Showing posts with label Journey Mama Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Journey Mama Pregnant. Show all posts

Thursday, 11 April 2019

Ujian Kehamilan 6 Minggu Negatif. Aku keguguran.

Keluar dari tandas, aku tunjukkan urine test itu. Negatif! Kami saling memandang. Dia hanya bertanya, "darah masih ada? Sakit lagi perut? Tuam botol air panas macam tadi ye, saya ambil yang baru."

Aku baring dan menjawab, "ada banyak juga tadi berketul."

"Innaa lilllahi. Belum ada rezeki lagi. Kita cuba lagi ye. Dah jangan menangis. Jom kita sedekahkah fatihah. Saya kan ada ni. Saya ada je sebelah awak ni," suami cuba pujuk aku yang menangis tersendu-sendu. Dan dia sendiri punya berada dalam keadaan hiba. 

Diulang-ulang baca Al-fatihah, ayat Kursi dan doa ditimpa musibah ini untuk memujuk hati kami berdua.

"Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha."

"Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kepadanya kita dikembalikan. Wahai Allah berikanlah pahala atas musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya" (HR Muslim)

Nabi bersabda : Tidaklah seorang hamba yang mengalami musibah lalu mengucapkan doa ini melainkan Allah memberinya  pahala atas musibah itu dan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Setengah jam kami berada dalam situasi genting, dan melayan perasaan. Seketika aku kembali okey. Ada ketika aku menangis lagi, hinggalah aku tertidur semalam.

Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Engkau gantikanlah dengan yang lebih baik daripada apa yang telah Engkau ambil dari kami, setelah Engkau hadirkan seketika.

Ujian kehamilan menunjukkan negatif. Aku keguguran minggu ke-6. Sebelum berlaku, kami banyak membaca artikel perkongsian di web kesihatan ibu mengandung tentang ancaman keguguran.

Suami bantu aku untuk terus kuat semangat dan positif. Terima kasih tak terhingga pada keluarga dan rakan terdekat atas doa dan sokongan kalian. Walaupun hanya ucapan, tapi ia membantu aku untuk terus kuat.

Wednesday, 10 April 2019

6 Minggu Masih Ada Pendarahan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Baru petang semalam Ma telefon tanya keadaan. Aku cerita dah ok sikit. Bleeding pun dah tak ada. Cuma rasa penat dan cepat sakit pinggang.

Bila balik kerja semalam, mungkin dalam keadaan yang agak penat dan kurang tidur aku rasa macam tak selesa.  Rupanya ada  pendarahan lagi maghrib semalam.

Lepas mandi solat makan semua aku berehat dan hinggalah ke tengah malam masih ada lagi pendarahan. Bila bangun rasa sakit bawah ari-ari. Hanya mampu baring semula dan terlelap sendiri.

Awal pagi tadi masih ada lagi keluar darah. Tapi tiada darah berketul yang keluar. Hingga habis 2 gulung tisu aku guna. Aku maklum pada suami, nak cuti kecemasan mahu ke klinik. Dia pun minta cuti juga untuk uruskan aku.

Dan bila selesai konsultasi dengan doktor dapatlah aku cuti sakit dua hari, itu pun suami suruh tanyakan MC kalau ada. Aku terlupa langsung nak tanya. Doktor pun memang tak sebut.

Memang jelas tidak kepuashatian suami bila doktor sendiri tak boleh terangkan penyelesaian. Doktor hanya boleh bagitau, mungkin keguguran sebab scan langsung tak nampak walaupun dah masuk 6 minggu. Yang sebenarnya doktor nak seluk tapi aku tak nak. Bila aku tanya pendarahan tu macam mana, doktor hanya suruh biarkan sahaja. Kalau gugur dia akan keluar sendiri.  kalau nak lebih kepastian datang semula 3 minggu lagi untuk scan. Kecewa dengan jawapan biarkan sahaja tu, aku minta ubat yang dia berikan tempoh hari iaitu ubat kuat rahim.

Ketika ini aku dapat rasa darah masih keluar seperti darah haid pula, malah sudah ada sikit seperti ketulan.

Solusi dan jawapannya mungkin melalui urine test yang akan aku lakukan semula esok. Jika negatif kami terima dengan reda ketentuan Ilahi. Mungkin belum rezeki lagi. Ada hikmahnya. Jika masih positif, aku perlu tunggu beberapa minggu lagi baru ke klinik lain pula untuk scan.

Semuanya hanya dengan keajaiban dan kekuasaan Allah yang menentukan. Kami terima dengan hati reda apa jua yang berlaku. Dan aku tahu, yang seharusnya kami berdua perlu positif bila berada dalam situasi genting seperti ini.

Sunday, 7 April 2019

Cik Penasihat

Raisha : Nak beli apa ni mama?

Mama : Char kuew tiew

Raisha : Eh, mama mengandung boleh makan ke. Mama tau tak mama boleh makan apa masa mengandung.

Kalau mama tak tau, mama buka utube, mama cari makanan apa boleh makan untuk orang mengandung tau. Nanti mama makan tu je.

Mama : owhhh macam tu ke. (Aku dengar macam wow. Pandai pulak tu siap suruh buka u tube)

Raisha : Ye laaa. Mana boleh makan suka hati. #journeymamapregnant