Showing posts with label Peranan Suami. Show all posts
Showing posts with label Peranan Suami. Show all posts

Saturday, 13 July 2019

10 Perkara Yang Isteri Mahu Daripada Seorang Suami

Point 1 hari-hari memang akan dapat ucapan cinta

Point 2 memang penting. Awal kahwin suami dah pesan. Suami isteri mesti saling percaya

3. Saya yang akan rasa bersalah sangat kalau terkurang dalam masakan. Tapi dia rilekss je.

Point 4 hari-hari suami akan sebut kenangan masa bercinta

Point 5 sentiasa ada dan bersama

Point 6 memang suami akan tunaikan

Point 7 saya tak sempat mengadu suami dah tanya dulu

Point 8 memang ucapan wajib lepas makan suami akan ucap terima kasih walaupun masakan ada terkurang

Point 9 - buang sampah, sidai baju, lipat baju memang kerja suami. Saya tak pernah buat sepanjang perkahwinan

Point 10 seminggu sehari atau dua akan ada off day masak. Ada hari berdating seminggu sekali.

Alhamdulillah. Bila suami buat 10 perkara ni memang hari-hari macam orang bercinta & pengantin baru

Ni ulasan aku daripada perkongsian Khairul Abdullah yang menulis tentang 10 perkara yang isteri mahukan daripada seorang suami.

Baca di bawah tulisan beliau.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Ok guys, nah ini dia 10 perkara yang isteri korang nak tapi korang tak tahu.

1. Rasa dicintai - Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.

2. Kepercayaan - Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.

3. Memahami dan memaafkan - Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.

Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.

4. Berbual - orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya "abang sayang saya?" kau jangan jawab sepatah jer "sayang". Kau kena jawab gini "Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello."

Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.

5. Masa berkualiti - Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.

6. Yes mem - Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan "ya" berbanding "tidak". Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.

Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.

7. Pendengar yang bagus - isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.

8. Ucapan - Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan "tolong" tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.

9. Berkongsi tanggungjawab - Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.

10. Off day - sesekali isteri nak berehat. "Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak". Haaa gitu.

Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.

Begitulah.

Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.

Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy