Saturday 22 February 2020

Tak Hensem Tak Pe, Janji Kaya!

"Tak hensem tak pe, janji kaya." Aisshh asyik iklan ni je. Tak da iklan lain ke. Husband mengomel. Pagi hari bila buka radio mesti dengar suara dia. 

Aku gelak je. Okey meh sini. "Kalau tagline ni mesti awak suka kan. Tagline khas untuk awak ni"

"Dah la hensem, kaya pulak tu!" 

Berdekah-dekah dia ketawa. 

Hingat dia sorang je buat pickup line. Aku punya lagi power la. Hehehe.

Road To Jannah

Suami aku selalu duk ulang-ulang quote ni, "Seorang lelaki yang dambakan seorang bidadari, perlulah bina syurga buatnya. Bidadari tak mungkin tinggal dalam neraka." 

Aku setuju sangat!  Ni cara road to jannah stail aku suami isteri. 

Orang lain, road to jannah dia cara lain. 
#roadtojannah

Duit Belanja Isteri Patut Ke Suami Pegang?

Lepas dengar penjelasan Ali Puteh semalam, aku tak ada apa pun nak ulas. Biarlah mereka yang lebih arif menentukannya. 

Cuma isu tentang wallet dan duit si mati dan hak isteri ke atas duit tersebut. Aku pun memang kurang ilmu dan nak sangat tahu apakah jawapan yang sebenarnya. 

Kebetulan pagi tadi masa dengar Sinar FM, topik wasiat, faraid dan hibah. Perkongsian oleh Tn Ariffin Sabirin dari Wasiyyah Shoppe di Sinar FM. 

Dan isu yang aku sendiri nak sangat tahu jawapan tu telah diutarakan oleh Jep. Ini aku kongsikan untuk peringatan diri sendiri dan sebagai ilmu pengetahuan yang sepatutnya kita sebagai isteri wajib tahu. 

Soalan : Siapakah yang berhak dan apa hukumnya duit yang ada dalam wallet si mati? Bolehkah isteri arwah menggunakan wang tersebut untuk kelangsungan hidup. Bagaimana jika isteri arwah sudah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan harian dan uruskan anak-anak?

Jawapan : Apa sahaja harta si mati termasuklah duit yang ada dalam wallet samada seringgit sekalipun perlu di faraidkan kerana itu adalah harta si mati, yang mungkin perlu diuruskan untuk faraid, hutang dan ada bahagian orang lain yang tidak diketahui. 

Isteri perlulah mencatat dan merekod setiap wang yang telah digunakan. Supaya nanti bila difaraidkan harta tersebut mudah untuk dimaklumkan tentang wang yang telah digunakan itu. 

Tetapi boleh sahaja sebagai waris, atau pengurus harta si mati untuk memberi wang si mati kepada isteri (balu arwah) untuk kegunaan hidup sehari-hari sebelum hartanya difaraidkan. Semuanya atas budi bicara, belas ihsan dan sifat kasih sayang sesama manusia, hubungan persaudaraan dan kekeluargaan. 

.
Selepas mendengar jawapan beliau, kesimpulannya, duit belanja untuk isteri sebaiknya suami perlu bagi terus pada isteri berapa jumlah yang suami nak bagi. Sebaiknya tetapkan setiap bulan. 

Isteri juga wajib catat dan rekod. Jika mungkin satu hari nanti termiss, maka ia akan jadi hutang nafkah yang perlu dibayar suami. 

Samada masuk terus ke akaun bank isteri. Atau jika wang tunai, biarlah di simpan dalam beg duit isteri sebagai kegunaan duit belanja isteri. 

Dan aku rasa tidak praktikal lagi kepada para suami yang bagi duit secara harian. Contoh awal pagi, suami bagi duit belanja hari tersebut. Walaupun duit belanja hari-hari mendatang suami memang dah peruntukkan cumanya tak bagi di tangan isteri. Tersimpan dalam wallet suami. 

Dan akhirnya bila sesuatu di luar jangkaan terutamanya kematian menjemput, tentulah isteri gelisah dan hilang tempat bergantung. Lebih lagi jika isteri tidak bekerja. Pasti suamilah tempat berharap.  

Bila situasi begini terjadi, maka apa sahaja duit dalam wallet si mati (suami) sudah jatuh pada hukum faraid. 

Bila isu harta timbul maka ramailah yang datang menuntut, yang tak arif pun mahu tunjuk arif. 

Sekurangnya jika sudah diperuntukkan untuk isteri, isteri dan anak-anak boleh meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh masa tertentu. 

.
Anys Idayu Zakaria

Thursday 13 February 2020

Besday Isteri 358 Hari

Sabtu lepas besday husband. Hari jumaat tu aku buat la surprise bagi flower& coklat. 

Hari Sabtu petang aku belanja family makan di Ink Library. Hari ahad aku order kek marble (aku yang teringin benor nak makan) dan cream puff. 

Kata husband....

"Thankiu sayang belanja makan. Syoknya besday saya dapat makan best hari-hari. Kita sambut besday saya seminggu tau, sampai besday awak next Sabtu."

"Eh, mana boleh. Mengelat tu. Besday awak sambut seminggu. Besday sayang sehari, sabtu tu je!" 

"Mana ngelat pulak sayang. Besday saya seminggu je, habis sampai besday sayang sabtu ni. 

Tapi besday sayang kita sambut setahun sampai besday saya tahun depan pulak. Sweetkan. Suka tak?" 

Gelak seronoklah aku gayanya kan. Boleh la plan nak habiskan duit suami. 🤣🤣 Duit suami sendiri kot, bukan suami orang lain. 

.
Anys Idayu Zakaria

Persembahan Hafiz AJL Romantis Habis ke?

Aku : Yang, persembahan Hafiz semalam ramai orang puji. Romantis habis katanya. Siap cium tangan isteri lagi masa persembahan. 

Suami : Saya setuju la dia menang persembahan terbaik. Erm tapi saya tak romantik ke?

Aku : ok laa. Awak pun romantis juga. Masa public speaking kat HQ haritu awak siap kenalkan sayang isteri awak, dan siap bagitau lovely wife datang support. Sweet sangat dah tu sampai semua orang tepuk tangan. 

Heheheh senyum simpul je. Nak juga dia pun...

.
Anys Idayu Zakaria

Sunday 9 February 2020

Selamat Hari Lahir Suamiku!

Selamat hari lahir suami tercinta. Semoga apa jua yang dihajati dan diimpian tercapai dan menjadi kenyataan.

Semoga Tuhan sentiasa merahmati setiap perjalanan hidupmu. 

Semoga terus kekal menjadi suami&daddy yang romantis dan penyayang. 


I love u soo much! 


Hahah sempat jugalah buat surprise pada husband. Jenuh juga fikir macam mana nak hantar bunga ni.



Gini laa bila suami isteri satu office. Tempah bouquet pun dengan rakan office. Sudahnya minta tolong rakan office juga snapkan gambar. 

Saturday 1 February 2020

Suami Isteri Sapa Banyak Cakap?

Haritu lepas terbaca satu posting rakan di FB, aku pun berceritalah dengan husband. 

"Ada orang kata kalau lelaki dengan perempuan bila berjumpa asyik bercakap tak henti itu tanda mereka tu pasangan bercinta, belum kahwin atau Pjj husband&wife."

Tapi... Bila aku fikir semula kitorang ni pun hari-hari bersama asyik non stop bercakap. Lagi-lagi husband aku. Ada je cerita dia nak share. 

Orang kata tip nak erat hubungan suami isteri antaranya buat kejutan "say hai" atau wassap pasangan bila mereka di tempat kerja. Sesekali tanya pasangan "awak ok ke harini, banyak kerja ke?"

Speechless! Yang ni husband aku praktis hari-hari. Tengah kerja pun non-stop wassap aku juga. 

Tu belum kalau dia tak da rumah. Harini dia duty. So, esok pagi sampai rumah confirm soalan ni dia akan tanya, "Sayang, report pada saya apa yang awak dan anak-anak buat seharian semalam." 

Eh, eh dia ingat kena hantar report macam kat office ke. Hahahha. Padahal semalam tu kitorang still berwassap juga. 

Antara tip lain nak erat hubungan suami isteri amalkan "pillow talk." Bercakap-cakap dengan pasangan sebelum tidur. 

Yang ni kadang bukan pillow talk je kitorang amal. Kalau aku dah tertidur dulu pun, dia nampak aku buka mata kejap je, pasti dengan pantas dia sambung cerita lagi. Nasiblah aku tak jawab merepek. Kot la tengah mengigau, dia ajak sembang habis semua dalam mimpi keluar. Tak ke naya tu! 

Mula kenal dulu ingatkan dia pendiam. Tapi rupanya dah 2 tahun kenal, inilah dia suami aku. Non stop dan eksited berkongsi apa je dengan aku. 

Sempena Bulan Februari ni orang kata bulan berkasih sayang, orang kata ke? Rasanya aku je kot suka anggap gitu. 1/2/2018 tarikh kami pertama kali bertemu. Alhamdulillah, Terima kasih Tuhan untuk anugerah pertemuaan ini. Tuhan itu sangat adil. Setiap sesuatu saling melengkapi. Contohnya aku pendiam dia banyak cakap. Haa kan best gitu. Aku tak payah fikir modal nak cerita apa. Dia je yang kena fikir. Opss.