Akhir tahun 2018, tukar dari Johor ke Selangor. Masa tu masing-masing masuk tingkatan 1 dan darjah 1.
Kali ni buat lagi pertukaran dari Selangor ke Putrajaya. Disebabkan aku pernah ada pengalaman sebelum ni, so kali ni agak mudah bila aku dah sedia semua dokumen yang diperlukan.
Mesti korang ingat nak tukar sekolah tu lecehkan. Kena ulang alik ke sekolah, sedia dokumen bagai.
Ok, ni aku bantu untuk memudahkan korang.
Mula-mula sekali, pastikan sebelum ke sekolah lama korang dah tau nak masukkan anak di sekolah mana (sekolah baru nanti). Boleh juga telefon sekolah tanya kekosongan. Tapi kena ingat, walaupun sekolah kata boleh, bila sampai PPD mereka akan semak semula sekolah tersebut kosong ke tidak. Yang penting sekali korang kena ada 3 pilihan nama sekolah baru.
Kemudian, korang sediakan dokumen di bawah ni. Buat beberapa salinan. Aku buat 3 salinan setiap seorang anak. Mudah. Bila sampai sekolah, korang tinggal isi borang yang pihak sekolah berikan. Tak da la terkial-kial mencari maklumat anak.
i. Salinan surat beranak anak
ii. Salinan kad pengenalan anak
iii. Salinan kad pengenalan ibu bapa
iv. Salinan surat nikah
*Ini aku bagi salinan surat nikah aku dan suami. (Bapa tiri anak-anak aku)
v. Salinan surat cerai / sijil kematian
*Aku sertakan juga salinan surat cerai, walaupun dah berkahwin baru. Bukti kita dah bercerai dengan suami dahulu. Sebab anak ni kita yang jagakan.
vi. Surat hak jagaan anak / perintah mahkamah. Kalau tak ada, sediakan surat akaun sumpah hak jagaan anak (akuan sumpah yang menyatakan korang jaga anak lepas bercerai dengan pasangan) Kalau tak da, memang confirm sekolah minta. Baiklah korang sediakan sebelum urus dokumen pertukaran tu.
Aku masih guna tahun 2018 punya. Akuan sumpah yang aku buat masa pertukaran anak dari Johor ke Selangor dulu. Alhamdulillah sekolah terima dan mereka pun tak da tanya apa-apa sebab memang dah dinyatakan pun dalam dokumen kita kena isi tu. (Kalau nak contoh format boleh contact aku personal)
vii. Dokumen sokongan kenapa korang nak pindahkan anak ke sekolah lain. Aku sertakan surat pertukaran kami suami isteri. Untuk kukuhkan lagi alasan pertukaran. Dalam borang yang kita perlu isi tu, memang ada ditanya alasan bertukar. So better bagi je dokumen pertukaran penempatan tu. Lebih mudah pihak sekolah dah tak perlu tanya apa-apa lagi.
viii. Bil utiliti (api, air) alamat rumah baru. Pihak PPD nak tengok alamat kita tu berdekatan ke tidak dengan sekolah.
Dokumen dah lengkap, dah ada 3 salinan barulah korang pergi sekolah. Pergi pejabat dan maklumkan nak buat pertukaran persekolahan anak.
Mereka akan bagi borang untuk kita lengkapkan. Korang lengkapkan waktu tu juga. Bukan banyak sangat pun kena isi. Semua maklumat tu dah ada dalam dokumen salinan yang kita bawa. Oh ye dalam borang tu ada kena tulis nama sekolah pilihan. So korang tulislah nama sekolah yang dimohon.
Bila dah siap, sertakan sekali dengan salinan yang kita dah sediakan. Hantar semula pada kerani sekolah. Tanya la samada boleh ambil terus atau tak. Aku memang bagitau nak ambil terus. So aku tunggu kerani taip semula borang tersebut dan buat pengesahan dari pengetua /guru besar. Alaa bukan lama pun. Dalam 15-20 minit. Ko layan fb ke, ig ke kejap, confirm tak sedar pun masa berjalan kerani dah panggil. Siap dah dokumennya.
Kalau nasib tak baik, mungkin kena ambil dokumen keesokkan hari sebab guru besar yang nak buat pengesahan tak da di sekolah. Tapi ok je, korang just datang semula ke sekolah esoknya ambil dokumen yang dah siap.
Masa hantar dokumen pertukaran Raisha semalam, guru besar tak da. Harini lepas dokumen siap, kerani call aku minta datang ambil dokumen. Pihak sekolah bagi sekali dengan fail anak untuk dibawa ke sekolah baru.
Satu salinan yang dah dicop jabatan pendidikan tu aku kena hantar semula ke sekolah lama. Dorang kata pos pun ok. So nanti dah selesai tu baru aku urus hantar salinan untuk rekod sekolah lama.
Dah siap semua, boleh bawa ke PPD. Kalau untuk pertukaran ke Putrajaya, aku perlu bawa semua dokumen ke Jabatan Pendidikan Wilayah Putrajaya di Parcel E.
Selesai step untuk pertukaran sekolah di pihak sekolah lama.
Minggu depan baru nak ke Parcel E. Nanti aku update semula hokey!
Semoga entri ini membantu kalian.
Boleh saya dapatkan contoh surat akuan sumpah.skg dlm proses pertukaran sekolah..terbaca post puan sgt membantu sy..
ReplyDeleteBlh sy nk contoh format surat hak penjagaan anak utk urusan tukar sekolah.. Lg 1 sy nk tanya kalau sijil cerai cuma ada yg pihak pelaki pnya je blh ke? Sbb sy xambk lg salinan sy sbb xde masa nk ke pej agama
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePuan, sy mohon jasa baik Puan dpt kongsi format surat akuan sumpah penjagaan anak. Sy amat perlukan utk tujuan pertukaran sekolah anak2. Harap Puan dpt bantu sy dgn kadar segera. Sy dahului dgn jutaan terima kasih. Harap Puan sudi membantu.
Lina 0122805274
puan dah dapat ke respond tuan punya blog ni.
DeletePuan dah dapat ke format surat hak jagaan tu. Jika ada tolong share ke saya, terima kasih. email azlita666@gmail.com
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePuan, sy mohon jasa baik Puan dpt kongsi format surat akuan sumpah penjagaan anak. Sy amat perlukan utk tujuan pertukaran sekolah anak2. Harap Puan dpt bantu sy dgn kadar segera. Sy dahului dgn jutaan terima kasih. Harap Puan sudi membantu.
Lina 0122805274
blog ni maih aktif ke? macam mana saya nak dapatkan format surat akuan sumpah penjagaan anak tu ye? boleh tak email ke nazia101382@gmail.com
ReplyDeletesaya nak tgk surat akuan tu puan. boleh pm saya.
ReplyDelete0166834423
Assalamualaikum puan. Saya mohon untuk dapatkan fomat untuk surat Akuan Sumpah bagi Pertukaran Sekolah anak saya.boleh Pm saya 0126064771
ReplyDeleteAssalamualaikum puan. Saya mohon untuk dapatkan fomat untuk surat Akuan Sumpah bagi Pertukaran Sekolah anak saya. tak tau nk contact puan mcm mana jadi puan boleh whatsapp saya 0172267725.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Puan. Boleh share Surat akuan sumpah penjagaan anak dgn saya? Yus - 0182343669
ReplyDeleteAssalamualaikum puan, boleh share surat akuan sumpah penjagaan anak? Saya baru nk mohon tukar sekolah anak . Terima kasih puan. Wani 01115450876
ReplyDeleteAssalamualaikum puan, saya terbaca perkongsian puan, boleh saya dapatkan contoh surat hak jagaan anak. Mohon puan hantar ke email saya azlita666@gmail.com. terima kasih puan
ReplyDelete