Showing posts with label Persediaan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Persediaan Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, 23 October 2018

Persiapan perkahwinan

Tek : Anys Idayu Zakaria


Ada yang pernah tegur aku, gelabahnya macamlah ini kali pertama aku urus perkahwinan. Tapi aku hanya senyum sahaja. Dalam hati hanya mengiyakan. Memang betul pun. Ni perkahwinan kali kedua, tapi kali pertama aku merasai semuanya.
Seperti mimpi. Memang nampak eksited dan berdebar urus semua kelengkapan. Dulu perkahwinan pertama tanpa restu. Langsung aku tak buat sebarang persiapan. Hanya seorang diri ke masjid tempat nikah, berpakaian ala-ala pengantin, dengan mekap bodo-bodo kata orang. Mujur baju aku convo masa tamat diploma dulu dah memang macam pengantin. Jadi baju itulah yang aku guna untuk bernikah. Dan sekadar doa selamat dari keluarga lelaki.
Bila dah kahwin tu dan tengok mereka yang bakal jadi raja sehari sibuk dengan pelbagai persiapan, memang aku terfikir aku tak mungkin merasai seperti yang mereka rasa. Jadi aku matikan angan-angan itu. Aku hanya berangan, kalaulah dapat pakai baju pengantin, dan buat outdoor photoshoot pun jadilah. Tapi ketika itu aku rasa entah bila hajat tu kesampaian aku sendiri tak pasti.
Dan kerana itulah, bila perkahwinan kali kedua ni aku pernah nyatakan hasrat pada dia cukuplah dengan adanya outdoor photoshoot untuk mengubat hati aku 10 tahun dulu kerana tidak pernah merasainya.
Alhamdulillah Tuhan hadirkan lebih dari apa yang aku impikan. Ma abah adik-adik yang gembira dengan perkahwinan kali ini, mereka juga dengan ikhlas hati menjadi sponsor untuk beberapa keperluan.
Syukur Tuhan beri peluang untuk aku rasai juga pengalaman itu. Walau majlis nanti simple dan sederhana sahaja, tapi aku masih berpeluang merasai apa yang bakal pengantin rasa. Apa keperluan yang pengantin sibuk uruskan.
Si dia juga yang memahami. Melayan semua permintaan aku. Dari tak perlu nak fitting baju pengantin terpaksa juga melayan aku yang tiba-tiba nak tukar baju lain untuk photoshoot. Nak hantaran macam tu, macam ni. Nak guestbook la, photo corner la. Nasiblah semua design pengantin sendiri yang buat, jadi jimatlah juga di situ.
Kerana si dia juga tak pernah merasainya sebelum ini. Pengalaman kali pertama buat kami melalui detik-detik bergelar pengantin dan raja sehari, walaupun perkahwinan kami ini, kali kedua.
Menghitung hari. Insya Allah sebulan lagi kami akan disatukan. Aku mahu cipta kenangan terindah bersamanya. Kerana aku mahu tua bersama dia. Dan moga semua urusan perkahwinan kami berjalan lancar dan dimudahkanNya.

Thursday, 13 September 2018

Kursus Pra Perkahwinan

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah yang ni part aku pula yang dah selesai. Menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Kali kedua ok. hahah. Terpaksalah hadir untuk melengkapkan dokumen pernikahan kami. Mujurlah aku rujuk semula pada mereka yang lebih arif. Jadi barulah aku tahu, dalam kes aku ni kena hadir semula kursus kahwin.

So kalian yang dari Negeri Johor, silalah take note ye. Yang mana-mana bercerai hidup, yang mahu berkahwin semula kalian dimestikan untuk menghadiri semula kursus pra perkahwinan. Walaubagaimanapun, untuk yang bercerai mati tak perlu hadir lagi. Cukup gunakan sijil kursus kahwin sediada.  Dan untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas juga tak perlu hadir. Ermm so kalau rasa tak nak hadir, tak kan nak tunggu umur 50 tahun baru nak kahwin kan hahah. 

Setiap negeri berbeza prosedurnya. Pasangan aku dari Selangor kiranya beruntunglah dah tak perlu hadir sekali lagi kursus tersebut, walaupun bercerai hidup.  Hanya perlu sertakan sijil sediada. 

So apa lagi, aku pun cubalah tinjau-tinjau di Ig. Terjumpalah IG Kursus Kahwin Islam Johor. Lepas dah buat pilihan tarikh maka hadirlah aku ke kursus tersebut pada 8 & 9 September yang lepas. Dengan bayaran RM120, disediakan sarapan dan makan tengah hari. Aku hanya perlu bawa duit, gambar berukuran passport dan salinan kad pengenalan.

Fuh! berasap otak ok. Slot yang padat dengan pengisian hari pertama bermula 8 pagi hingga 5.30 petang. Setiap jam bertukar penceramah. Bak kata salah seorang ustaz, tak payah beriya sangatlah. Tidur ke tak masa ceramah korang tetap dapat sijil dan kahwin. hahah. 

HIV Test

Tek : Anys Idayu Zakaria

HIV Test antara salah satu ujian yang perlu dijalani oleh setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga untuk melengkapkan dokumen permohonan pernikahan. Kami dah selamat melengkapkan HIV Test bulan lepas masa dia datang ke JB.

Untuk menjalani HIV Test ni tak la sesusah mana pun. Aku hanya perlu ambil borang HIV di pejabat Agama Johor. Haritu aku ambil di UTC Kotaraya. Kebetulan ketika nak buat Kad Pengenalan kakak. Oleh kerana si dia pun boleh buat HIV Test di mana-mana klinik kerajaan selain Selangor, jadi kami rancang untuk buat bersama.

Prosedurnya hanya perlu :

1. Dapatkan borang HIV Test di Pejabat Agama Islam Johor atau ke UTC lebih mudah

2. Pergi ke mana-mana klinik 1 Malaysia untuk menjalani ujian. Aku cadangkan korang yang nak buat HIV Test ni pergilah ke klinik 1 Malaysia. Jika klinik kesihatan kemungkinan mereka ada masa-masa tertentu. Jadi perlulah telefon dahulu untuk bertanyakan masanya.

Bawa bersama sampul surat bersaiz A4 dan sebatang pen. Duit RM1 untuk bayaran

HIV Test hanya dibenarkan di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Klinik swasta tidak diterima.

3. Bila sampai di klinik, serahkan borang HIV Test dan IC. Kemudian nurse akan berikan kita borang untuk dilengkapkan. Bila selesai buat bayaran RM1

4. Tunggu giliran dipanggil untuk ujian, dan keputusan.

5. Selesai. Simpan sampul surat berisi borang HIV Test yang telah lengkap dengan keputusan untuk diserahkan ke Pejabat Agama bersama dengan borang permohonan yang lain.

Settle yang ni dah boleh berdating. Ok jangan lupa selfie ya. Heheehe.


Friday, 24 August 2018

Guest Book & Photo Booth Corner

Tek : Anys Idayu Zakaria

Pertemuan haritu sempat kami beli barang-barang hantaran dan keperluan untuk sudut guestbook & photo booth corner.

Mulanya aku dah survey dalam Instagram design dan mereka yang offer servis ni. Tapi bila aku suarakan pada si dia, katanya tak payah tempah. Kita design dan buat sendiri.

Wowww aku memang teruja la kan. Aku tak berapa nak pandai part macam ni. So 100% aku serah pada dia. Aku hanya boleh komen itu dan ini je. Hehhe.

"Laaa kat sini rupanya diorang beli. Haaa tengok ni sama macam yang saya tengok dalam ig. Murah pulak tu, memang berbaloi la kan. Memang patut pun kita design sendiri kalau kreatif ni."

Bila habis memusing dalam Kaison itu yang boleh tercetus idea nak buat servis photobooth corner pulak lepas majlis kami nanti. Barang keperluan pun memang kami dah ada kan. So tinggal tambah sikit-sikit je lagi yang lain untuk melengkapkan.

Nampaknya design-design tu semua dia dah mula siapkan. Aku dah teruja tengok. Sampai terbayang-bayang cantiknya.

Ofcos, dalam debar memang tak sabar. Ok doakan moga dimudahkan semuanya.

Habiskan Masa Bersama

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kami bertemu semula selepas pertemuan antara dua keluarga 2 minggu lepas. Bila berjumpa kali ni sempatlah kami habiskan masa bersama, beli sikit-sikit persediaan majlis kami dan hiv test done. Hehhe.

Kami sempat marathon menonton 2 filem sekali. Hantu Kak Limah dan Big Brother.

2 filem yang sangat best. Biasa kalau tengok filem selain filem melayu paling tidak aku akan tertidur sampai habis movie. Setakat teman dia di sebelah je. Dia seorang yang layan movie.

Tapi Filem Big Brother ni memang betul-betul menyentuh hati kami berdua. Filem aksi, kasih sayang kekeluargaan, semangat kental seorang guru yang mahu melihat perubahan pada anak didiknya yang mana masing-masing mempunyai masalah yang berbeza-beza dalam hidup mereka. Kasih sayang anak murid pada guru mereka.

8/10 bintang boleh bagi untuk filem Big Brother ni. Memang berbaloi menontonnya.

Filem Hantu Kak Limah memang kelakar dalam seram. Filem ni tak payah ulas memang confirm ramai akan pergi tonton. Disebabkan Kakak dah tengok filem ni dengan aunty dia, so balik dari menonton tu dia hanya bagitau, hantu yang sebenar ialah orang bunian. So sepanjang menonton tu aku memang tertanya-tanya kenapa orang bunian yang jadi hantu tu tak muncul-muncul. Rupanya...... hahha ok la pergi tengok sendiri.

2 hari yang padat. Tapi kami masih tak sempat juga nak membeli barang hantaran yang lain. Nampaknya perlu ada next pertemuan sebelum menjelang hari yang dinantikan kami bulan November ini.

Terima kasih kekasih hati sudi spend masa bersama.