Showing posts with label Tukar Sekolah Baru. Show all posts
Showing posts with label Tukar Sekolah Baru. Show all posts

Thursday, 12 March 2020

Urusan Pertukaran Sekolah Anak

Nampaknya ni kali kedua aku uruskan pertukaran persekolahan anak-anak. 

Akhir tahun 2018, tukar dari Johor ke Selangor. Masa tu masing-masing masuk tingkatan 1 dan darjah 1. 

Kali ni buat lagi pertukaran dari Selangor ke Putrajaya. Disebabkan aku pernah ada pengalaman sebelum ni, so kali ni agak mudah bila aku dah sedia semua dokumen yang diperlukan. 

Mesti korang ingat nak tukar sekolah tu lecehkan. Kena ulang alik ke sekolah, sedia dokumen bagai. 

Ok, ni aku bantu untuk memudahkan korang. 

Mula-mula sekali, pastikan sebelum ke sekolah lama korang dah tau nak masukkan anak di sekolah mana (sekolah baru nanti). Boleh juga telefon sekolah tanya kekosongan. Tapi kena ingat, walaupun sekolah kata boleh, bila sampai PPD mereka akan semak semula sekolah tersebut kosong ke tidak. Yang penting sekali korang kena ada 3 pilihan nama sekolah baru. 

Kemudian, korang sediakan dokumen di bawah ni. Buat beberapa salinan. Aku buat 3 salinan setiap seorang anak. Mudah. Bila sampai sekolah, korang tinggal isi borang yang pihak sekolah berikan. Tak da la terkial-kial mencari maklumat anak.

i. Salinan surat beranak anak

ii. Salinan kad pengenalan anak

iii. Salinan kad pengenalan ibu bapa

iv. Salinan surat nikah
*Ini aku bagi salinan surat nikah aku dan suami. (Bapa tiri anak-anak aku)

v. Salinan surat cerai / sijil kematian
*Aku sertakan juga salinan surat cerai, walaupun dah berkahwin baru. Bukti kita dah bercerai dengan suami dahulu. Sebab anak ni kita yang jagakan. 

vi. Surat hak jagaan anak / perintah mahkamah. Kalau tak ada, sediakan surat akaun sumpah hak jagaan anak (akuan sumpah yang menyatakan korang jaga anak lepas bercerai dengan pasangan) Kalau tak da, memang confirm sekolah minta. Baiklah korang sediakan sebelum urus dokumen pertukaran tu. 

Aku masih guna tahun 2018 punya. Akuan sumpah yang aku buat masa pertukaran anak dari Johor ke Selangor dulu. Alhamdulillah sekolah terima dan mereka pun tak da tanya apa-apa sebab memang dah dinyatakan pun dalam dokumen kita kena isi tu. (Kalau nak contoh format boleh contact aku personal)

vii. Dokumen sokongan kenapa korang nak pindahkan anak ke sekolah lain. Aku sertakan surat pertukaran kami suami isteri. Untuk kukuhkan lagi alasan pertukaran. Dalam borang yang kita perlu isi tu, memang ada ditanya alasan bertukar. So better bagi je dokumen pertukaran penempatan tu. Lebih mudah pihak sekolah dah tak perlu tanya apa-apa lagi. 

viii. Bil utiliti (api, air) alamat rumah baru. Pihak PPD nak tengok alamat kita tu berdekatan ke tidak dengan sekolah. 

Dokumen dah lengkap, dah ada 3 salinan barulah korang pergi sekolah. Pergi pejabat dan maklumkan nak buat pertukaran persekolahan anak. 

Mereka akan bagi borang untuk kita lengkapkan. Korang lengkapkan waktu tu juga. Bukan banyak sangat pun kena isi. Semua maklumat tu dah ada dalam dokumen salinan yang kita bawa. Oh ye dalam borang tu ada kena tulis nama sekolah pilihan. So korang tulislah nama sekolah yang dimohon. 

Bila dah siap, sertakan sekali dengan salinan yang kita dah sediakan. Hantar semula pada kerani sekolah. Tanya la samada boleh ambil terus atau tak. Aku memang bagitau nak ambil terus. So aku tunggu kerani taip semula borang tersebut dan buat pengesahan dari pengetua /guru besar. Alaa bukan lama pun. Dalam 15-20 minit. Ko layan fb ke, ig ke kejap, confirm tak sedar pun masa berjalan kerani dah panggil. Siap dah dokumennya. 

Kalau nasib tak baik, mungkin kena ambil dokumen keesokkan hari sebab guru besar yang nak buat pengesahan tak da di sekolah. Tapi ok je, korang just datang semula ke sekolah esoknya ambil dokumen yang dah siap. 

Masa hantar dokumen pertukaran Raisha semalam, guru besar tak da. Harini lepas dokumen siap, kerani call aku minta datang ambil dokumen. Pihak sekolah bagi sekali dengan fail anak untuk dibawa ke sekolah baru. 

Satu salinan yang dah dicop jabatan pendidikan tu aku kena hantar semula ke sekolah lama. Dorang kata pos pun ok. So nanti dah selesai tu baru aku urus hantar salinan untuk rekod sekolah lama. 

Dah siap semua, boleh bawa ke PPD. Kalau untuk pertukaran ke Putrajaya, aku perlu bawa semua dokumen ke Jabatan Pendidikan Wilayah Putrajaya di Parcel E. 

Selesai step untuk pertukaran sekolah di pihak sekolah lama. 

Minggu depan baru nak ke Parcel E. Nanti aku update semula hokey! 

Semoga entri ini membantu kalian.