Monday, 22 June 2020
Nafkah Anak-anak
Monday, 30 July 2018
Nafkah Anak
Tek : Anys Idayu Zakaria
Ya Allah sabarlah hati. Hanya kerana menuntut hak anak-anak, kadangkala boleh sampai bergaduh. Bila aku diam, dia buat tak tahu. Tapi bila aku bersuara, mulalah menuntut anak. Kemudian hak anak diabaikan kononnya kerana kesalahan dan keegoan aku. Kononnya aku tak boleh terima hakikat. Perpisahan ni pun sebab salah aku juga.
Kadangkala hati aku memang cemburu tengok orang lain, tak perlu susah payah minta hak anak kerana bekas suami mereka tahu tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap bulan.
Rasanya aku dah lebih bertimbang rasa berbanding orang lain bila berpisah ada yang halang anak-anak berjumpa bapa mereka.
Aku tak pernah halang dia untuk berjumpa anak-anak. Usah kata hujung minggu nak cuba-cuba beli hati anak-anak, hari-hari biasa pun jarang sekali nak hubungi anak.
Aku tahu, anak-anak aku mesti rindu papa diorang. Tapi dia yang buat tak endah. Kadangkala bila berjumpa anak pun ada masanya angin ribut melanda. Anak juga yang jadi mangsa keadaan.
Kakak pernah saja-saja bagitau aku, bila mama dah kahwin boleh ke nama kakak dengan adik tu tukar binti, tak nak letak nama papa. Nak tukar nama daddy. Aku tahu, kakak rindu papa dia. Tapi kerana sikap dia yang begitu hinggakan anak-anak pun menjauh. Dia seolah mengajar anak untuk menanam rasa tak puashati tu.
Hati aku memang tersentuh. Anak-anak aku kurang dapat kasih sayang seorang bapa. Dan aku sentiasa berdoa semoga dengan kehadiran daddy baru nanti dapatkan mereka tumpang kasih sayang seorang bapa. Seperti mana aku juga perlukan kasih sayang seorang suami.
Dan mungkin sudah tiba masanya untuk aku fikirkan hak penjagaan anak-anak. Aku tak nak kerana perkahwinan aku kali kedua nanti, anak-anak hilang hak nafkah yang sepatutnya menjadi hak mereka.