Sabtu lepas selesai sudah Bengkel Penulisan di bawah Akademi Bonda Nor bersama Team #KoloniSelatan.
Sebenarnya dah lama sangat hajat di hati ni nak timba ilmu di bawah ABN, tapi ada sahaja halangannya. Bila kelas diadakan secara online sahaja, terus aku rebut peluang yang ada.
Sekurangnya dengan sertai kelas online, lebih memudahkan untuk aku susun masa dan pergerakan yang agak terbatas buat masa sekarang. Alhamdulillah, untuk permulaan bersama dengan mentor-mentor perintis ABN.
Apa yang buatkan saya seronok sangat, ABN dan mentor sangat menekankan penulisan dakwah santai. Mencari kebaikan dan sebarkan kebaikan, semuanya melalui penulisan.
Usah fikir usia kita dah berapa tahun, tua atau muda. Semuanya belum terlambat. Selagi mana hayat ada, selagi itu kita masih boleh terus sebar kebaikan melalui penulisan.
Kenapa penulisan?
Pada saya, ianya lebih mudah kerana kita hanya perlu mencoret isi hati, meluahkan apa yang kita rasa dan lalui semuanya melalui pena.
Tapi yang paling penting, niat menulis perlulah kerana Allah swt, untuk sebarkan kebaikan, supaya lebih ramai yang dapat kebaikan, lebih ramai dapat ibrah melalui setiap perkongsian penulisan kita. Bukannya membuta tuli, main hambur kemarahan dan caci maki untuk menyakiti orang lain.
Kelas secara zooming 2 jam rasa macam tak cukup je. Banyak lagi ilmu didahagakan daripada mereka. Apa pun, inilah langkah permulaan untuk terus menulis dan bersama Team ABN.