Tek : Anys Idayu Zakaria
Baru petang semalam Ma telefon tanya keadaan. Aku cerita dah ok sikit. Bleeding pun dah tak ada. Cuma rasa penat dan cepat sakit pinggang.
Bila balik kerja semalam, mungkin dalam keadaan yang agak penat dan kurang tidur aku rasa macam tak selesa. Rupanya ada pendarahan lagi maghrib semalam.
Lepas mandi solat makan semua aku berehat dan hinggalah ke tengah malam masih ada lagi pendarahan. Bila bangun rasa sakit bawah ari-ari. Hanya mampu baring semula dan terlelap sendiri.
Awal pagi tadi masih ada lagi keluar darah. Tapi tiada darah berketul yang keluar. Hingga habis 2 gulung tisu aku guna. Aku maklum pada suami, nak cuti kecemasan mahu ke klinik. Dia pun minta cuti juga untuk uruskan aku.
Dan bila selesai konsultasi dengan doktor dapatlah aku cuti sakit dua hari, itu pun suami suruh tanyakan MC kalau ada. Aku terlupa langsung nak tanya. Doktor pun memang tak sebut.
Memang jelas tidak kepuashatian suami bila doktor sendiri tak boleh terangkan penyelesaian. Doktor hanya boleh bagitau, mungkin keguguran sebab scan langsung tak nampak walaupun dah masuk 6 minggu. Yang sebenarnya doktor nak seluk tapi aku tak nak. Bila aku tanya pendarahan tu macam mana, doktor hanya suruh biarkan sahaja. Kalau gugur dia akan keluar sendiri. kalau nak lebih kepastian datang semula 3 minggu lagi untuk scan. Kecewa dengan jawapan biarkan sahaja tu, aku minta ubat yang dia berikan tempoh hari iaitu ubat kuat rahim.
Ketika ini aku dapat rasa darah masih keluar seperti darah haid pula, malah sudah ada sikit seperti ketulan.
Solusi dan jawapannya mungkin melalui urine test yang akan aku lakukan semula esok. Jika negatif kami terima dengan reda ketentuan Ilahi. Mungkin belum rezeki lagi. Ada hikmahnya. Jika masih positif, aku perlu tunggu beberapa minggu lagi baru ke klinik lain pula untuk scan.
Semuanya hanya dengan keajaiban dan kekuasaan Allah yang menentukan. Kami terima dengan hati reda apa jua yang berlaku. Dan aku tahu, yang seharusnya kami berdua perlu positif bila berada dalam situasi genting seperti ini.
No comments:
Post a Comment