggal masak je. Tak perlu siang atau potong bawang bagai semua.

Jimat masa dan tenaga. Maklumlah, balik kerja kita pun penat. Bila penat, anak-anak buat salah sikit pun kita boleh jadi hulk.

5. Bahagi kerja rumah dan lain-lain pada suami dan anak-anak. Minta mereka bantu. Kita juga tenang dan gembira. Bergotong-royong buat bersama pagi Ahad.

6. Tak nak Monday blues, atau blues hari bekerja, saya galakkan anak-anak tidur cepat. Biasanya jam 9 atau 9.30 semua mesti dah tidur.

No televisyen atau apa-apa drama sinetron yang duk tayang malam hari.

Ahaa, cara mudah nak bagi anak tidur cepat? Kita tutup lampu dan tidur dengan mereka. Ni kalau anak masih kecil. Anak besar pun boleh praktis juga. Yang penting mereka cepat tidur.

7. Saya yang kena bangun awal pagi, sebelum yang lain bangun. Biasanya yang lain dah siap saya juga yang lambat.

Tak nak stress pagi hari, kena bangun sebelum subuh. Sambil nak siapkan sarapan, sempat tahajud, berzikir, dan mengaji.

.
Like dan share jika korang rasa bermanfaat. Sila follow dan set see first fb saya jika korang tak nak terlepas posting-posting menarik dari saya.

#aizmenulis

Friday 26 July 2019

Buku Teguran Dari Langit

Bagaimana saya reward diri saya?
Dengan membeli buku. Masuk kedai buku belek sana sini kadang berjam boleh sangkut dalam tu.

Lagilah dapat suami pun kaki buku juga. Dua-dua sangkut. Mujur jumpa jalan keluar.

Minggu lepas rewards diri dengan beli buku Teguran Dari Langit tulisan NK Deanna Chee.

"Eh, aku pun sama juga macam ni. Dulu aku pun gini juga la." Baru baca separuh, memang sentap jiwa. Malah bergetar rasa.

Targetnya habis baca buku ni, nak baca Ebook Formula Rahsia Personal Branding & Penulisan Viral yang sedang promo aku beli kelmarin.

Esok berangan nak memborong novel pula di Karnival Buku Krangkraf.

Satu kepuasan bila dapat beli, walaupun baca tahun depan.

Friday 19 July 2019

Aku Takut

Ya Allah bantu aku. Kenapa aku masih rasa takut bila mana ada yang marah-marah waktu memandu.

Hinggakan aku rasa lebih baik tak ke mana-mana jika mahu memandu dalam keadaan emosi tidak stabil. 7

Normal?

Trauma?

Fobia?

Dada aku berdebar-debar. Rasa menggigil. Mula terbayang aku ditengking dan dimarah.

Walaupun bukan aku yang dimarah, tapi aku dapat rasa kemarahan akan terus tercetus dan dilempar ke arah aku. Dibrek laju dan terpusing kereta.

Tolong aku Ya Allah. Aku tak dapat kawal anak-anak aku. Aku mohon kau jagalah mereka untuk aku. Peliharalah tingkah laku mereka. Agar tidak menimbulkan amarah orang lain.

Pelihara juga hati dan perasaan aku agar tidak mudah kalah dengan rasa takut ini. Ya Allah beri aku kekuatan.

Terima kasih Allah untuk ujian ini.

Wednesday 17 July 2019

Ikan Bawal Warung Bunian

Jarang-jarang sekali aku ikut geng office makan tengah hari. Selalunya waktu lunch adalah waktu melelapkan mata.
Harini saja aku nak join mereka, nak tengok sendiri "warung bunian" yang dorang selalu bercerita.
Katanya ikan bawal situ sedap sekali. Makan pula dengan asam pedas. Ikan dan ayam panas-panas lagi. Bersulamkan sambal belacan. Fuh merecik.
Tapi aku makan ayam goreng berempah, dan asam pedas. Sedap juga. Kenapa tak makan ikan? Sebab aku kurang gemar ikan.
Next time pergi dengan husband baru boleh makan ikan. Sebabnya confirm dia akan ambil ayam, so aku boleh cuba ikan pula. Asam pedas pun memang sedap tak berapa pedas sangat.
Yang specialnya aku minum air hutan. Memang marveles. Sedap kau. Sejuk rasa tekak.
Warung ni penuh dengan orang bekerja sahaja. Maklumlah waktu lunch kan. Nak makan tadi pun kami tempah dulu, supaya dapat cepat. Sampai je makanan dan siap hidang. 
Pelik juga kenapa orang panggil Warung Bunian. Agaknya sebab tempatnya tersorok dan seperti hutan rimba gitu.
Menu utama Ikan bawal dan ayam set kuah kari atau asam pedas. RM12 satu set hidangan. Berbaloi memang kenyang sampai ke malam ni. Merajuk pulak isteri kau nanti, sebab kau dah kenyang makan sini. Penat dia masak kat rumah tu. Hehe
Korang yang berdekatan dengan Bandar Sultan Sulaiman, Klang boleh la singgah warung ni. Nikmati hidangan makan tengah hari yang ada di sini.




Saturday 13 July 2019

Air Naga Viral

Anda fikir saya ada masa untuk dahaga bila minum Air Naga Viral ni. Hehehe
Akhirnya berjaya juga buat sendiri. Terima kasih kawan-kawan office yang sudi share caranya.
Mudah sangat jom buat untuk hilangkan dahaga waktu panas terik ni.
Bahan-bahannya :
1. Buah naga. Boleh letak ikut suka berapa biji.
2. Sumi sepeket. Warna warni lebih cantik
3. 1 bekas Nata da coco
4. Setin susu cair
5. Setin susu pekat
6. Sebotol Air Krim Soda
7. Ais
Cara-caranya :
1. Potong buah naga kecil-kecil dan masukkan dalam bekas /juga besar
2. Masukkan dan campur semua bahan.
3. Kacau rata sampai warnanya nampak pink  dan masukkan ais.
Tak perlu masuk air kosong atau air gula kerana sudah manis.
Kalau nak lebih meriah, boleh campur dengan laici dalam tin, buah mangga, buah strawberry.





Yummy sedap diminum basah tekak. Fuh marbeles hehehe.
#dapuraiz

10 Perkara Yang Isteri Mahu Daripada Seorang Suami

Point 1 hari-hari memang akan dapat ucapan cinta

Point 2 memang penting. Awal kahwin suami dah pesan. Suami isteri mesti saling percaya

3. Saya yang akan rasa bersalah sangat kalau terkurang dalam masakan. Tapi dia rilekss je.

Point 4 hari-hari suami akan sebut kenangan masa bercinta

Point 5 sentiasa ada dan bersama

Point 6 memang suami akan tunaikan

Point 7 saya tak sempat mengadu suami dah tanya dulu

Point 8 memang ucapan wajib lepas makan suami akan ucap terima kasih walaupun masakan ada terkurang

Point 9 - buang sampah, sidai baju, lipat baju memang kerja suami. Saya tak pernah buat sepanjang perkahwinan

Point 10 seminggu sehari atau dua akan ada off day masak. Ada hari berdating seminggu sekali.

Alhamdulillah. Bila suami buat 10 perkara ni memang hari-hari macam orang bercinta & pengantin baru

Ni ulasan aku daripada perkongsian Khairul Abdullah yang menulis tentang 10 perkara yang isteri mahukan daripada seorang suami.

Baca di bawah tulisan beliau.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Ok guys, nah ini dia 10 perkara yang isteri korang nak tapi korang tak tahu.

1. Rasa dicintai - Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.

2. Kepercayaan - Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.

3. Memahami dan memaafkan - Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.

Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.

4. Berbual - orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya "abang sayang saya?" kau jangan jawab sepatah jer "sayang". Kau kena jawab gini "Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello."

Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.

5. Masa berkualiti - Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.

6. Yes mem - Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan "ya" berbanding "tidak". Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.

Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.

7. Pendengar yang bagus - isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.

8. Ucapan - Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan "tolong" tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.

9. Berkongsi tanggungjawab - Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.

10. Off day - sesekali isteri nak berehat. "Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak". Haaa gitu.

Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.

Begitulah.

Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.

Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy