Asam Pedas Sardin bunyi macam kelakar je kan. Tapi cuba buat sekali memang sedap.
Macam korang masak asam pedas juga caranya. Jom kita cuba buat untuk lunch nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Satu tin sardin
2. Serai 2 batang
3. Dua ulas bawang putih
4. Sebiji bawang merah
5. Seinci halia
6. Seinci kunyit
7. Sedikit belacan
8. 5-10 batang lada kering.
9. Air asam jawa
Cara-caranya :
1. Blender semua bahan.
2. Serai diketuk
3. Tumis bahan yang telah diblender, dan masukkan serai sekali.
4. Bila dah agak garing dan kekuningan, masukkan sardin.
5. Kacau hingga mendidih. Masukkan air asam jawa dan perasa.
Kacau lagi hingga mendidih. Siap.
Its ready to eat. Sedap tau. Cicah roti pun sedap. Nyummy.