Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, 25 September 2019

Dash Box Hotel Cyberjaya

Berakhir sudah percutian sambil bekerja. Dan akhirnya tercapai juga impian kami nak ke Dash Box Hotel, Cyberjaya. Rezeki kami dapat rate hotel agak murah.
Oleh kerana ramai yang tanya berapa rate harga semalam hotel ni, aku review sikit apa yang menarik di sini.
Nak dapatkan harga menarik, korang kena selalu tengok Agoda. Kalau dah ada tarikh untuk bercuti, selalu-selalulah buka Agoda dan semak harga yang ditawarkan.
Husband aku memang rajin buka Agoda dan semak harga Dash Box Hotel ni. Tapi kami tak rancang pun nak pergi minggu ni.
Kebetulan, husband ada Public Speaking Competition di Ibu Pejabat Maritim Putrajaya dan aku tak nak kelam kabut awal pagi, jadi kami buat last minit decision, check in hotel yang berdekatan.
Seminggu lepas dah survey harga, tapi bila tengok masih mahal. Isnin tengah hari kelmarin bila dah decide semua kami berdua buka Agoda dan tengok harga.
Kebetulan masa tu ada harga yang ditawarkan RM145/semalam. Garden view dan King size bed.
Terus aku sambar dan tempah. Untuk dua hari harga RM307 termasuk tax. Tu belum aku apply promotion 6% yang Agoda bagi. Dah eksited sangat boleh pulak terlupa nak guna diskaun tu.
Aku kira agak berbaloi dan masih murah kerana kebanyakan harga bilik sebenar RM2++ semalam.
Tambahan pula aku tempah last minit. Isnin tempah dan nak terus check in. Jadi diskaun tak berapa banyak sangat. Mungkin kalau lebih rajin survey sebelum ni boleh dapat lagi murah.
So kesimpulannya kenalah rajin-rajin jadi pengunjung tetap Agoda dan survey harga yang ditawarkan.
.
Apa yang menarik dan tertariknya Dash Box Hotel Cyberjaya ni tempat agak private. Hotel berbentuk kotak.
Ada 3 bilik setiap Box. Dua bilik di bawah, satu lagi di atas. Naik setangga je. Kiranya tak de la perlu bersusah payah naik lif. Depan pintu boleh parking kereta.
Masuk je hotel. Terus rasa wow! Bilik pun tak sempit. Katil King besar. Muat untuk kami berdua, dan dua anak lagi. Maklumlah last minit tempah dan nak murah so memang sukar juga nak dapat katil berasingan.
Hiasan dalaman juga sangat cantik. Bilik air yang besar dan luas. TV pun besar. Line wifi juga mudah akses. Tak boring anak-anak, masa kami tinggal mereka waktu siang.
Kami dapat bilik Garden view. Buka je pintu dah boleh nampak swimming pool, walaupun kena berjalan sikit ke kolam still aku puas hati.
Kalau Pool view bukak je pintu korang boleh terus terjun kolam. Memang seronok. View yang sangat cantik lebih lagi bila waktu malam. Lampu sana sini menyala mencantikkan lagi suasana Dash Box Hotel.
Untuk korang yang nak tenang-tenang dan rileks, sambil bawa anak menyelam tak ingat dunia boleh la cuba ke sini.
Rekomen sangat!


























Wednesday, 7 August 2019

Viora Cafe

Demand pula tekak ni ye. Baru berangan nak turun 20kg. Harini Cinta Hati boleh pula ajak lunch di @vioraempire











Marbeles, sedap dan puas hati. Korang yang teringin nak makan ala-ala hipster area Klang boleh la datang sini.
Yang suka Maggi ramen dan korean food pun memang sesuai sangat. Aku ambil Double Torei ni RM38 je. Sedap betul meatball dia. Lebih kurang meatball Ikea gitu. Maggi ramen tu 2x spicy, aku jamah je.
Minum pulak Mango special siap ada aiskrim. Wow rasa. Makan ramen pedas sejuk rasa anak tekak.
Rupanya deretan kedai-kedai situ, ada terselit cafe hipster macam ni. Tempat tenang je. Dekorasi pun simple dan cantik.
Viora Cafe di Rantau Panjang, Klang. Open jam 12-10 mlm. Waktu kitorang sampai tadi kira baru buka je la.
#vioraempire  #vioracafe #koreanfood #maggiramen #foodhunter

Monday, 28 January 2019

Taman Tasik Shah Alam

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dah hampir dua bulan menetap di Puncak Alam cuti hujung minggu lepas barulah aku sempat ajak hubby bawa anak-anak bersiar-siar. Tempat yang kami tuju ialah Taman Tasik Shah Alam, terletak berhampiran dengan Masjid Shah Alam, Seksyen 14. Lebih kurang sejam masa perjalanan ke sana. Kami bertolak lebih kurang jam 9 pagi.

Sampai di sana kereta dah banyak. Kami parking kereta di tempat parking yang agak jauh. Untuk memudahkan kami melakukan aktiviti berjalan kaki supaya lemak-lemak terkumpul mula keluar. Berjalan kaki lebih kurang 5 minit jauhnya sebelum sampai ke tempat yang lebih menarik ada di situ. Kami perlu melalui terowong tasik tersebut. Bawah terowong yang cantik dihiasi dengan pemandangan mural di dinding kiri dan kanan. Menarik untuk bergambar, cuma perlu berhati-hati jika bawa anak kecil. Bimbang kita seronok bergambar, anak kecil menjenguk ke tasik mereka pula yang berenang-renang dalam tasik tu nanti.

Apa yang menarik di Taman Tasik ini ialah Jambatan Kanopi, Menara Tinjau dan Trek Basikal Kanak-kanak. Ia telah dirasmikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor pada 27 Oktober 2018.

Terdapat beberapa jambatan gantung untuk pengunjung berjalan di atasnya sebelum tiba ke kawasan permainan kanak-kanak. Jambatan yang panjang memuatkan kapisiti maksimum 11 orang. Manakala yang pendek kapasiti 2 orang sahaja. Di sebelah jambatan tersebut ada juga laluan pejalan kaki untuk memudahkan pengunjung berjalan terus tanpa perlu berebut menunggu giliran berjalan di jambatan itu.

Dengan keadaannya yang bergoyang ketika berjalan menjadikan Raisha agak gayat pada mulanya. Mulalah asyik memanggil-manggil mama. Tak berani untuk berjalan laju. Aku pun rasa gayat juga tapi masih sempat kami berposing atas jambatan sebagai kenangan.

Jam 10 pagi kawasan tapak permainan memang sudah ramai dengan pengunjung, dan kebetulan hujung minggu. Ramai yang bawa anak bermain di taman ini. Yang menariknya, ada trek berbasikal serta tempat untuk sewaan basikal, dilengkapi dengan traffik light jalan raya. Bagi pengunjung yang mahu anak-anak mengayuh basikal bolehlah menyewa basikal yang ada di situ. Aku hanya biarkan Kakak dan adik bermain permainan yang ada sahaja. Itu pun sudah berpeluh dan penat.

Di kawasan permainan kanak-kanak itu juga ada tempat untuk pengunjung parking kenderaan. Jadi tidaklah jauh jika mahu berjalan ke arah jambatan gantung.

Pemandangan persekitaran yang hijau menarik untuk bergambar dan berehat. Pokok-pokok hijau rendang ada di tanam sebagai tempat berteduh. Aku kira sikit masa lagi tempat ini tentu lebih jadi perhatian ramai kerana berhampirannya sedang dibangunkan wet world.

Setelah penat bermain dan bergambar, kami patah semula ke arah jambatan gantung untuk ke tempat kereta. Sempatlah belikan mereka teh ais kaw dan aiskrim semangkuk seorang. Bila nak balik nampaknya Raisha dah makin berani. Sambil makan aiskrim sambil meniti jambatan tanpa perlu memegang. Kanak-kanak lain sempat berkejaran lagi atas jambatan tu. Aku pula yang gayat, sebab tangan penuh dengan barang.

Sambil berjalan pulang, sempat kami lalu di sebuah jambatan. Kata hubby di jambatan itulah Zizan Razak dan Shaheizy Sam berlakon dalam Filem Televisyen Baby Bro. Dari sebuah jambatan lain pula pengunjung boleh melihat Masjid Shah Alam dari jauh.

Sebelum pulang, kami sempat duduk di taman orkid untuk menghilangkan penat, sambil mengenyangkan perut dengan meehoon goreng, roti bakar dan nugget yang aku bekalkan dari rumah.

Yeahh hari ini berjaya untuk merealisasikan aktiviti bersama keluarga. Balik rumah, semua dah kepenatan sempat lagi tengok movie sebelum tertidur.
Kami bertiga je yang sakan berposing. Daddy cool macam biasalah sibuk tangkap gambar pelbagai angle.

                                                         berlatar belakangkan Menara tinjau 

  Mama dan Raisha meniti jambatan gantung yang panjang

 Lukisan mural di bawah terowong tasik.


 Jambatan dalam movie Baby Bro 






Steady je, panas terik pun sibuk nak berposing