Showing posts with label Kisah Hidup Suamiku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hidup Suamiku. Show all posts

Saturday, 9 February 2019

Tuntutan Nafkah Anak

Tek : Anys Idayu Zakaria

Pada aku tuntutan nafkah anak-anak ni aku rasa macam payah sangat nak buat. Aku takut makan masa yang lama. Sampai berkali-kali perlu pergi naik turun mahkamah.

Bila aku tengok kes suami haritu, aku mula terfikir mudah sahaja rupanya tuntutan hak nafkah anak-anak ni.

Kronologi kes suami aku untuk tuntutan nafkah anak-anaknya cepat sangat selesai. Tempoh masa 2 hari. 

Dapat surat dari mahkamah syariah untuk hadir ke majlis Sulh. Bila tiba harinya suami dan bekas isteri hadir ke mahkamah untuk sesi sulh.

Ada dua sesi iaitu sesi mereka berdua bersama Pegawai Sulh. Dan sesi individu bersama pegawai.

Bila dapat persetujuan bersama, pegawai tersebut keluarkan surat pengesahan nafkah dari mahkamah.

Hari kedua perlu hadir untuk mendengar bacaan hakim berkenaan pengesahan nafkah tersebut.

Sepatutnya boleh selesai sehari, tapi disebabkan hakim tiada pada hari tersebut ditangguh keesokan harinya. Dan juga boleh selesai sehari jika suami buat akuan sumpah, tanpa mendengar bacaan hakim.

Kes mereka cepat selesai kerana bekas suami hadir ke mahkamah, dan melalui sesi perbincangan dan persetujuan bersama kedua belah pihak.

Kemungkinan tuntutan nafkah mengambil masa jika suami tidak hadir, atau salah seorang pihak tidak bersetuju dengan tuntutan yang difailkan.

Harapnya satu hari nanti bila aku buat tuntutan untuk anak-anak, kes aku cepat selesai. Risau juga kalau bekas suami langsung tidak mahu bekerjasama. Sedangkan kes perbicaraan cerai dulu pun aku seorang diri naik turun mahkamah, takutnya tuntutan kali ni aku juga yang terpaksa sendiri.

Thursday, 7 February 2019

Kasih Sayang Seorang Bapa

Tek : Anys Idayu Zakaria 


Ombak dan pantai bukti kasih sayang seorang bapa. Walau terpisah setiap hari nama mereka akan sentiasa meniti di bibirnya. Setiap hari akan berusaha untuk video call anak-anak.
Tapi pertemuan kali ini mungkin sedikit mengecewakan. Anak-anak tak dapat mesra lebih. Dalam waktu yang agak singkat, dengan keadaan persekitaran dan emosi anak-anak yang perlukan lebih masa untuk mesra.
Aku meluah rasa pada suami, sedangkan anak-anak sedara aku yang baru sebulan dua berjumpa PakLongnya, bila sesekali berjumpa sibuk bertanya itu ini, minta dukung. Inikan pula anak-anaknya yang baru sebulan dua berpisah. Sepatutnya bila berjumpa daddy pasti teruja dan rindu.
Aku tanya, kenapa mereka agak berbeza. Seolah takut nak dekat. Lebih lagi bila nampak uminya ada di situ. Tapi bila uminya tiada, dengan aku pun mereka minta dukung, ditanya daddy ke mana. Suami hanya menjawab, pasti ada sesuatu yang umi mereka katakan hingga dia sendiri tak sempat bermesra dengan anak.
Satu yang aku belajar dari kisah hidup suami. Walau benci, marah macam mana sekalipun dengan bekas pasangan, usah tiup api kemarahan itu pada anak-anak. Usah sogok anak-anak dengan kata yang tidak baik tentang pasangan.
Cubalah sebaiknya rendahkan ego. Pujuk dan dorong kata baik kepada anak agar mereka rasa teruja berjumpa ibu atau ayah mereka. Bukannya ugutan, caci maki dan amarah.

Thursday, 10 January 2019

Hargai Setiap masa Kita Dengan Anak

Tek : Anys Idayu Zakaria 


Suami kata untunglah yang ada anak dekat, boleh peluk dan main setiap masa.
Kalau anak dah jauh, dapat ingat kenangan, tengok gambar dan video je.
Aku yang dengar pun kadang terus insaf.
Hargai setiap apa yang ada dengan kita. Hargai dan habiskan masa bersama anak sebelum mereka membesar. Sebelum mereka jauh dari kita. Sebelum kita tak sempat merasai semuanya. 

Usah Sekat Anak Bertemu kita

Tek : Anys Idayu Zakaria

Suami isteri yang dah berpisah, usah sekat anak-anak berjumpa dengan bekas pasangan kita.
Yang bersalah dan bermasalah antara kita dan bekas pasangan. Jangan sekat perasaan rindu dan kasih sayang sesama ibu atau ayah dan anak-anak.
Aku melalui dua situasi kini. Yang mana bekas pasangan aku tak dapat berjumpa anak-anak aku setiap masa. Tapi aku tak pernah menghalang dia untuk berhubung dengan anak-anak. Cuma aku berharap dia menggunakam peluang sebaiknya. Selalu hubungi dan tanya khabar anak.
Suami aku sekarang, dihalang untuk berjumpa dengan kedua anaknya. Atas alasan berkahwin baru. Dah sebulan lebih aku dapat lihat ada rindu yang perlu ditahan, rindu dengan anak-anak. Apatah lagi langsung tak berapa ada peluang untuk hubungi mereka.
Aku pun rindu keletah mereka berdua. Walaupun hanya sempat bersama lebih kurang 2minggu. Mohon doakan kami ada peluang untuk menjaga mereka.
Bukan niat aku nak rampas hak umi mereka, tapi ada sebab-sebab tertentu yang suami rasa kami berhak untuk menjaga mereka.