Yeahh yang ini memang sangat mengujakan aku. Pertemuan di luar perancangan kami berdua. Yang sebetulnya si dia pun dah ada plan dengan family dan aku pula sememangnya kena hadir kursus perkahwinan. So kami memang tak rancang langsung untuk bertemu. Kebetulan family aku nak ke Segamat untuk hantar pengantin, dan mereka rancang pula untuk terus sambung cuti ke KL.
Hahah aku apa lagi, melompatlah sibuk nak ikut sama. Kononnya takut nak duduk sorang-sorang 2 harikan. Disebabkan aku seorang yang tertinggal di JB, maka nya untuk ke KL aku terpaksalah naik bus. Pada mulanya memanglah bercadang untuk turun TBS. Tapi bila aku fikir-fikir semula, dari sesat blur-blur, lebih baik aku turun Klang dan dia ambil aku. So adalah peluang nak berdating sekejap heheh.
Dan yang bestnya sudah tentulah kami sempat menonton Munafik 2. Yang sememangnya kami rancang-rancang mahu tonton, dan duk sibuk fikir tarikh yang sesuai. Aku tak nak ulas panjang-panjang cerita ni. Yang aku tahu, sambil tengok Munafik, tak senang duduk dibuatnya tangan asyik tutup muka takut termenjerit seram punya pasal buat malu je. Dia boleh rilekss je kan haha.
Hari Isnin di Klang kami habiskan masa bersama. Tengok Munafik 2, dan balik ke rumah family dia sebelum aku berjumpa family aku pulak. Hari Selasa masa untuk aku melayan anak-anak, bawa mereka ke Pusat Sains Negara. Mereka pun dah sempat berjalan ke Icity Shah Alam, main salji dengan family adik aku. So puas jugalah mereka berjalan walaupun aku tak sempat melayan.
Oh ye. Kami juga sempat makan malam bersama keluarga di Romah Makan Terlajak Laris Dato Aliff. Deco restoran yang boleh tahan menarik juga, tapi menu yang kami makan malam tu biasa-biasa je disebabkan kami orang terakhir sampai. So tak de la nak order makan havoc-havoc sangatkan.
Terima kasih kesayangan kerana sudi melayan kerenah kekasih hati awak ni hehe. Sanggup tunggu aku sampai dari Jb, walaupun sebenarnya aku tahu dia penat. Penat duty. Penat memandu dari Melaka. Tak sempat rehat, kena layan kekasih hati.