Biasanya kita ni memang akan ada perasaan takut nak cuba sesuatu yang baru, lebih lagi kalau tak de peneman.
Kalau kau sama. Aku pun sama. Ceritanya, bila masuk Mall asyik jeling je Subway tu. Tak berani nak masuk.
Sebabnya yang aku dengar-dengar kena buat sendiri roti apa kita nak. Macam senang, tapi malu juga weih kalau silap. Buatnya ramai orang beratur kat belakang tunggu giliran. Jenuh juga.
Nasib pulak dapat suami yang nak cuba semua jenis makanan dengan isteri dia. Haru betul!
Maka lunch kami di Subway Eon Bukit Tinggi. Masuklah aku dengan perasaan malu-malu kucing.
Alahai, rupanya senang je caranya. Mati-matilah aku ingat kita sendiri yang ceduk semua bahan tu. Rupanya tidak. Ada staff mereka yang akan buatkan. Kita pilih je nak letak apa dan apa.
Sampai kaunter order, mula sekali pilihla menu apa nak. Kalau tak nak ikut yang dicadangkan, kita buatlah menu sendiri.
Pilih roti dulu. Ada beberapa pilihan iaitu Wheat, Honey Oat, Parmesan Oregano, Hearty Italian. Korang pilih yang mana suka. Saiz apa nak. Aku pilih honey oat.
Lepas tu boleh pilih apa inti nak letak dalam roti tu. Disebabkan aku baru nak cuba, aku pilih ikut pada menu pilihan yang ada iaitu Tuna Combo. So, staff mereka letak je terus dalam roti inti yang perlu ada ikut menu pilihan.
Tapi kalau kita ada nak tambah lain-lain lagi, boleh je. Tak de masalah yang penting bayar.
Kemudian pilih pulak sayur apa nak. Macam-macam ada. Pening juga nak pilih. Timun, tomato, timun jeruk, kobis, zaitun, lain-lain aku tak berapa kenal. Aku pilih semua kecuali bawang.
Akhir sekali pilih sos. Ni lagi pening. Tak tau nak pilih mana satu. Maklum tak pernah rasakan.
So aku ikut-ikutlah suami. Dia yang tolong pilih semua untuk aku. Hahha selamat juga. Sos pilihan kami thousand island, bbq, mayonis dengan satu lagi lupa sudah namanya.
Tadaaa. Siaplah Tuna dan Roasted Chicken Subway kami.
Air pun, mereka bagi cawan dan kita yang pilih dan letak sendiri nak air apa. Cuma hot drink mereka akan beri dalam cup dan kita letak sugar sendiri.
Pakej murah, sedap dan berbaloi. Hanya RM30 kami makan ni.
Psst. Sedap juga rupanya. So next time boleh datang lagi. Dah pandai ni, dengan bangganya nanti datang kaunter pilih-pilih je sendiri nak apa.
Tadi tu duk fikir-fikir nak memilih takut silap, sambil dibantu staff mereka. Heheh.