Tek : Anys Idayu Zakaria
Pada aku tuntutan nafkah anak-anak ni aku rasa macam payah sangat nak buat. Aku takut makan masa yang lama. Sampai berkali-kali perlu pergi naik turun mahkamah.
Bila aku tengok kes suami haritu, aku mula terfikir mudah sahaja rupanya tuntutan hak nafkah anak-anak ni.
Kronologi kes suami aku untuk tuntutan nafkah anak-anaknya cepat sangat selesai. Tempoh masa 2 hari.
Dapat surat dari mahkamah syariah untuk hadir ke majlis Sulh. Bila tiba harinya suami dan bekas isteri hadir ke mahkamah untuk sesi sulh.
Ada dua sesi iaitu sesi mereka berdua bersama Pegawai Sulh. Dan sesi individu bersama pegawai.
Bila dapat persetujuan bersama, pegawai tersebut keluarkan surat pengesahan nafkah dari mahkamah.
Hari kedua perlu hadir untuk mendengar bacaan hakim berkenaan pengesahan nafkah tersebut.
Sepatutnya boleh selesai sehari, tapi disebabkan hakim tiada pada hari tersebut ditangguh keesokan harinya. Dan juga boleh selesai sehari jika suami buat akuan sumpah, tanpa mendengar bacaan hakim.
Kes mereka cepat selesai kerana bekas suami hadir ke mahkamah, dan melalui sesi perbincangan dan persetujuan bersama kedua belah pihak.
Kemungkinan tuntutan nafkah mengambil masa jika suami tidak hadir, atau salah seorang pihak tidak bersetuju dengan tuntutan yang difailkan.
Harapnya satu hari nanti bila aku buat tuntutan untuk anak-anak, kes aku cepat selesai. Risau juga kalau bekas suami langsung tidak mahu bekerjasama. Sedangkan kes perbicaraan cerai dulu pun aku seorang diri naik turun mahkamah, takutnya tuntutan kali ni aku juga yang terpaksa sendiri.