Showing posts with label Catatan Hati. Show all posts
Showing posts with label Catatan Hati. Show all posts

Friday, 9 August 2019

Hadiah Kiriman Tuhan

Setiap kejayaan dan kebahagiaan yang Tuhan nak beri mesti ada sakitnya dulu.  Peritnya, sedihnya, jatuhnya, naik dan turunnya.

Bila kita reda dan ikhlas terima dan lalui, maka hadiahnya Tuhan kirimkan satu keindahan berbentuk kejayaan dan bahagia yang kita dambakan.

Teruslah berharap, berusaha dan berdoa. Kerana Tuhan tak pernah sekali melupakan kita.

Sunday, 23 September 2018

Penempatan Baru

Tek : Anys Idayu Zakaria

Janggal aku rasa sebenarnya meluahkan kesedihan bila bersedih. Menzahirkan kegembiraan bila hati bahagia. Kerana aku tak nak orang simpati pada kesedihan aku. Aku tak nak orang berharap-harap pada kegembiraan aku.

Apa pun, alhamdulillah syukur rezeki datang lagi seperti mana aku minta dimudahkan urusan pertukaran aku. Sungguh memang luar jangkaan. Tak sangka cepat sangat proses pertukaran dan penempatan yang aku mohon minggu lepas.

Memang aku gembira dah dapat tukar. Tapi dalam masa sama orang tak tahu takut dan nebes aku nak hadap situasi baru. Hampir 11 tahun bertugas di Maritim Johor. Hampir 34 tahun di Jb, dekat dengan family. Tiba-tiba bila nak kahwin kali kedua aku relakan hati untuk bertukar keluar Johor, mengikut bakal suami. Sungguh sesuatu yang di luar dugaan. Sesuatu yang aku rasa takut untuk hadapi.

Banyak benda aku kena fikir. Mana nak tinggal. Mana nak sekolahkan anak. Nak urus perpindahan ke sana. Jauh dengan family pulak. Risau sangat kalau ada apa-apa, family jauh. Seperti memulakan kehidupan baru, dunia dan suasana baru. Banyak benda aku kena belajar di tempat baru, kena lalui situasi baru yang aku belum faham keadaannya.

Aduhh. Kadang rasa, kalau aku tahu cepat macam ni dapat tukar, baik aku minta lambat-lambat. Sekurangnya ada juga masa aku bertenang selepas kahwin.

Bila aku suarakan pada Ma Abah, cepat sangat dapat tukar. Ma tenang-tenangkan hati aku. Rezeki Allah nak bagi, dapat cepat. Orang lain duduk jauh dengan suami, ada yang tak boleh tukar-tukar. Anak pun ada yang susah nak dapat. Bertahun-tahun. Rezeki kami dapat sekali 4 orang anak.

Sungguh memang tak berapa tenang hati aku sebenarnya. Semoga tempat baru aku mencari rezeki di Maritim Selangor kelak lebih selesa dan mudah berurusan dengan anggota dan pihak pengurusan mereka. Suasana kediaman yang memudahkan segala urusan pergi balik kerja, untuk tinggalkan anak-anak, tempat sekolah mereka, keadaan persekitaran dan orang sekeliling yang memberi kerjasama sebaiknya.

Apa pun perancangan Allah itu sangat cantik dan sempurna. Allah dah susun cantik ikut flow. Moga seterusnya yang dilalui juga dimudahkan Allah.

Tuesday, 18 September 2018

Bersyukur

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadangkala kita jarang nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila lihat orang dapat lebih, kita mula sakit hati dan ada perasaan dengki.

Walaupun kita nak sangat seperti yang orang lain ada, sebenarnya apa yang Tuhan beri pada kita, adalah yang terbaik dan yang patut kita dapat.

Bersyukur dan berterima kasih adalah yang terbaik. Pandang dengan mata hati, bukan dengan iri dan hasad.

Wednesday, 12 September 2018

Banyaknya Cabaran Untuk Menggapai Bahagia Itu

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ya Allah banyaknya cabaran untuk menggapai bahagia itu. Tingginya kesabaran yang diperlukan. Lelah dan penat sepatutnya tak boleh ada dalam fikiran aku.

Yang sebetulnya aku takut bahagia itu datang seketika. Datang hanya untuk singgahan dan bukan untuk selamanya.

Mungkin belum banyak doa dan rayuan aku, hinggakan aku tak kuat hati dan takut menempuh sesuatu yang di luar jangkaanku.

Ada ketika aku takut untuk menzahirkan kebahagiaan dan kegembiraan. Biarlah tersimpan sendiri. Kerana aku belum kuat untuk orang lain lihat kesedihan aku.

Kalau dia boleh sabar, kenapa aku tidak.

Kalau dia boleh menanti, kenapa aku yang mendesak.

Kalau dia sanggup menunggu untuk menikmati kasih sayang dan cinta kami. Kenapa aku tidak.

Ya Allah tolong beri aku sedikit kekuatan supaya aku mampu sabar menanti dan terus menunggu dalam doaku.

Engkau yang mempermudahkan segalanya dan Engkau jua yang menjadikan sesuatu yang sulit itu senang.

Engkau permudahkanlah segala apa yang perlu aku dan dia selesaikan untuk menikmati kebahagiaan kami.