Masuk sahaja Ramadan antara azam yang selalu mahu dicapai ialah nak baca Al Quran 30 juz. Bermaksud sehari mesti habis 1 juz.
Untuk tahun ni, aku niat nak baca sekali dengan terjemahan. Aku guna Al Quran dapat masa hantaran haritu. Jenis buku yang telah diasingkan setiap 30 juz, lengkap dengan terjemahannya. Senang boleh bawa ke pejabat. Habis juz 1 harini, esok bawa juz 2 pula.
Mengikut kiraan, juz 1 ada 45 muka surat berserta terjemahan. Jadi setiap kali solat aku mesti baca sekurangnya 10 muka surat. Untuk selesai 1 juz sehari.
Moga istiqomah hingga 30 juz, 30 hari Ramadan.
Ini juga antara tip mudah kita boleh praktik jika mahu habis sehari 1 juz. Kita cuma perlu baca 20 muka surat sehari, bersamaan dengan
Subuh 4 muka surat
Zohor 4 muka surat
Asar 4 muka surat
Maghrib 4 muka surat
Isyak 4 muka surat
Selesai untuk 1 juz hari pertama. Sambung hari kedua dan seterusnya hinggalah 30 Ramadan khatam 1 Al Quran.
Yang ni pula aku share pada korang, Tips mudah khatam Al Quran sebulan Ramadan daripada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Aku ambil dari fanpage beliau beberapa tahun lepas. Memang aku simpan di blog. Senang cari bila diperlukan.
Hari pertama:
Surah al-Fatihah ayat 1-7
surah al-Baqarah ayat 1-141
Hari ke-2:
Surah al-Baqarah ayat 142-252
Hari ke-3:
Surah al-Baqarah ayat 253-286
Surah Ali 'Imran ayat 1-92
Hari ke-4:
Surah Ali 'Imran ayat 93-200
Surah an-Nisa' ayat 1-23
Hari ke-5:
Surah an-Nisa' ayat 24-147
Hari ke-6:
Surah an-Nisa' ayat 148-176
Surah al-Maidah ayat 1-81
Hari ke-7:
Surah al-Ma'idah ayat 82-120
Surah al-An'am ayat 1-110
Hari ke-8:
Surah al-An'am ayat 111-165
Surah al-'Araf ayat 1-87
Hari ke-9:
Surah al-'Araf ayat 88-206
Surah al-Anfal ayat 1-40
Hari ke-10:
Surah al-Anfal ayat 41-75
Surah at-Taubah ayat 1-92
Hari ke-11:
Surah at-Taubah ayat 93-129
Surah Yunus ayat 1-109
Hari ke-12:
Surah Hud ayat 1-23
Surah Yusuf ayat 1-50
Hari ke-13:
Surah Yusuf ayat 51-111
Surah al-Ra'd ayat 1-43
Surah Ibrahim ayat 1-52
Hari ke-14:
Surah al-Hijr ayat 1-99
Surah al-Nahl ayat 1-128
Hari ke-15:
Surah al-Isra' ayat 1-111
Surah al-Kahfi ayat 1-74
Hari ke-16:
Surah al-Kahfi ayat 75-110
Surah Maryam ayat 1-98
Surah Taha ayat 1-135
Hari ke-17:
Surah al-Ambiya' ayat 1-112
Surah al-Hajj ayat 1-78
Hari ke-18:
Surah al-Mu'minun ayat 1-118
Surah an-Nur ayat 1-64
Surah al-Furqan ayat 1-20
Hari ke-19:
Surah al-Furqan ayat 21-77
Surah as-Syu'ara' ayat 1-227
Surah an-Naml ayat 1-52
Hari ke-20:
Surah an-Naml ayat 53-93
Surah al-Qasas ayat 1-88
Surah al-Ankabut ayat 1-45
Hari ke-21:
Surah al-'Ankabut ayat 46-69
Surah ar-Rum ayat 1-60
Surah Luqman ayat 1-34
Surah as-Sajdah ayat 1-30
Surah al-Ahzab ayat 1-30
Hari ke-22:
Surah al-Ahzab ayat 31-73
Surah Sabak ayat 1-54
Surah Fathir ayat 1-45
Surah Yasin ayat 1-27
Hari ke-23:
Surah Yasin ayat 28-83
Surah as-Saffat ayat 1-182
Surah Sad ayat 1-88
Surah az-Zumar ayat 1-31
Hari ke-24:
Surah az-Zumar ayat 32-75
Surah Ghafir ayat 1-85
Surah Fussilat ayat 1-54
Hari ke-25:
Surah as-Syura ayat 1-53
Surah az-Zuhruf ayat 1-89
Surah ad-Dukhan ayat 1-59
Surah al-Jathiyah ayat 1-37
Hari ke-26:
Surah al-Ahqaf ayat 1-35
Surah Muhammad 1-38
Surah al-Fath ayat 1-29
Surah al-Hujurat ayat 1-18
Surah Qaf ayat 1-45
Surah az-Zariyat ayat 1-24
Hari ke-27:
Surah az-Zariyat ayat 25-60
Surah at-Thur ayat 1-49
Surah an-Najm ayat 1-62
Surah al_Qamar ayat 1-55
Surah ar-Rahman ayat 1-78
Surah al-Waqiah ayat 1-96
Surah al-Hadid ayat 1-29
Hari ke-28:
Surah al-Mujadalah
Surah al-Hasr
Surah al-Mumtahanah
Surah as-Saf
Surah al-Jum'ah
Surah al-Munafikun
Surah at-Taghabun
Surah at-Talaq
Surah at-Tahrim
Hari ke-29:
Surah al-Mulk - Surah al-Mursalaat
Hari ke-30:
Surah an-Naba - Surah Al Ikhlas
Boleh la ikut mana-mana cara yang korang rasa mudah. Asalkan kita buat dengan istiqomah.
Kalau bagi wanita cuti, jangan pula kata alaaa tak boleh khatam ni. Kalau dah ABC seminggu lebih mana nak habis. Dah tentunya itu keistimewaan kita kaum wanita. Habis cuti kita sambung semula. Mudahkan. Simpan niat dan azam tu. Moga Allah mudahkan. Kalau awal-awal dah rasa confirm tak boleh habis, rasa berat memang tak baca dan tak habis la jawabnya.
Syaitan ni suka perdaya kita. Kalau permulaan kita dah tunjuk kalah, melompat-lompatlah syaitan gembira. Menang kononnya tak payah kerja keras nak buat kita bermalas-malasan kan. Apa kata kita yang kena kuat melawan.
Doakan aku berjaya habis sehari 1 juz untuk khatam 30 juz sebulan. Aku doakan korang pun berjaya juga istiqomah.
Aiz.
Salam Ramadan Pertama
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletejom 1 juz sehari.. dalam 40 minit je kalau lancar baca..
ReplyDelete