Showing posts with label Tip Stress. Show all posts
Showing posts with label Tip Stress. Show all posts

Sunday, 28 July 2019

Mudah Je Tak Nak Stress Hari Bekerja

Mudah je rupanya tak nak kelam-kabut dan stress bila hari bekerja.

Sabtu dan Ahad biasanya hari bersenang-lenang. orang kata family time. Keluar jalan-jalan, makan di luar, menonton wayang atau movie di rumah dan tidur lewat malam.

Bila tiba ahad malam hati mesti resah gelisah. Aduh! Esok nak kerja dah. Boringnya. Tak puas cuti.

Korang pernah rasa macam ni? Saya pun kadang selalu rasa. Saya kongsi beberapa tip yang selalu saya buat bila hujung minggu.

1. Gosok baju sekolah anak lebih awal. Hari Sabtu atau ahad petang. Bukan hari Isnin pagi. Confirm stress dan moody kalau terlewat bangun dan baju belum digosok.

2. Gosok baju kerja sendiri dan uniform suami. Siap gosok untuk 5 hari bekerja. Senang cerita. Penat fikir sehari je nak pakai baju apa. Esok-esok tak perlu fikir lagi, sebab baju dah tergosok.

3. Kemas rumah, mop lantai, basuh tandas, basuh baju, settlekan hujung minggu.

Bila hari bekerja tak perlu fikir sangat kerja rumah terbengkalai. Kalau semua tak de rumah hari kerja dan sekolah, confirm rumah tak berapa sepahkan.

4. Siapkan keperluan masak untuk seminggu. Bawang, lada, lauk semua siap dah dalam peti sejuk. Bila balik kerja tinggal masak je. Tak perlu siang atau potong bawang bagai semua.

Jimat masa dan tenaga. Maklumlah, balik kerja kita pun penat. Bila penat, anak-anak buat salah sikit pun kita boleh jadi hulk.

5. Bahagi kerja rumah dan lain-lain pada suami dan anak-anak. Minta mereka bantu. Kita juga tenang dan gembira. Bergotong-royong buat bersama pagi Ahad.

6. Tak nak Monday blues, atau blues hari bekerja, saya galakkan anak-anak tidur cepat. Biasanya jam 9 atau 9.30 semua mesti dah tidur.

No televisyen atau apa-apa drama sinetron yang duk tayang malam hari.

Ahaa, cara mudah nak bagi anak tidur cepat? Kita tutup lampu dan tidur dengan mereka. Ni kalau anak masih kecil. Anak besar pun boleh praktis juga. Yang penting mereka cepat tidur.

7. Saya yang kena bangun awal pagi, sebelum yang lain bangun. Biasanya yang lain dah siap saya juga yang lambat.

Tak nak stress pagi hari, kena bangun sebelum subuh. Sambil nak siapkan sarapan, sempat tahajud, berzikir, dan mengaji.

.
Like dan share jika korang rasa bermanfaat. Sila follow dan set see first fb saya jika korang tak nak terlepas posting-posting menarik dari saya.

#aizmenulis

Monday, 11 March 2019

Tip Atasi Stress

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam menempuh dugaan hidup ini, aku juga tak lari dari hadapi masalah. Yang paling memberi kesan pada aku ketika hadapi masalah rumahtangga beberapa rahun lepas. 

Masalah dan stress ini memang cukup membebankan. Tapi yang pasti setiap orang ada cara tersendiri atasinya. 

Ketika rumahtangga aku dipukul badai hingga berkecai semuanya, ini antara cara untuk aku tangani stress. 

1. Beban masalah sentiasa menjadi faktor utama untuk aku terus kuat berusaha dan melawan. 

Sebenarnya aku malu kalau orang tahu aku ada masalah. Jadi aku simpan erat dalam hati. Ketika itu, aku langsung tidak pernah berkongsi dengan sesiapa pun. 

Aku memang tak nak orang tahu masalah aku. Bila orang tahu, orang akan mudah kesian. Bila orang mudah kesian, akan lebih buatkan aku rasa sedih, kecewa. 

2. Aku fokus betul-betul pada apa yang aku lakukan. Contohnya jika aku keluar rumah, langsung aku tak fikirkan masalah tersebut. Letak terus di rumah. Umpama macam ikut flow je apa yang akan berlaku hari-hari seterusnya. 

Tapi yang pasti aku memang suka keluar. Aku jarang berjalan dulu. Tapi keluar yang aku maksudkan aku enjoy pergi kerja, pergi kelas hujung minggu. Aku enjoy berbisnes. Semua ni akan lupakan aku pada masalah. Bila masa online, selain urusan bisnes aku akan tersenyum bila baca status-status rakan, atau sesuatu kelakar. 

3. Aku memang akan menangis. Tapi bukan depan orang. Kerana masalah itu menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Aku bercakap dengan Tuhan. Lepas solat tahajud, taubat, istiqorah dan hajat aku akan mengaji. Masa inilah aku menangis sepuasnya. Memang sungguh-sungguh aku menangis. Sampaikan aku sudah tak pandai menangis bila berlaku pergaduhan atau selisih faham.

Memang orang akan kata payah. Kalau lupakan macam mana nak selesai. Pada aku lebih payah kalau asyik fikir masalah yang belum jumpa jalan penyelesaian. Duk fikir setiap masa, kerja lain kita tak boleh buat.

4. Aku suka baca membaca. Jadi aku tukar bahan bacaan berbentuk motivasi dan membina kekuatan serta semangat.

Aku suka simpan mana-mana bahan bacaan atau kata-kata semangat. Bila down aku akan baca. 

7. Dulu aku memang tinggalkan terus sesuatu yang akan mengingatkan aku pada masalah atau kenangan.  Antara yang aku tinggalkan hampir 2 tahun lebih ialah membaca novel. Bila baca novel gambaran kisahnya semua yang indah-indah. Jadi aku akan mudah rasa down dan cepat sedih. Menangis. So hobi tu aku terpaksa lupakan sementara. 

Tapi sekarang, makin rancak membaca novel. Sebab tak ada masalah berat yang nak difikirkan. 

8. Menulis juga terapi untuk aku hilangkan stress. Tapi biasanya ia diolah pada bentuk yang lebih positif. Aku hanya tulis tanpa letak di mana-mana. Hanya sekadar untuk simpanan. Jadikan ia sebagai diari luahan. 

9. Apa yang penting, teruskan kehidupan seperti biasa. Sentiasa berdoa semoga Tuhan hadirkan bantuan dan jalan penyelesaian yang terbaik.
 

Stress Yang Baik

Tek : Anys Idayu Zakaria

Semalam hangat perbincangan topik stress dalam group Srikandi Inspirasi.  Aku juga satu masa dulu pernah alami masalah yang beri kesan pada kehidupan. Kita bila hadapi masalah, automatik akan rasa stress. Stress ni sebenarnya ada jenis stress baik, ada yang stress tidak baik.

Stress yang baik, kita boleh hadapi dengan penuh ketenangan. Kita mampu selesaikan masalah yang dialami hingga beri kejayaan atau hingga selesai masalah tanpa menjejaskan keadaan sekeliling, emosi, fizikal atau lain-lain. Contoh macam aku dulu, buat assignment selalu last minit. Bila dah dekat dateline kena hantar pada Pensyarah mulalah gelabah. Jadi secara automatik ia akan mendatangkan stress sebenarnya. Fikir assignment, fikir masa tak cukup, kerja, anak-anak keluarga.

Tapi aku cuba hadapi dalam keadaan tenang. Hasilnya tidak pernah mengecewakan. Saya berjaya siap semua tugasan dalam tempoh masa. Kerana stress ini beri aku dorongan yang kuat untuk cepat-cepat siapkan kerja, berfikir cari jalan penyelesaian tanpa membuang masa.

Stress tidak baik, aku kongsi next posting.  Terima kasih sudi baca dan singgah.

Wednesday, 23 August 2017

Tip Hadapi Masalah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam menempuh ujian kehidupan, aku pasti setiap orang punya cara tersendiri untuk mengatasinya. Ini antara apa yang aku pernah praktikkan.

1. Aku tak pernah jadikan masalah sebagai halangan utama untuk berdiam diri, rasa down atau rasa tersisih. Beban masalah sentiasa menjadi faktor utama untuk aku terus kuat berusaha dan melawan.

2. Aku selalu semat dalam hati, ada lagi orang lain punya masalah lebih hebat berbanding diri aku yang hanya baru sikit-sikit Tuhan uji.

Bersyukur setiap masa. Bila ada masalah kewangan, bersyukur sekurangnya anak-anak masih sihat. Kita masih lagi dapat beli keperluan makanan, dan tempat tinggal yang aman dan selesa.

Aku sangat bersyukur, walaupun ada masalah dengan pasangan sebelum ni, sekurangnya ujian tersebut hanya aku seorang yang menanggungnya. Tuhan bagi kesihatan yang baik kepada aku dan anak-anak. Aku masih diberi kekuatan untuk bekerja dan menjalankan bisnes.

3. Kerana masalah itu menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Menjadikan aku kuat untuk menghadapinya. Hubungan dengan Tuhan perlu dijaga. Tahajud, dhuha, baca Al Quran, sedekah cuba istiqomah setiap hari.Buat tak kesah banyak atau sikit. Latih dan paksa diri.

4. Tak perlu mengadu atau bercerita dengan orang lain. Cara aku untuk kurangkan tekanan memang aku mengadu terus dengan Tuhan.

Aku akui hampir semua tak dapat kesan masalah yang aku hadapi. Aku tak pernah menangis dan bersedih depan orang. Tipu sangat kalau aku tak menangis. Memang sedih dan berat untuk ambil keputusan dulu. Tapi aku kena kuat untuk masa hadapan akan datang.

5. Bila keluar dari rumah, aku tinggalkan masalah tersebut. Aku tak pernah semakkan kepala  dengan apa yang berlaku. Masa buat kerja dan bisnes tak pernah sikit pun aku fikir masalah itu. Tak payah sibuk-sibuk nak cari jalan penyelesaian bila kita tengah buat sesuatu perkara lain. Lupakan seketika. Let it go bak kata Kartun Frozen tu.

Memang orang akan kata payah. Kalau lupakan macam mana nak selesai. Pada aku lebih payah kalau asyik fikir masalah yang belum jumpa jalan penyelesaian. Duk fikir setiap masa, kerja lain kita tak boleh buat.

6. Buat sesuatu yang kita suka buat. Macam aku suka online. Bila masa online, selain urusan bisnes aku akan tersenyum bila baca status-status rakan, atau sesuatu kelakar. Aku suka baca membaca. Jadi aku tukar bahan bacaan berbentuk motivasi dan membina kekuatan serta semangat.

7. Dulu aku memang tinggalkan terus sesuatu yang akan mengingatkan aku pada masalah tersebut. Antara yang aku tinggalkan hampir 2 tahun lebih ialah membaca novel. Bila baca novel gambaran kisahnya semua yang indah-indah. Jadi kita akan mudah rasa down dan cepat sedih.

Sekarang hobi membaca novel dah boleh diteruskan semula. Novel yang dulu melambak dah hampir habis aku baca. Baru semalam aku sambar lagi novel baru. Haha.

8. Apa yang penting, teruskan kehidupan seperti biasa. Sentiasa berdoa semoga Tuhan hadirkan bantuan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

Aku doakan kau yang sedang hadapi masalah hati, kehidupan, atau masalah dengan pasangan hadapilah dengan tenang. Usah bawa masalah ke tempat lain. Kalau rasa nak cerita, ceritalah dengan mereka yang betul-betul boleh membantu.

Lambat atau cepat, hanya Tuhan yang menentukannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian yang diberikan.

Aiz.
Terima kasih Tuhan kerana beri aku kekuatan menempuhnya satu masa dulu.

Nota kaki : Entri ni sebenarnya aku dah pernah tulis. Tapi repost dan tambah lagi.

Sunday, 5 February 2017

Tip Mengatasi Stress

🌟 Tips tak nak stress 🌟
Tanya pada diri kita apa itu masalah?

Jawabnya, masalah ialah perkara yang ada jalan penyelesaian.

Jom kita check semula perkara yang buat kita rasa stress tu. Ada penyelesaian tak?

Tak ada? Maksudnya itu bukan masalah. So lupakan sahaja. Buat apa nak fikir perkara yang tak ada jalan penyelesaian?

Buat stress je kan. Boleh boleh.