Monday, 22 June 2020
Helmet Bumbble Bee & Helmet Ant Man
Friday, 1 February 2019
Setahun Perkenalan, Inilah Kisah Ku Inginkan
Yang akan ku tempuh disisa hidupku
Kerana telahku temukan
Kisah yang Ku Inginkan
Dan ku impikan
Sudahku tambatkan hati
yang selama ini berlayar tak pasti
Kini telahku temui
Kasih yang aku cari
Cinta yang pasti
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku
Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Kini Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku
Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna aku dan dirimu
Dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Tetap harus bersama
Meski ragam mendua
Di dalam cinta
Selamanya
Monday, 28 January 2019
Sumber Inspirasi
Friday, 4 May 2018
Filem Avengers Infinity War
Tek : Anys Idayu Zakaria
Haritu aku dengar dalam radio Filem Avengers Infinity War mencatat kutipan pecah panggung minggu pertama ditayang.
Hari pertama keluar aku dah pergi tengok. Tapi yang betul-betul buat spoil aku boleh tidur sepanjang filem ditayangkan. Boleh bayang tak. Macam mana bising gelak ketawa orang ramai, syiok je aku layan mata mengantuk.
Bila tahu filem tu catat kutipan giler-giler punya rekod, baru rasa nyesal tak tengok. Nak ulang tengok semula aku takut tertidur lagi. Nilah akibat tak suka tengok filem omputih tapi teman orang lain tengok. Mujur dia tak kata rugi tiket beli untuk awak tau. Hahha.
Tapi, esok harinya aku balas semula tengok Dukun. Kononnya nak tengok cerita seramkan. Padahal tak de seram mana pun. Filem melayukan, so aku boleh la layan sampai habis walau tak best mana pun.
Eh eh, dia boleh balas pulak. Kita layan filem dia yang tidur. Jealous kot kita dah tidur masa tengok Infinity tu. Hhehhe.
Thanks awak sempat curi-curi masa berdating walaupun datang untuk berkursus last week. Minggu yang dapat mengubat kerinduan.
Terima Kasih Tuhan
Bila Allah gerakkan dua hati untuk bertemu dalam satu keadaan yang tak diduga, pasti Allah mahu berikan sesuatu keindahan dan kemanisan.
Dan sememangnya sesuatu yang tak disangka. Kita punya titik persamaan dan citarasa yang sama. Disebabkan kita berkongsi hobi yang sama, maka setiap pertemuan kita pasti ada persinggahan di mana-mana Kedai buku.
Awak juga pembaca setia blog saya. Setia memberi komen itu ini. Setia menanti setiap catatan baru. Sentiasa memberi semangat ketika saya sedih, awak sentiasa dapat membaca emosi saya, walaupun luahan melalui penulisan.
Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Semoga kebahagiaan milik kita bersama.
#aiz&Te #4months #doakantilljannah
Wednesday, 4 April 2018
Terima kasih Sayang!
Wednesday, 7 March 2018
Percintaan Jarak Jauh
Tek : Anys Idayu Zakaria
Jarak bukan masalah dalam menjalin ikatan. Kerana dari situ kita diuji untuk lebih setia serta memberi komitmen sepenuhnya atau tidak dalam hubungan.
Apa yang penting pada aku, kami sentiasa mempercayai antara satu sama lain. Jangan suka nak merajuk-rajuk tak tentu pasal. Biasa merajuk ni la boleh bawa pada pergaduhan yang besar. Konon nak merajuk manja. Takut tersilap sikit, isu lain pula yang timbul. Dan kesudahan akan bawa pada pergaduhan yang berpanjangan.
Manisnya percintaan jarak jauh ni, walaupun memang setiap hari merindui, tapi bila jumpa sebulan sekali memang happy sangat la. Perasaan teruja tu lain macam. Macam first date. Berdebar-debar sentiasa tau. Hebatnya menanggung rindu tu Tuhan je yang tahu.
Walau orang kata banyak ujian dalam percintaan jarak jauh ni, pada aku yang penting sekali kepercayaan dan komunikasi. Kalau dah tahu berjauhan, jangan jadikan alasan untuk berkomunikasi setiap hari. Penting untuk membina hubungan lebih erat. Bila tak ada komunikasi, takut-takut nanti jarak pula yang disalahkan.
Zaman teknologi kot. Apa guna pakai telefon canggih kalau simpan je dalam poket dan handbeg. Inilah cara untuk memudahkan pasangan bercinta berhubung. Bukannya jadikan jarak sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik belakang pasangan.
Kalau rasa sayang sangat nak guna telefon canggih buat call kekasih hati, baik beli je telefon 3310. Internet tak ada. Apps Whatsapp, ig, tak de. Video call pun tak boleh, so tak sakit hati sendiri kan. Hehhe.
Kalau diberi pilihan, aku lebih sanggup tempuhi percintaan jarak jauh berbanding perkahwinan jarak jauh. Bercinta dan berjauhan ni masih boleh handle lagi selagi belum sah dalam ikatan perkahwinan.
Bila dah berkahwin, cubalah sedaya upaya untuk duduk bersama. Kerana yang penting dalam hubungan jarak jauh bukanlah hubungan yang kekal selamanya berjauhan. Perlu ada tempoh masa yang diambil supaya dapat bersama lebih dekat, selepas berjauhan.
Apa yang penting saling mempercayai, bertolak ansur, jangan mudah percaya cerita dan gosip yang tersebar. Komunikasi paling penting. Kesetiaan dan kejujuran.
Jarak tak pernah menjadi masalah untuk aku. Kerana akhirnya, dia milik aku. Itulah yang lebih penting. Doakan semoga hubungan aku dan dia sentiasa dipermudahkan Tuhan untuk kami bersama satu hari nanti.
*******************************
Nota cinta untuk awak. Terima kasih kerana sudi datang dinner 4 Mac haritu. Walau sekejap. Walau awak tahu, masa saya amat suntuk untuk berlama-lama, tapi awak sanggup datang ke sini semata-mata untuk saya.
Walau berat untuk melepaskan awak balik semula ke sana, tapi saya relakan jua. Kerana saya tahu Tuhan sentiasa jaga hati awak untuk saya.
Saya doakan semoga sentiasa ada next date. Rindu nak spend masa bersama lagi.
Monday, 19 February 2018
Happy Belated Besday Anys!
Tek : Anys Idayu Zakaria
Dah masuk 4 hari baru nak wish Happy Besday untuk diri sendiri. Punyalah macam sibuk sangat nak menulis.
Doa dan syukur pada Ilahi, atas nikmat yang diberikan. Semoga aku terus kuat menempuh hari-hari mendatang. Ujian dan dugaan hidup ni kita tak boleh jangka pun. Kadang-kala menangis, kadang ketawa. Ada masa sedih tah apa-apa. Ada masa nak marah, konon emosi tak stabil.
Aku tak harap banyak pun dalam hidup ni. Moga Tuhan bagi aku sedikit je bahagia. Tapi tak bermaksud aku tak bahagia sebelum ni. Aku memang bahagia. Tambah pula lepas aku rasa hilang semua bebanan yang terpaksa ditanggung.
Aku cuma nak bahagia, nak berkongsi kasih dan perasaan dengan seseorang yang bergelar kekasih hati. Aku nak rasa macam orang lain rasa. Kalau orang lain boleh dapat rasa kebahagiaan tu, aku percaya Tuhan tu Maha Adil. Pasti aku juga berpeluang.
Sekarang aku tahu, Tuhan sedang beri aku peluang itu. Aku perlu terus menghargai dan rebut supaya berjaya untuk aku gapai bahagia itu.
Semoga yang baik-baik sahaja mengiringi perjalanan hidup aku. Semoga sinar pelangi yang baru muncul akan terus mewarnai hidup aku.
Dan terima kasih awak. Terima kasih kerana sudi berkongsi hati, kasih sayang dan perasaan dengan saya. Jika bersama awak satu ketentuan Ilahi, saya bersyukur sangat kerana Tuhan sedang bagi kebahagiaan itu untuk kita kecapi.
Semoga kita berdua terus kuat menempuh ujian yang datang. Bukan mudah untuk bahagiakan. Tak semudah kita melepaskan kesengsaraan masa lalu.
Moga bahagia itu datang dari jalan-jalan yang kita mahukan. Kerana pasti Tuhan itu tahu keseluruhan hidup kitakan.