Showing posts with label Karipap Cinta. Show all posts
Showing posts with label Karipap Cinta. Show all posts

Friday, 21 June 2019

Karipap Cinta

Nama cantik bukan main aku letak. Resipi ni aku tengok di video ig. Tengok macam sedap, macam senang so aku cuba buat.
Tapi kali ni, aku ajar Kakak Fasha, dan dia buat sendiri. Inilah hasilnya.
Korang yang masih fikir nak buat dessert apa untuk open house weekend ni boleh la cuba "Karipap Cinta".




Bahan-bahan
1. Coklat cadbury
2. Sebungkus roti potong
3. Minyak masak.
Cara-caranya :
1. Potong coklat cadbury. Macam gambar. Nak lagi senang korang terus beli coklat yang seketul-ketul tu. Tak payah potong lagi.
2. Ambil sekeping roti, letak coklat atasnya. Lipat dua hujung. Macam gambar.
3. Ambil cawan dan buat tekapan. Buang lebihan tepi. (lebihan tu simpanlah jangan buang pula)
4. Dah jadi rupa seperti karipap kan. Dah siap masukkan coklat boleh goreng.
5. Pastikan goreng dalam minyak panas. Rotinya dah agak kekuningan boleh angkat dan hidang.
Taraaaa dah siap. Sekali makan pasti jatuh cinta gitu...