Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Wednesday, 10 June 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Maka harini bermulalah episod Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Kita sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. 

Moga kita semua patuhi SOP yang ditetapkan. Jangan sekali leka dan bergembira hingga lupa apa yang dah kita amalkan sebelum ini. 

Antara norma baru yang perlu kita teruskan dengan memakai penutup muka, kerap membasuh tangan, jangan bersesak-sesak di tempat ramai, dan yang penting jaga jarak. 

Perlu ada rasa was-was dan ragu-ragu dengan semua orang. 

Anak-anak terutamanya, ajar dan didik mereka patuhi SOP. Maklumlah mereka antara yang paling lama sekali duduk di rumah. Terperap lebih kurang hampir 3 bulan lebih kan. 

Baru hari ini ada kelonggaran untuk mereka keluar dan ikut ke mana sahaja ibu ayah pergi. 

Semuanya di tangan kita. Kerajaan serahkan pada kita semua untuk menjaga dan melindungi diri, keluarga sendiri. 

Kita jaga kita. Insya Allah pasti semuanya baik-baik dan kita juga dapat jalani PKPP dengan tenang. 

Korang pun dah sesak-sesak atas highway ke tu? Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. 

Gerak dulu laa yer. Aku kena standby kat rumah je. Ni pun duk ulang alik balik kerja. Kalau rajin terlebih husband bawa jalan-jalan Alamanda atau IOI City Mall. Katanya nak bagi mudah bersalin. Hahaha. 

.
Anys Idayu Zakaria

Saturday, 31 August 2019

Salam Kemerdekaan

Merdeka?

Merdekakan dulu minda kita upgrade ilmu.

Merdekakan dulu sikap dan perangai kita yang malas dan suka membawang.

Merdekakan dulu kehidupan kita dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

Merdekakan dulu kesempitan kita dengan sedekah dan zakat.

Merdekakan diri kita dulu dari dijajah perkara negatif, keluh resah dan rugutan. Upgrade diri kita. Upgrade circle kita.

Insya Allah, merdekalah seluruh hidup kita.

Salam Kemerdekaan Ke-62

#aizmenulis

Tuesday, 27 August 2019

Berhenti Merungut

Kita nak bahagia, tapi tak pernah usaha mencari kebahagiaan. Hanya pandai komplen, bising, marah-marah.

Kita nak orang bantu mudahkan kerja kita. Tapi kita sendiri tak perlu hulur bantuan pada orang lain.

Kita nak rezeki melimpah ruah, tapi hubungan dengan pemilik rezeki kita tak jaga.

Kita ni hanya pandai merungut, mengeluh dan tengok kelebihan orang. Kemudian komplen dan membandingkan.

Tapi kita tak pandai bersyukur. Ucap terima kasih. Dan berhenti merungut.

Assalamualaikum morning gais.

#aizmenulis.

Thursday, 15 August 2019

Salam Kejayaan

Tiada yang lebih hebat selain Allah yang menentukan kejayaan, kemenangan dan kesenangan kita.

Kita hanya perlu terus istiqomah bersyukur dan bersabar. Diiringi dengan usaha dan doa tanpa jemu.

Salam kejayaan!

Wednesday, 29 May 2019

#TeamrayaJohor

Yang sebenarnya aku tak kesah pun raya pertama rumah mak sendiri atau rumah mertua.

Kalau balik rumah mertua, lepas tu tetap balik rumah mak sendiri juga. Kan sistem bergilir. Lagi la ini tahun first aku bersama suami, tentu nak rasa raya pertama bersama keluarga mertua. Tambah pula family mertua tak balik beraya ke Sarawak. So memang kami dah setuju awal-awal Ramadan haritu nak balik raya pertama rumah mak abah mertua.

Tapi, disebabkan faktor tugas suami terpaksa duty pada raya ketiga jadi kami tukar plan. Terpaksa balik JB dulu, kemudian raya kedua baru balik Tanjung Karang.

Haritu aku cerita dengan suami, lagu Air Mata Syawal kalau aku dengar dulu-dulu memang menangis. 3 tahun akhir sebelum berpisah dengan bekas suami dulu aku langsung tak boleh balik beraya rumah ma abah. Kalau dapat balik pun sekejap sangat. Duduk makan terus kena panggil balik. Langsung tak sempat rasa suasana beraya dengan ma abah dan adik-adik.

Bertambah syahdu bila suami faham apa yang aku rasa, katanya tahun ni memang sepatutnya first raya balik JB. Supaya aku dapat rasa semula suasana hari raya pertama bersama keluarga dan suami.

Time tu meleleh air mata syahdu aku. Nak peluk erat ucap terima kasih pada dia sebab faham apa aku rasa dan aku lalui sebelum ini.

So #teamrayajohor kita tahun ni.

Tuesday, 28 May 2019

Visualize Impian

Kita tak berjaya visualisekan apa yang kita impi dan mahu capai kerana limitation minda kita sentiasa ingat Allah tak mampu beri apa yang kita minta. Kerana kita fikir ikut logik akal kita tak mampu capai, maka Allah juga tak mampu beri.

Jom tukar mind set. Kita minta sahaja apa yang kita mahu, gambarkan kita dah dapat pun apa yang kita nak. Upgrade cara kita bersyukur. Dan sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segalanya. Dia mampu beri apa yang tak mampu tercapai oleh akal dan minda kita.

Assalamualaikum selamat pagi dunia😍😍

Sunday, 5 May 2019

Salam Ramadan

Selesai membawang, menyambal dan menyedia keperluan di dapur. Memudahkan untuk memasak berbuka. Dengan niat dan azam nak kurang ziarah bazar ramadan. Nak masak macam hari-hari biasa bila balik kerja.

Dengan niat kita nak sedekah bagi suami dan anak-anak makan air tangan kita masak, insya Allah pasti sempatkan.

Tahun pertama berpuasa bersama suami. Tahun pertama juga puasa jauh dengan family. Syukur Alhamdulillah untuk nikmat ini. Allah bagi mana yang layak untuk kita dapat. Bukan mana yang kita mahu ikut kehendak dan hati kita.

Moga Allah mudahkan kita untuk beribadah dengan istiqomah Ramadan ini. Bersedekah, berzikir, mengaji, bertadarus. Terus menerus buat perkara baik.

Niat dan kunci jam perkara yang paling penting untuk dilakukan sebelum tidur nanti.

Selamat menyambut Ramadan semua.

Sunday, 7 April 2019

Kuih Peluru

Dia : Saya suka makan kuih peluru. Dulu masa kecil mak selalu buat.

Aku : Haaaa apa tu. Kuih peluru. Macam mana rupa. Tak pernah dengar nama kuih tu.

Dia ambil tefon terus google cari kuih peluru tu. Aku tak tau dia taip apa nama. Dia cari kuih daripada ubi keledek.

Dia : Haaa ni laa.

Aku : Kah kah kah. Kuih ni rupanya. Ma selalu buat. Nak ke, senang je. Sayang pun pandai buat ni.

Berdekah dekah aku gelak. Punyalah comey nama, dia panggil kuih peluru. Aduiii makan tau, nama tak tau.

Kami bersarapan dengan kuih peluru pagi ni.  #daddycool

Wednesday, 13 March 2019

Hakikat Kehidupan

Dalam meniti kehidupan ini adakala apa yang kita rancang dan impikan tak seindah hakikat yang ditakdirkan.

Redha dan berserahlah. Kuatkan semangat. Terus berdoa dan berharap moga Tuhan beri keajaiban.

Pagi!

Friday, 1 March 2019

Mama Rajin Memasak?

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Sayang nak masak apa malam ni."

"Mama masak apa malam."

Itu soalan biasa yang akan mereka tanya setiap hari. Kadang awal pagi. Kadang waktu petang.

Aku pula pasti setiap pagi, atau malam dah mula fikir menu untuk masak. Ada masa rajin juga nak buat menu berat. Tapi ada masa malas campur penat datang hanya goreng telur potong cili letak kicap.

Tu pun mereka makan dengan penuh kesedapan, sampai menambah.

Belum lagi lauk ayam masak merah, asam pedas ke atau daging masak kicap. Confirm berlumba-lumba mereka menambah.

Alhamdulillah seronok dan teruja sebenarnya. 10 tahun lepas aku tak pernah pun rasai pengalaman ni.

Dulu balik kerja mak mertua aku dah siap bawakan makanan. Kalau masak pun hujung minggu. Asal terlewat sikit, atau tak kena gaya masak pasti ada je tragedi berlaku.

Sebab tu sekarang ni kakak yang selalu teruja nak tunggu aku masak apa setiap hari.

Setiap kali lepas makan makan,

"Alhamdulillah kenyang. Terima kasih Allah. Terima kasih mama. Lain kali mama masak sedap lagi, adik makan habis."

"Sedapnya mama. Kenyang kakak."

"Terima kasih sayang, sedap sangat."

Tipu sangat kalau tak nak dipuji. Tapi kata pujian suami dan anak-anaklah akan buatkan aku makin semangat memasak untuk mereka.

Ada je rasa nak cuba macam-macam menu. Nasi ayam penyet dah ambil resipi belum cuba. Hujung minggu rasa nak masak lemak cili padi ayam. Esok rasa nak goreng kuetiew untuk sarapan. Teringin nak buat kek pelangi.

Hahhaha aduiii cerita part makanan pulak tengahari macam ni.

Thursday, 28 February 2019

Selamat Pagi!

Hidup ini indah jika sentiasa dihiasi dengan senyuman dan fikiran positif.

Usah serabutkan diri dengan muka ketat, stress awal pagi.

Kerana yang pasti setiap kali kita bangun hari baru tugasan, kerja, masalah sentiasa menanti.

Selamat pagi. Selamat menikmati keindan hidup!

Tuesday, 22 January 2019

Nak kurus!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Aku : Nak kurus macam tu. Cantik.

Hubby : Tak payah la. Sekarang dah cantik. Kurus sangat tak cantik pun. Kenapa perempuan ni sukaaa sangat kurus?

Aku : Awak tau tak, perempuan ni obsessss sangat dengan kurus. Pantang kalau sebut gemuk depan perempuan tau! Dah kurus pun tetap rasa nak kurus lagi.

Perempuan dengan perkataan kurus memang tak dapat dipisahkan. Umpama bila dengar terujaaaa nak kurus. Bila tak dengar syiok makan lupa daratan. Hehehe. #daddycool

Thursday, 17 January 2019

Suami Beli Daun Kucai

Tek : Anys Idayu Zakaria

Beginilah agaknya kalau minta suami yang beli barang dapur. Mesti boleh tergelak lepas dia balik membeli.
Aku : Tolong belikan tepung gandum, lada merah, daun kucai.
Mr. Hubby : Daun kucai tu macam mana rupa.
Pung pang pung pang, aku terangkan macam mana rupanya kucai tu.
10 minit lepas di balik dari kedai.
Aku : Yang, kenapa tepung ni? (tepung jemput-jemput segera yang dibelinya). Lada ok walaupun beli lada kecil, daun kucai pun ok.
Mr. Hubby : Tepung gandum tak de. Jadi amik la tepung tu. Daun kucai tu betulkan. Tadi saya pegang daunnya panjang, bawah macam ada akar, color purple gitu. Rasanya salah sebab tak sama macam sayang explain. Saya jalan depan sikit ternampaklah daun macam lalang. Ok ni betul agaknya daun kucai.
Hahahahah gelak besar aku. Betul-betul dia cari daun lalang. Ikut yang aku explain. Nasib baik aku sebut rupanya macam daun lalang. Agaknya kalau tak sebut rupa mesti dia google cari. heheheh

Wednesday, 9 January 2019

2019 dan wishlist aku

Tek : Anys Idayu Zakaria

Aduhhh sejak dah kahwin ni banyak benda tak update. Pleaseee tolong rajin sikit update blog. Aku pi simpan dalam fb je. Lupa nak simpan sini.

Okeh, azam tahun baru 2019 rajin update blog. Huhu dah masuk seminggu pertama Januari harap mood terus melekat sampai akhir tahun.

Belum terlewat, selamat tahun baru 2019. Banyak wishlist dalam kepala belum tertulis. Harapnya tercapailah semua impian.

Meh senarai sikit wishlist untuk tahun ni.

1. Turunkan berat badan. Hahha harap berjaya. Tak tau la kan sejak kahwin ni makan nasi pun dua kali sehari. Belum campur makan lain lagi. Kalau cuti makan nasi nanti hubby merajuk tak nak makan pulak. Penat juga aku masak nanti dia tak makan. So jawabnya terpaksa aku makan juga.

2. Top seller jualan ebook dan produk affiliate KHM

3. Ada ebook atau buku kisah hidup sendiri

4. Tukar kereta. Nak kena beli besar sikit sebab anak2 pun dah ramai.

5. Nak ceburi bidang hartanah.

6. Nak beli rumah

7. Nak beli buku setiap 2 bulan sekali

8. Selesai hutang

9. Nak income bisnes RM3000 setiap bulan

10. Nak bercuti tempat menarik.

11. Banyak dah ni kot. Nak tambah anak. Hehehe yang ni pun tetap masuk dalam wishlist. Semoga ada rezeki. Tanda kasih sayang aku dan suami.

Ok dahhh 11 dulu, tulis banyak-banyak nanti takut tak mampu nak capai.

Nanti aku update kisah2 lepas yang tak sempat masuk ke blog.

Monday, 27 August 2018

Banyakkan Berkongsi

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ada masa kita perlu pandai minta dihargai. Bukan hanya kita yang menghargai.

Ada masa kita juga perlu bijak bersuara dan menyuarakan. Bukan hanya mengangguk tanda setuju. Dan bukan pula berkata iya walaupun sebenarnya tidak.

Kerana kita wanita akan ada satu sifat diam dan akur, tidak mahu berbalah. Sehingga satu tahap yang akan menghilangkan kesabaran kita, macam bom meletup. Kita memang akan bertindak tanpa memikirkan apa yang telah kita korbankan selama ini.

Aku pernah berkongsi dengan seorang teman, mungkin dulu sebab aku lebih banyak diam dan menurut, jadi orang sekeliling tak jangka keputusan yang aku ambil.

Jadi untuk tak nak perkara sama berulang, aku perlu lebih bijak bersuara, perlu lebih banyak berkongsi. Supaya apa yang dipendam tak meletus seperti gunung berapi.

Aku harap kau pun begitu juga. Banyak berkongsi terutamanya dengan pasangan kerana dialah orang yang dekat dan memahami kita.

Sunday, 12 August 2018

Touching

Tek : Anys Idayu Zakaria

Posting ni tanda ucapan terima kasih pada kalian yang sudi tinggalkan ucapan tahniah pada aku semalam. Tak sempat aku nak reply satu persatu.

Sungguh masih dalam mood happy, sebak,  touching sangat bila ramai mendoakan kami. Si dia pun gembira bila aku bagitau ramai yang mendoakan. Katanya, "ramai orang suka, ramai yang mendoakan semoga mudahlah urusan seterusnya."

Aku tahu, ramai yang tersentuh dengan setiap perkongsian aku selamanya. Walaupun bukan semuanya aku kongsi, tapi kesakitan dan keperitan masa lalu umpama seperti kalian turut merasai. Dan bila aku mula rasa bahagia, kalian juga turut gembira.

Setiap antara kita melalui kisah hidup yang berbeza-beza. Pengalaman mematangkan untuk terus melalui perjalanan masa hadapan. Semoga kisah silam masa lalu tak terus menghantui untuk aku membina kebahagiaan masa akan datang.

Dan semoga tidak ada yang mempertikaikan kenapa aku boleh membuka pintu hati untuk menerima lelaki lain. Setelah hampir 10 tahun melalui keperitan.

Memang pun aku akui, dulu ketika belum berpisah aku rasa lebih baik hidup seorang diri. Kadang rasa menyusahkan je ada laki ni. Kalau semuanya kita yang tanggung dan uruskan.

Tapi dalam tempoh 2 tahun sendiri, nasihat dari Ma yang selalu pesan, "kita sebagai wanita walau hebat macam mana pun kalau ada peluang dan ruang carilah jodoh. Buka pintu hati terima lelaki yang baik untuk jadi suami. Anak-anak bila besar satu masa tetap akan bina hidup mereka sendiri. Jadi suamilah tempat kita bermanja dan bergantung harapan bila dah tua-tua nanti. Walau ada lelaki yang tak bertanggungjawab, tapi masih ada lagi lelaki yang baik dan bertanggungjawab."

Alhamdulillah Tuhan hadirkan si dia tepat pada waktu, dan ketika aku sudah sedia membuka pintu hati untuk menerima seseorang. Kerana hanya itu yang aku minta dalam setiap doaku.

Wednesday, 8 August 2018

Kehilangan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Menghadapi sebuah perpisahan pun amat perit untuk dilalui. Apatah lagi jika terpaksa melalui sebuah kehilangan. Yang pasti akan berlalu dalam kerinduan.

Semoga Tuhan akan pelihara mereka yang aku sayang, supaya kami sentiasa dekat di hati, walaupun jauh di mata.

Tuesday, 7 August 2018

Celoteh DJ Sinar FM

Tek : Anys Idayu Zakaria

Sebulan ni biasanya pagi petang pergi balik kerja berteman kekasih hati. Kebetulan petang tadi si dia sibuk dengan urusan kerja yang belum selesai, jadi aku terpaksalah memandu sorang diri tak berteman.

Dah lama rasa tak dengar radio, petang tadi dapat dengar celoteh Dj Sinar Fm. Topik petang tadi memang buat aku tergelak besar dalam kereta. Tajuknya,

"Jika anda menjadi DJ di majlis perkahwinan ex boyfriend. Lagu apa nak putarkan dan ucapan apa nak wish.

Antaranya, lagu di alam barkzah. Dengan ucapan selamat berbahagia di alam sana. Konon kata tak boleh hidup tanpa aku.

kalau DJ brutal, lagu "matilah kauuu.... dengan ucapan kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau dah bodoh apa nak dikata."

Sungguh laa buat aku hilang mengantuk petang-petang. 😂😂😂 Dah malam ni jom la tidur. Usah dikenang barang yang lepas.. ehhh hehhe.

Monday, 6 August 2018

Papa Peluk Adik

Tek : Anys Idayu Zakaria

Biasanya bila hari Ahad, balik dari sekolah Raisha akan ikut nenek balik rumah papa. Bila balik rumah, aku akan tanya macam-macam soalan, dan antaranya adik ada jumpa papa tak? Papa marah adik tak?

Pagi tadi, masa dalam kereta sebelum ke sekolah aku berbual dengan Raisha. Aku tanya,"semalam jumpa papa, papa cakap apa?"

"Papa tanya kenapa gunting rambut pendek. Papa tak marah adik pun. Papa cium adik. Papa peluk adik."

Cukup jawapan ringkas macam tu dah melegakan hati aku. Walaupun dia marah aku sekurangnya tak tunjuk sangat pada anak-anak.

Monday, 30 July 2018

Bertenanglah Hati!

Tek : Anys Idayu Zakaria

“Jika Tuhan menjawab doamu, Dia sedang menambah imanmu. Jika Dia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

Hanya perlu terus berdoa dan bersabar, kerana pasti Tuhan akan beri pada waktu yang terbaik untuk kita menerimanya. Ketika itu tanpa kita, kita sendiri diberi kekuatan untuk menempuhnya.

Moga yang baik-baik aje mengiringi perjalanan hidup kita.