Tuesday, 12 November 2019
Filem Ghostwriter
Friday, 26 April 2019
Avengers Endgame
Seperti yang dijanjikan kami berdating tengok Avengers : Endgame petang tadi. Macam biasa aku dengan azam tak nak tidur, jadi aku naplah sekejap dalam kereta on da way ke TGV. Dapatlah hilangkan ngantuk lepas nap 10 minit.
Masuk wayang, suasana dalam tu kan gelap, sejuk. Fuh! Mata aku pun terbuai sama juga. Itula, masalahnya aku ni bukan tak nak tengok movie. Masuk je wayang terus mengantuk. Bila aku tertidur dan jaga semula, nak tengok dia boleh pulak tarik kepala aku suruh tidur kat bahu dia.
Aku apa lagi. Sambung la tidur semula. Jadi korang rasa, bukanlah salah aku yang tertidur kan.
Punyalah sedap aku tidur. Setengah jam sebelum habis movie baru aku segar semula. Waktu tu laa aku baru rasa fokus nak tengok movie. Dah tak mengantuk.Tapi tengok pun tak berapa nak faham. Mula sibuk nak tanya itu ini. Tapi sebab dia fokus tengok, baik aku diam je. Tunggu je la dia ulas.
Keluar wayang sampailah masuk kereta non stop dia duk bercerita. Aku yang blur tak faham ni asyik tanya tah berapa kali pun tak tau la.
Sampai rumah ni pun masih asyik duk ulas dan cerita lagi. Dari kisah Thanos, Thor, Infinity War, Iron Man habis semua movie dia ulang cerita semula. Siap lakon semula bagai.
Aku memang khusyuk dengar je. Seronok pulak tengok dia bercerita dengan gaya-gaya sekali. Nasib baik dia tak pakai helmet iron man dia tu..Heheh.
Tapi, walaupun aku tertidur kira untung jugalah aku tetap tau apa kesudahannya. Tak faham pun, dia cerita sampai aku faham.
So korang nak spoiler ke atau nak gi tengok sendiri. Aku rasa baik korang tengok sendiri. Sapa yang memang follow cerita ni, babak akhir tu memang agak rasa sedih sikit. Nak tau apa, kena la pergi tengok.
Sunday, 10 March 2019
Captain Marvel
Tek : Anys Idayu Zakaria
Haritu masa sambut Hari Wanita Si Dia bawa aku tengok Captain Marvel. Yang kononnya kami nak tengok 3D. Tapi terpaksa cancel.
Masa tengah beratur nak beli tiket, Dia kata kita ambil tiket biasa je. Risau aku tertidur masa menonton. Haha dia memang dah tau tektik aku. Tidur tu memang kebiasaan bila aku menonton wayang.
Tapi masa tengok Captain Marvel haritu, aku sebolehlah menjaga mata dari terlelap. Mujur berjaya juga akhirnya.
Cumanya aku ni memang susah nak faham cerita omputih barangkali. Ada je yang aku confius. Sekejap faham, sekejap tak faham gitulaa.
Walaupun blur-blur akhirnya aku faham juga jalan cerita. Si Dia dah tolong cerita semula. Dari keluar wayang, masuk kereta non stop asyik bercerita nak bagi aku betul-betul faham.
Keseluruhan movie Captain Marvel memang best. Paling aku suka tengok dia bertukar baju. Cantik sangat baju yang dia pakai tu. Terasa nak pakai juga. Haha.
Yang belum tengok, boleh la pergi tengok. Boleh jadikan aktiviti hujung minggu bersama keluarga.
Thursday, 28 February 2019
Misteri Dilaila
Tuesday, 12 February 2019
Power Nap
Husband aku ni seorang yang pendiam. Tapi dia mudah berubah watak terutamanya bila aku minta dia tayangkan movie yang dia sendiri muat turun.
Memang nampak bersemangat dia capai hard disk 2TB. 2TB tau, bersamaan 2000GB! Jadi boleh bayangkan ada berapa banyak movie dalam tu.
Baru-baru ni aku baru berkesempatan untuk menonton satu movie kartun yang lama, iaitu Boss Baby. Sebenarnya movie tu ditayangkan buat Fasha dan Raisha. Aku pula hanya duduk di sisi sambil membaca buku. Dia memang dah menonton movie ni, tapi masih boleh menonton lagi walaupun berulangkali.
Haa..masa inilah dia berubah watak. Mulutnya tak henti bercakap. Ada saja ulasan dan plot yang hendak diolah. Malah boleh membebel kalah perempuan.
Babak Baby Boss power nap.
Dia: Sayang, awak tengok baby pun power nap. Awak kalau mengantuk tak payah nak paksa diri menulis ke membaca ke. Tidur je sekejap.
Aku: Syiok sangat buat kerja sampai lupa nak tidur.
Dia: Power nap dalam 10 ke 20 minit tu kan lagi tambah produktiviti. Masa saya kena designer's block, saya tidur dulu. Bangun tidur je idea datang. Design terus siap.
Nampak?
Kerja kita ni kena ada idea. Kreatif. Macam sayang menulis, kena ada idea. Otak penat sangat idea pun hambar je. Tu yang jadi writer's block. Sebab tu sayang kena tidur. Baru idea bukan beshe beshe.
Aku: Yelaaa ok.
Dia: Haa...nampak tak dalam kartun pun dapat pengajaran. Sayang tau dalam apa lagi dapat pengajaran?
Aku: Apa?
Dia: Al-Quran, kepada yang memahami. WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sempat pula dia bagi tazkirah. #donetazkirah #daddycool
Thursday, 13 December 2018
Aquaman
Sunday, 14 October 2018
PASKAL THE MOVIE
PASKAL. Sebelum tengok tu aku dok fikir ok ke idak movie ni. Tengok hero rasa macam tak de yang betul-betul meletop. Tapi bila dah tengok, fuhhhh memang boleh bagi 8/10 bintang untuk movie ni.
Adaptasi dari kisah sebenar PASKAL, TLDM. Kisah yang sesuai untuk membangkit rasa kecintaan pada negara. Pada kerja dan perkhidmatan kita. Pada keluarga dan rakan baik. Dengar macam, alaaa ni mesti cerita biasa-biasa macam hari merdeka. Tapi pada aku tidak. PASKAL Memang agak berbeza dari filem lain seperti Gerak Khas atau arah satria.
Walau tiada babak percintaan, tapi ada dua babak yang betul menyentuh hati aku. Meleleh juga air mata. Rasa macam berada pada situasi, di mana kesedihan isteri bila dapat berita suami terkorban bila bertugas demi negara.
Untuk yang minat ketenteraan, badan beruniform memang tak rugi sangat menonton movie ni. Kita tunggu pula next movie. Polis Evo 2.
Lepas juga hajat sebenarnya mahu tonton PASKAL. Kalau seorang diri memang aku tak pergi punya. Tapi kekasih hati sudi teman dan spend masa sepanjang aku kursus, jadi boleh la spend masa pergi menonton wayang.
Terima kasih kesayangan. Saya yang kursus, awak yang sanggup off untuk jadi peneman.
Friday, 24 August 2018
Habiskan Masa Bersama
Tek : Anys Idayu Zakaria
Kami bertemu semula selepas pertemuan antara dua keluarga 2 minggu lepas. Bila berjumpa kali ni sempatlah kami habiskan masa bersama, beli sikit-sikit persediaan majlis kami dan hiv test done. Hehhe.
Kami sempat marathon menonton 2 filem sekali. Hantu Kak Limah dan Big Brother.
2 filem yang sangat best. Biasa kalau tengok filem selain filem melayu paling tidak aku akan tertidur sampai habis movie. Setakat teman dia di sebelah je. Dia seorang yang layan movie.
Tapi Filem Big Brother ni memang betul-betul menyentuh hati kami berdua. Filem aksi, kasih sayang kekeluargaan, semangat kental seorang guru yang mahu melihat perubahan pada anak didiknya yang mana masing-masing mempunyai masalah yang berbeza-beza dalam hidup mereka. Kasih sayang anak murid pada guru mereka.
8/10 bintang boleh bagi untuk filem Big Brother ni. Memang berbaloi menontonnya.
Filem Hantu Kak Limah memang kelakar dalam seram. Filem ni tak payah ulas memang confirm ramai akan pergi tonton. Disebabkan Kakak dah tengok filem ni dengan aunty dia, so balik dari menonton tu dia hanya bagitau, hantu yang sebenar ialah orang bunian. So sepanjang menonton tu aku memang tertanya-tanya kenapa orang bunian yang jadi hantu tu tak muncul-muncul. Rupanya...... hahha ok la pergi tengok sendiri.
2 hari yang padat. Tapi kami masih tak sempat juga nak membeli barang hantaran yang lain. Nampaknya perlu ada next pertemuan sebelum menjelang hari yang dinantikan kami bulan November ini.
Terima kasih kekasih hati sudi spend masa bersama.
Friday, 4 May 2018
Filem Avengers Infinity War
Tek : Anys Idayu Zakaria
Haritu aku dengar dalam radio Filem Avengers Infinity War mencatat kutipan pecah panggung minggu pertama ditayang.
Hari pertama keluar aku dah pergi tengok. Tapi yang betul-betul buat spoil aku boleh tidur sepanjang filem ditayangkan. Boleh bayang tak. Macam mana bising gelak ketawa orang ramai, syiok je aku layan mata mengantuk.
Bila tahu filem tu catat kutipan giler-giler punya rekod, baru rasa nyesal tak tengok. Nak ulang tengok semula aku takut tertidur lagi. Nilah akibat tak suka tengok filem omputih tapi teman orang lain tengok. Mujur dia tak kata rugi tiket beli untuk awak tau. Hahha.
Tapi, esok harinya aku balas semula tengok Dukun. Kononnya nak tengok cerita seramkan. Padahal tak de seram mana pun. Filem melayukan, so aku boleh la layan sampai habis walau tak best mana pun.
Eh eh, dia boleh balas pulak. Kita layan filem dia yang tidur. Jealous kot kita dah tidur masa tengok Infinity tu. Hhehhe.
Thanks awak sempat curi-curi masa berdating walaupun datang untuk berkursus last week. Minggu yang dapat mengubat kerinduan.
Saturday, 10 February 2018
Makrifat Cinta
Tek : Anys Idayu Zakaria
Dah seminggu berlalu harini baru sempat nak ulas movie Makrifat Cinta yang aku tengok minggu lepas.
Filem yang sarat dengan pengajaran, adaptasi kisah sebenar dalam kehidupan seharian yang kita lalui.
Kalau ikut pun memang aku percaya situasi dalam filem ni memang selalu berlaku pada masyarakat kita. Nak mudah dapat duit, pinjam along. Bergaduh suami isteri kerana suami tak dapat tunaikan permintaan dan kehendak isteri. Nak dapatkan barang terlarang sanggup kerah orang lain untuk dapatkan duit.
Aku boleh bagi 8 bintang untuk filem ni. Memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat khususnya anak-anak muda yang baru nak memulakan kehidupan berkeluarga.
Dan yang paling aku cadangkan filem ni ditonton oleh usahawan atau yang ada cita-cita untuk bekerja sendiri. Tak kenal putus asa, sentiasa bersemangat walaupun perit jerih kehidupan seharian yang dilalui.
Cuma ada sikit je kekurangan filem ni. Kurangnya kebergantungan pada Yang Esa. Berusaha dan berserah semata. Tapi aku puji part yang mana, anak Mahathir nampak matang menghadapi situasi. Dialah yang memberi nasihat sehingga Mahathir tersedar dan boleh terus bangkit dari kenangan silam.
Ok la, nak tahu best ke tidak boleh pergi beli tiket dan tonton. Hehhe. Next kita tunggu orang belanja movie yang akan keluar minggu depan pulak.
Monday, 11 December 2017
Review Filem Rempit Sampai Langit
Tek : Anys Idayu Zakaria
Hujung minggu hari tu aku sempat bawa anak-anak pergi tengok wayang. Cari punya cari filem yang nak ditonton, aku bercadang nak tengok Filem Rempit Sampai langit.
Tapi sebelum aku putuskan nak tengok filem tu, aku baca dulu review filem di insta. Gigih pi cari review penonton tau. Bukan apa. Sebabnya aku nak bawa anak-anak. So tak nak lah cerita yang bakal kami tonton nanti tak layak untuk mereka tonton.
Nak tengok cerita omputeh, takut depa tak fokus pulak. Yang sebenar aku yang tak minat. Hahha. So ada filem tu satu je filem melayu yang aku rasa sesuai untuk ditonton, walaupun berklasifikasi P13.
Ok lah meh aku review sikit apa bestnya filem Rempit Sampai Langit ni.
Filem yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Memang sempoi giler. Kelakar habis. Lagi-lagi musim cuti sekolah ni kan. Boleh la bawa anak-anak menonton wayang, sambil makan nugget, twisties dan minum air mineral di pawagam. Kata bosan makan nugget kat rumah kan.
Dialog yang digunakan dalam filem ni pun tak terlalu hipster, terlalu rock atau terlalu sastera hingga susah penonton nak faham. Banyak dialog sempoi yang buat penonton boleh ketawa berdekah-dekah, seperti tak hingat dunia.
Hero filem ni Ajak Shiro yang terkenal dengan lawaknya. Memang lawaklah. Muka bersahaja. Macam orang tak bersalah. Dengan dialog yang kelakar. Kadang dialog yang saja je menyakitkan hati Nabila Huda.
Dialog yang paling aku ingat, “Muka macam kau ni, pukul 12 aku clash. Pukul 1 aku dah lupakan”. Pedas beb. Tapi Ajak Shiro selamber je sound Nabila. Lain-lain kau tengoklah sendiri.
Masa nak tonton tu baru aku tahu filem ni, filem Datuk Rosyam Nor. So aku memang konfiden habislah filem pasti best. Memang betul sekali jangkaan aku. Tak rugi tiket wayang aku RM28 hahah.
Yang menarik, Filem Rempit Sampai Langit ni juga masih berkisar dan mengikut trending sesama. Apa lagi kalau bukan tranding memviralkan sesuatu kejadian. Makcik-makcik pun sibuk ada ig, fb. Phone sikit punya canggih tau.
Keseluruhan aku boleh bagi 8/10 bintang. Memang seronok. Anak-anak aku pun terhibur. Kalau kau rasa-rasa tak tahu nak habis masa ke mana, bolehlah pi tengok filem ni.
Friday, 20 October 2017
Filem Tombiruo
Tek : Anys Idayu Zakaria
Yeahh semalam aku berjaya meluang masa pergi tengok Tombiruo. Risau juga sampai habis filem takut tak sempat tonton. Sebab aku bukanlah kaki wayang sangat pun. Ok la sikit aku review filem tersebut. Untuk kau yang acah-acah nak tengok tapi belum berkesempatan.
1. Apa pun kalau tengok cerita yang diadaptasi dari novel, usah berharap sangat jalan ceritanya seratus peratus sama seperti novel. Pasti ada sedikit kelainannya. Novel vs filem.
2. Kalau yang belum baca novel, aku cadangkan tengok dulu filem supaya kau tak terbawa-bawa watak dan gambaran dalam novel. Dah tengok filem, baru baca novel. Lebih feel.
3. Jalan cerita memang sangat ohsem. Semua pelakon menjiwai watak mereka. Babak pergaduhan, hutan terbakar memang nampak real. Sound effect, gambaran semua memang best. Aku suka.
4. Hidupan flora itu bernyawa. Memang aku rasa feel lain macam bila tengok akar menjalar yang hidup. Memang ada rasa seram. Kalaulah tersesat dalam hutan gamaknya. Itulah orang tua-tua kata jaga mulut, jaga kelakuan bila masuk hutan.
5. Nabila Huda yang bawa watak Wan Suraya memang menjadi. Wartawan yang tak sabar nak dapat berita hangat. Geram pulak aku. Asyik nak halang pergaduhan je. Haha.
6. Part Tombiruo merenung Wan Suraya tu memang best giler. Ganas kau bila Tombiruo jatuh hati dengan Wan Suraya.
7. Agak kecewa juga tak dapat tengok muka Zul Ariffin @ #Ejim yang hensem tu. Memang watak beliau pakai topeng sepanjang filem. Apapun Ejim memang sado habis. Hahhaha.
8. Walaupun hampir keseluruhan jalan cerita mengambarkan pergelutan, serangan bertubi-tubi, tapi masih memaparkan kisah kasih sayang sesama makhluk.
Aku bagi 9 bintang untuk filem Tombiruo. Ulang tengok pun tak boring.
Aiz.
Cinta dan kasih sayang amat bermakna. Sangat bererti pada semua insan. #Tombiruo #Penunggurimba #Ejim