Tuesday, 13 February 2018
Happy Belated Birthday Ma!
12 Februari, sehari terlambat wish di blog. Selamat hari lahir Ma. Kaklong doakan semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah setiap hari. Semoga setiap keringatmu untuk keluarga dan anak didik sentiasa mendapat restu dan keredhaan Ilahi.
Abah kata ni hadiah untuk Ma juga sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia yang abah terima pada 11 Februari kelmarin.
Sunday, 12 February 2017
Selamat Hari Lahir Bondaku
Walaupun sibuk dengan urusan harian di rumah, dan kelas Al Quran, beliau sendiri tak pernah penat mencurah ilmu dan mencari lagi ilmu tersebut. Setiap hujung minggu ada sahaja kelas-kelas yang diikutinya. Semoga ilmu yang beliau curahkan kepada anak didiknya mendapat mendapat keberkatan dan menjadi amalan mereka.
Inilah insan kesayangan abah, kami 4 beradik, menantu dan cucu-cucu beliau. Mohon rakan-rakan doakan beliau diberi kesihatan yang baik meniti usia kehidupan, dimurahkan rezeki, diberkati segala urusan dan pekerjaan dan mendapatkan keberkatan hidup dunia akhirat.
Wednesday, 4 January 2017
Terima Kasih Ma Abah
Teks : Anys Idayu Zakaria
Syukur Ya Allah diam tak diam rupanya sudah hampir masuk setahun rupanya saya tinggal semula bersama Ma dan Abah. Allah bagi peluang untuk rasai semula nikmat kasih sayang mereka. Allah beri peluang untuk sayang terus berbakti pada mereka selagi mereka masih ada.
Doa dan sokongan Ma dan Abah yang tak pernah putus-putus, sepanjang saya mengharungi kesedihan dan kekecewaan satu ketika dulu. Alhamdulillah kerana doa mereka saya berusaha untuk merealisasikan impian dan harapan mereka.
Ya Allah selagi kesempatan masih ada, Engkau berilah peluang ini berterusan untuk aku terus berbakti kepada Ma dan Abah. Tunaikanlah segala impian dan hajat mereka. Berilah kesihatan yang baik kepada mereka untuk beribadah kepadaMu. Doaku haramkanlah api neraka ke atas tubuh badan kedua ibu bapaku dan kurniakan syurga untuk mereka.
Terima kasih Ma Abah. Jasa dan pengorbanan sehingga ke saat ini tak mampu untuk KakLong balas.