Rupanya masih ramai yang tak tahu, dengan adanya surat akuan sumpah jagaan anak membolehkan kita sebagai ibu mendaftar anak ke sekolah.
Semalam dan harini sahaja ada beberapa ibu yang wassap aku bertanyakan hal itu. Niat nak berkongsi sahaja surat akuan sumpah jagaan anak di blog, tapi ia membantu ibu-ibu lain.
Ada anak yang disekat persekolahan hanya kerana ibu bapa yang telah bercerai sedang menguruskan proses hak jagaan anak. Aku rasa ia sangat tak adil bagi anak-anak. Mereka wajib bersekolah. Urusan hak jagaan dan tuntutan anak tak perlulah ibu bapa bergaduh. Tuntut sahajalah di mahkamah ikut prosedur, tapi anak tu kita bagilah mereka bersekolah dulu. Ikutlah di mana mereka mahu tinggal.
Sebenarnya, haritu masa aku urus pendaftaran sekolah anak-anak, pihak sekolah dan PPD tak tanya apa-apa pun tentang hak jagaan atau lain-lain. Cumanya disebabkan kita ibu bapa perlu sertakan sijil nikah. Jadi bila tak de sijil nikah, tentulah kita sertakan sijil cerai.
Disebabkan aku ada sertakan sijil cerai, maka aku sertakan sekali surat akaun sumpah jagaan anak, supaya mudah lain masa pihak mereka tak minta lagi daripada aku. Kot jenuh aku nak pergi bersumpah bagai lagi.
Dan lepas aku hantar semua dokumen lengkap seperti yang mereka minta, pihak sekolah mahupun PPD tak tanya sebarang soalan langsung berkaitan anak, jagaan ataupun perceraian.
Mudah, dan sangat mudah aku kira. Moga ibu-ibu yang alami masalah sama, aku cadangkan sijil cerai, surat akaun sumpah jagaan anak tu bawa ke mana-mana untuk urusan anak-anak.
Semoga kalian yang alami masalah sama, aku doakan dimudahkan urusannya.