Showing posts with label Salon Rambut Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Salon Rambut Muslimah. Show all posts

Wednesday, 10 April 2019

Saloon Rambut Muslimah Alam Suria

Balik dari klinik tadi aku suarakan pada suami mahu gunting rambut. Lalu dibawanya aku ke Salon Rambut Muslimah di Alam Suria.

Dia : Gunting, dan cuci sekali. Tak mahal pun. Tak kan la sampai ratus ringgit.

Aku : Gunting saja pun ok. Tak perlu cuci.

Masuk ke Salon, sambil menunggu seketika kerana mereka baru buka kedai, aku hulur pamplet harga.

Aku : owh, murah je gunting. RM15. Gunting je la. Nanti lama awak tunggu.

Dia : Tak pe, ambil yang cut wash and blow tu. Murah je tak sampai RM50 tu kan.

Aku diam je. Sebelum masuk, sekali lagi aku confirm pakej ini ye. Dia mengiyakan lagi.

Setengah jam kemudian siap semuanya. Hanya RM38 cut wash dan blow. Aku pun puas hati tak mahal sangat.

Dia : Ok tak. Cantik tak. Ada urut kepala sekali. Saya nak manjakan sayang ke salon, kan tu sebahagian dari nafkah juga.

Aku : Ada. Lega sikit rasa kurang sakit kepala. Nak tengok cantik tidak kena tunggu balik rumah. Hehhe

Terima kasih suami, kerana mungkin dia faham hati aku yang sedang gundah gulana dan kerisauan bleeding tak henti.