Wednesday, 12 September 2018

Banyaknya Cabaran Untuk Menggapai Bahagia Itu

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ya Allah banyaknya cabaran untuk menggapai bahagia itu. Tingginya kesabaran yang diperlukan. Lelah dan penat sepatutnya tak boleh ada dalam fikiran aku.

Yang sebetulnya aku takut bahagia itu datang seketika. Datang hanya untuk singgahan dan bukan untuk selamanya.

Mungkin belum banyak doa dan rayuan aku, hinggakan aku tak kuat hati dan takut menempuh sesuatu yang di luar jangkaanku.

Ada ketika aku takut untuk menzahirkan kebahagiaan dan kegembiraan. Biarlah tersimpan sendiri. Kerana aku belum kuat untuk orang lain lihat kesedihan aku.

Kalau dia boleh sabar, kenapa aku tidak.

Kalau dia boleh menanti, kenapa aku yang mendesak.

Kalau dia sanggup menunggu untuk menikmati kasih sayang dan cinta kami. Kenapa aku tidak.

Ya Allah tolong beri aku sedikit kekuatan supaya aku mampu sabar menanti dan terus menunggu dalam doaku.

Engkau yang mempermudahkan segalanya dan Engkau jua yang menjadikan sesuatu yang sulit itu senang.

Engkau permudahkanlah segala apa yang perlu aku dan dia selesaikan untuk menikmati kebahagiaan kami.

No comments:

Post a Comment