Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Monday, 2 September 2019

Bahagia

Orang yang bahagia, orang yang memberi kebahagiaan pada orang lain.

Memberi lebih nilai kepada orang lain, lebih daripada apa yang kita perolehi.

Lebih lagi untuk kita orang bisnes. Orang bayar kita RM10 tapi kita bagi ilmu atau produk bernilai RM100

Mesti orang happykan? Mesti orang suka berurusan dengan kita.

Bila mereka gembira, mereka akan doakan kita. Mereka seronok berurusan dengan kita.

Asbab doa mereka. Asbab kita beri kegembiraan dan kepuasan di hati mereka, Allah limpah-ruahkan rezeki kita.

.
Sedikit perkongsian Ilmu dari Tuan Afnan Rosli ⬇️

The secrets to successful business and career is “ALWAYS OVER DELIVER. ALWAYS GIVE MORE THAN YOU TAKE.”

Sentiasa beri nilai, lebih dari yang kita ambil. Kita jual barang harga RM100 je. Tapi kita punya service dah serupa macam orang tu bayar harga RM500. Agak-agak dia suka tak dengan kita? Agak-agak di akan ajak tak kawan-kawan, adik beradik dia beli dengan kita? Mesti dia akan bercakap kan?

Kalau makan gaji pun begitu. Gaji kita mungkin RM2500 sebulan. Tapi Quality kerja kita, biar macam orang bergaji RM5000 sebulan. Kalau anda buat begini, pasti bos tak boleh terlepas pandang anda. Sebab anda over achiever. Tak lama lagi pasti anda akan naik ke RM5000 juga.

Kerana kita sebenarnya tidak di bayar based on masa dan tenaga yang kita letak pada kerja. Tapi kita di bayar based on NILAI kita pada kerja. The more valuable “YOU ARE”, the more you will be paid for.

Ini orang kita tidak. Dia jual karipap harga RM1. Tapi value yang dia bagi serupa karipap harga 20 sen je. Memang orang takkan pergi beli dah lah dengan dia.

Orang selalu hairan kenapa return rate kelas saya sangat tinggi? My return rate is 80%. Itu pun bukan return sorang-sorang. Yang return semua akan datang balik bawa family, bawa team, bawa kawan-kawan. Ramai sifu-sifu mai tanya saya soalan ni.

Jawapan dia ialah kerana i deliver more than i take. Kelas saya murah je. RM350 je. Tapi the value saya bagi macam harga RM10,000.00. Saya mengajar bukan untuk audiences puas hati. Tapi untuk saya sendiri puas hati. Sebab saya tahu, i have a very high standards. Kalau saya sendiri puas hati, InsyaAllah audiences semua puas hati.

So, the key is. Alway give more than you take. Tak kira lah anda jual product ke, makan gaji ke. Bagi lebih. Bagi lebih. Be an overachiever.

The more value you give, the more value you will get back.

Make it a habit to always give more than what you take. Your business will improve, your income will improve, your financial will improve. InsyaAllah.

Because what ever you give, you will always get it back. If you give good quality service, you will get good quality results. If you give bad lousy service, you will get bad lousy results.

Dapat sesuatu?

.

-Aiz-
Always give more than u get.

Friday, 30 August 2019

Impian dan Hajat

Kawan,

Kita semua pasti ada hajat atau impian yang belum tertunai. Adakala kita mudah putus asa, penat berusaha. Hingga buntu seperti tiada arah mahu tuju.

Usah begitu. Mohonlah sebanyaknya dengan Allah kerana Dia lebih tahu bila masa yang tepat dan terbaik mahu kita capai hajat dan impian itu.

Perkongsian dari PU Amin, amalan para ulama yang beliau kongsi ini kita boleh praktikkan.

"Jika kamu punya hajat besar dalam hidup, maka hendaklah kamu baca surah AL FATIHAH sebanyak 41 kali selepas maghrib.

Jangan bergerak dari tempat duduk. Baca hingga selesai. Kemudian teruskan berdoa hajat kamu. Pasti Allah kabulkan." (Syeikh Mahyuddin Al Arabi).


.
Semoga ia membantu kawan-kawan yang punya hajat besar. Didoakan semoga hajat dan impian kalian tercapai dengan mudah. Insya Allah.

.

Like dan #SHARE jika korang rasa bermanfaat. Jom follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria jika korang tak nak terlepas posting-posting menarik dari saya.

#aizmenulis

Wednesday, 3 July 2019

Rezeki Membahagiakan Orang

Rezeki kita datang apabila kita membahagiakan orang lain.

Gembira bila lihat orang lain bahagia.

Suka dan tenang membantu memudahkan urusan orang lain.

Sifir mudahnya, bila kita gembira dan bahagiakan orang, mereka akan mendoakan kita.

Nak rezeki mencurah-curah ayuh kita gembira dan bahagiakan orang lain.

#aizmenulis

Tuesday, 28 May 2019

Visualize Impian

Kita tak berjaya visualisekan apa yang kita impi dan mahu capai kerana limitation minda kita sentiasa ingat Allah tak mampu beri apa yang kita minta. Kerana kita fikir ikut logik akal kita tak mampu capai, maka Allah juga tak mampu beri.

Jom tukar mind set. Kita minta sahaja apa yang kita mahu, gambarkan kita dah dapat pun apa yang kita nak. Upgrade cara kita bersyukur. Dan sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segalanya. Dia mampu beri apa yang tak mampu tercapai oleh akal dan minda kita.

Assalamualaikum selamat pagi dunia😍😍

Tuesday, 2 April 2019

Hargai Saat Ada

Dari balkoni atas Dia nampak lelaki itu buka pintu kereta, dan letak anak kecilnya di sebelah kerusi memandu. Kemudian masuk sebentar ke dalam rumah mungkin mahu ambil barang tertinggal.  Bila keluar semula lelaki itu buka pintu di bahagian belakang pemandu.

Dengan muka tiada manis katanya, dia nampak lelaki itu bising-bising sendiri. Kutip barang bersepah dalam kereta. Berdentup bunyi pintu kereta ditutup dan plastik di tangan di buang.  Sampah barang kali. 

Lelaki itu masuk kereta di bahagian pemandu, mahu memulakan perjalanan setelah kereta dihidupkan.  Anak kecil di sebelah menangis.

Dia hanya mampu menggeleng kepala, dalam hati berkata, untunglah anak depan mata. Itu pun masih belum mampu untuk menghargainya. Cubalah kalau anak tiada depan mata. Sudah tidak terkata mahu ucap bagaimana.

Tiada kenangan manis mahu diimbas jika saat ada kita tidak tahu menghargainya. Mahu kenang kepahitan. Sudah tentunya tidak.  Hargailah apa yang kita ada sementara ia belum ditarik nikmat dan kurniaanya. Jika sudah tiada, kita sendiri akan rasa sesal dan kecewa. 

Monday, 11 February 2019

Belajar Untuk Move on

Tek : Anys Idayu Zakaria

Saya doakan kalian yang sedang bersedih, kecewa, masih buntu membuat keputusan dan masih sukar untuk "move on" akan terus bangkit berusaha untuk keluar dari situasi itu.

Saya akui bukan mudah untuk kita move on dan melupakan sesuatu yang telah lama kita lalui. Terutamanya yang kita sayang. Tapi percayalah, dengan hanya tindakan kita untuk move on tu akan membantu untuk kita lebih tenang, gembira dan bahagia.

Hampir 10 tahun saya lalui perkahwinan pertama sebelum ia musnah. Fasa pertama memang ada bahagia itu. Fasa seterusnya hanya tinggal tanggungjawab dan perasaan sayang serta takut untuk melepaskan.

3 tahun terakhir perkahwinan saya belajar untuk terima hakikat. Bahagia itu datang serentak dengan cinta, kasih sayang dan tanggungjawab bersama.

Belajar untuk redha dan terima kehilangan jika itu yang terbaik, dalam mencari bahagia. Melepaskan sesuatu yang kita sayang itu memang sukar. Tapi untuk bersama dengan insan yang tak pandai menghargai itu lebih pedih dan sakit.

Monday, 27 August 2018

Banyakkan Berkongsi

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ada masa kita perlu pandai minta dihargai. Bukan hanya kita yang menghargai.

Ada masa kita juga perlu bijak bersuara dan menyuarakan. Bukan hanya mengangguk tanda setuju. Dan bukan pula berkata iya walaupun sebenarnya tidak.

Kerana kita wanita akan ada satu sifat diam dan akur, tidak mahu berbalah. Sehingga satu tahap yang akan menghilangkan kesabaran kita, macam bom meletup. Kita memang akan bertindak tanpa memikirkan apa yang telah kita korbankan selama ini.

Aku pernah berkongsi dengan seorang teman, mungkin dulu sebab aku lebih banyak diam dan menurut, jadi orang sekeliling tak jangka keputusan yang aku ambil.

Jadi untuk tak nak perkara sama berulang, aku perlu lebih bijak bersuara, perlu lebih banyak berkongsi. Supaya apa yang dipendam tak meletus seperti gunung berapi.

Aku harap kau pun begitu juga. Banyak berkongsi terutamanya dengan pasangan kerana dialah orang yang dekat dan memahami kita.

Monday, 30 July 2018

Bertenanglah Hati!

Tek : Anys Idayu Zakaria

“Jika Tuhan menjawab doamu, Dia sedang menambah imanmu. Jika Dia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

Hanya perlu terus berdoa dan bersabar, kerana pasti Tuhan akan beri pada waktu yang terbaik untuk kita menerimanya. Ketika itu tanpa kita, kita sendiri diberi kekuatan untuk menempuhnya.

Moga yang baik-baik aje mengiringi perjalanan hidup kita.

Sunday, 15 April 2018

Puaskan Diri Sendiri

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam hidup ni bukan mudah untuk kita bagi kepuasan pada semua orang. Sedangkan diri kita pun sentiasa ada rasa tak puas hati dengan diri sendiri. Apatah lagi orang lain yang melihatnya. Pasti akan ada rasa tak puas hati dengan diri kita kan.

Bila kita ikut kemahuan mereka begitu, mereka mahukan begini. Bila kita turutkan begini mahu pula begitu. Sudahnya, mereka terus membawang dan kita yang letih. Letih menurut telunjuk mereka.

Jadi diri sendiri. Puaskan hati sendiri. Kerana setiap yang kita perolehi, kita dan orang yang kita sayangi akan merasai nikmatnya.

Friday, 6 April 2018

Pelangi Indah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadang-kadang bila kita rasa perjalanan hidup kita tak cantik, jalan terbaik hanya perlu sabar, dan terus berdoa.

Sebenarnya Tuhan sudah atur masa dan ketika yang tepat untuk kita dapat anugerah terindah itu.

"Ketika Allah sembunyikan matahari, dan Dia datangkan petir dan kilat, kita pasti menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari itu. Sebenarnya Allah mahu berikan pelangi indah untuk mewarnai hidup kita. Kita hanya perlu bersabar untuk sebuah kehidupan yang lebih baik dan pasti akan terukir senyuman indah satu hari nanti".

Saturday, 3 February 2018

Tinggalkan kesedihan

Senyum dan tinggalkan kesedihan dan ketakutan. Mungkin kesakitan yang kau rasa dulu tak sama dengan bahagia yang sedang menanti untuk masa depan.

Thursday, 21 December 2017

Takdir

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadangkala apa yang kita anggap kebetulan, itulah yang Tuhan takdirkan untuk kita.

Hanya perlu pegang pada doa, dan percaya dengan ketentuanNya. Pasti Tuhan akan kirim hadiah terindah. Aiz.

Sunday, 10 December 2017

Hati untuk Saling Melengkapi

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kita dianugerahkan dua mata, dua telinga, dua kaki, dua tangan. Tapi kenapa satu hati. Kerana kita perlu sekeping hati lain untuk saling melengkapi. Aiz.

Wednesday, 25 October 2017

Motivasi Diri

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Allah boleh menarik hati dia, yang kita tak pernah impi mahu berpisah.

Allah juga boleh mendekatkan hati dia, yang tak pernah kita impikan untuk hidup bersama". Aiz.

Saturday, 16 September 2017

Bukan Mudah Hidup Seorang Diri

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kau ingat mudah ke hidup sendiri. Sangat tak mudah.  Satu-satu masa kau akan rasa hilang sebelah bahu untuk berpaut. Dan satu ketika kau akan rasa lega kerana terlepas beban berat, yang ditanggung.

Bila sorang diri secara tak langsung semuanya kau kena urus sendiri. Kena kuat semangat, fizikal dan mental. Kena belajar bertenang setiap masa. Lebih-lebih lagi dalam hal urus anak dan mencari nafkah.

Jangan mudah menyerah kalah. Kalau rasa tak kuat dan down, cepat-cepat cari jalan penyelesaian. Jangan biarkan semangat putus asa menyelubungi diri. Kerana akan memakan diri sendiri, dan akhirnya yang turut jadi mangsa anak-anak.

Kalau masih ada peluang dan ruang untuk perbaiki hubungan berusahalah sebaiknya untuk pertahankan. Belajar memperbaiki kesilapan, tapi mestilah dari kedua belah pihak. Dan jika kau sahaja yang terpaksa berkorban dan berusaha, putus terpaksa tu adalah pilihan terbaik mungkin.

Orang kata mengucapkan kata maaf tu lebih mudah jika sudah lakukan kesilapan. Tapi orang yang memberi maaf pasti akan terluka selamanya. Jadi berhati-hatilah dalam meniti setiap perhubungan.

Aiz.

Hidup untuk Berbagi Rezeki

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kata orang, hidup ni banyak pilihan. Kita yang tentukan nak begini, begitu, beginun. Samada nak buat baik dengan orang. Nak menyombong. Berbagi rezeki atau kedekut taik hidung masin. Kita memilih mahu jadi  yang bagaimana.

Hasilnya, Tuhan akan balas ikut pada apa yang telah kita pilih. Tuhan dah kata, rezeki lebih Dia bagi untuk dikongsi. Tak berkira dengan keluarga, ibu bapa, orang susah. Hulur dan bantu selagi mampu. Tanda kita bersyukur dengan nikmat Tuhan.

Makin kita hulur, dan bantu makin ramai yang mendoakan kita. Semakin Tuhan limpah ruahkan apa yang kita sedia ada.

Harini aku memang terkesima bila dengar kisah seorang Dato dan Datin Sri yang sangat humble. Dari sejak dulu sampailah ke harini begitulah sikapnya. Makin ada rezeki, makinlah mereka banyak memberi. Dan akhirnya subhanallah nikmat Tuhan beri tak terhingga banyaknya.

Semoga kau dan aku juga akan sentiasa memberi walau sedikit. Biar satu hari nanti orang ingat dan sebut nama kita kerana kebaikan yang kita pernah berikan. Bukannya kerana tercalit keburukan yang kita tinggalkan.

Wednesday, 23 August 2017

Tip Hadapi Masalah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam menempuh ujian kehidupan, aku pasti setiap orang punya cara tersendiri untuk mengatasinya. Ini antara apa yang aku pernah praktikkan.

1. Aku tak pernah jadikan masalah sebagai halangan utama untuk berdiam diri, rasa down atau rasa tersisih. Beban masalah sentiasa menjadi faktor utama untuk aku terus kuat berusaha dan melawan.

2. Aku selalu semat dalam hati, ada lagi orang lain punya masalah lebih hebat berbanding diri aku yang hanya baru sikit-sikit Tuhan uji.

Bersyukur setiap masa. Bila ada masalah kewangan, bersyukur sekurangnya anak-anak masih sihat. Kita masih lagi dapat beli keperluan makanan, dan tempat tinggal yang aman dan selesa.

Aku sangat bersyukur, walaupun ada masalah dengan pasangan sebelum ni, sekurangnya ujian tersebut hanya aku seorang yang menanggungnya. Tuhan bagi kesihatan yang baik kepada aku dan anak-anak. Aku masih diberi kekuatan untuk bekerja dan menjalankan bisnes.

3. Kerana masalah itu menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Menjadikan aku kuat untuk menghadapinya. Hubungan dengan Tuhan perlu dijaga. Tahajud, dhuha, baca Al Quran, sedekah cuba istiqomah setiap hari.Buat tak kesah banyak atau sikit. Latih dan paksa diri.

4. Tak perlu mengadu atau bercerita dengan orang lain. Cara aku untuk kurangkan tekanan memang aku mengadu terus dengan Tuhan.

Aku akui hampir semua tak dapat kesan masalah yang aku hadapi. Aku tak pernah menangis dan bersedih depan orang. Tipu sangat kalau aku tak menangis. Memang sedih dan berat untuk ambil keputusan dulu. Tapi aku kena kuat untuk masa hadapan akan datang.

5. Bila keluar dari rumah, aku tinggalkan masalah tersebut. Aku tak pernah semakkan kepala  dengan apa yang berlaku. Masa buat kerja dan bisnes tak pernah sikit pun aku fikir masalah itu. Tak payah sibuk-sibuk nak cari jalan penyelesaian bila kita tengah buat sesuatu perkara lain. Lupakan seketika. Let it go bak kata Kartun Frozen tu.

Memang orang akan kata payah. Kalau lupakan macam mana nak selesai. Pada aku lebih payah kalau asyik fikir masalah yang belum jumpa jalan penyelesaian. Duk fikir setiap masa, kerja lain kita tak boleh buat.

6. Buat sesuatu yang kita suka buat. Macam aku suka online. Bila masa online, selain urusan bisnes aku akan tersenyum bila baca status-status rakan, atau sesuatu kelakar. Aku suka baca membaca. Jadi aku tukar bahan bacaan berbentuk motivasi dan membina kekuatan serta semangat.

7. Dulu aku memang tinggalkan terus sesuatu yang akan mengingatkan aku pada masalah tersebut. Antara yang aku tinggalkan hampir 2 tahun lebih ialah membaca novel. Bila baca novel gambaran kisahnya semua yang indah-indah. Jadi kita akan mudah rasa down dan cepat sedih.

Sekarang hobi membaca novel dah boleh diteruskan semula. Novel yang dulu melambak dah hampir habis aku baca. Baru semalam aku sambar lagi novel baru. Haha.

8. Apa yang penting, teruskan kehidupan seperti biasa. Sentiasa berdoa semoga Tuhan hadirkan bantuan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

Aku doakan kau yang sedang hadapi masalah hati, kehidupan, atau masalah dengan pasangan hadapilah dengan tenang. Usah bawa masalah ke tempat lain. Kalau rasa nak cerita, ceritalah dengan mereka yang betul-betul boleh membantu.

Lambat atau cepat, hanya Tuhan yang menentukannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian yang diberikan.

Aiz.
Terima kasih Tuhan kerana beri aku kekuatan menempuhnya satu masa dulu.

Nota kaki : Entri ni sebenarnya aku dah pernah tulis. Tapi repost dan tambah lagi.

Wednesday, 16 August 2017

Move On

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bukan mudah untuk move on. Bukan mudah juga untuk memberi kepercayaan. Setelah dikhianati pada akhirnya. Kerana  kenangan dan pengalaman silam sering menyinggah di minda.

Apa pun berlaku, kau tetap perlu move on. Kuat hadapi kenyataan. Untuk membina impian dan kehidupan masa akan datang. Bila masih berada dalam ruang yang sama, kau pasti sentiasa dihantui kenangan silam. Yang manis buat kau tersenyum.Yang duka buat kau terus menangis.

Lalu bagaimana untuk terus bangkit, jika hati kau sendiri tak kuat untuk tinggalkan kenangan itu.

Semoga ada hari esok yang lebih bahagia menanti. Mohon Tuhan sentiasa buka hati kau dan aku untuk memberi peluang dan ruang agar dapat merawat hati yang terluka.

Aiz.

Sunday, 13 August 2017

Mohon Pada Tuhan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hidup ini walau tak seindah apa yang kita mahu, hanya perlu ingat Tuhan masih ada untuk terus kita bermohon agar impian itu tercapai.

Mungkin Tuhan kurniakan dalam bentuk berbeza. Namun bersyukurlah kerana Tuhan pasti sayang kita walaupun banyaknya dosa yang telah kita lakukan.

Semoga Tuhan jaga hati kau dan aku untuk terus merintih padaNya.

Follow Penulisan Yang Bermanfaat

Tek : Anys Idayu Zakaria

Aku ni memang pengguna tegar FB, tapi aku bukanlah pengikut setia pages yang sentiasa berkogsi kisah-kisah hot dan sensasi. Contohnya page KRT.

Bukan apa, masalah sendiri pun belum mampu diselesaikan. Ini pula nak sibuk baca dan komen masalah orang lain. Kalau setakat baca tak pe. Konon nak bagi peringatan diri sendiri. Tapi kalau dah baca, gatal juga tangan nak bagi komenkan. Tak usahlah mengada.

Daripada aku dok follow page KRT yang orang dok kata banyak negatif daripada positif lebih baik aku menulis di wall sendiri. Baca status rakan, dan penulis lain yang bermanfaat.

Aku lagi suka baca tulisan mereka yang sentiasa beri motivasi dan deep terus ke hati. Kadangkala perkongsian mereka memang banyak membantu merawat hati aku.

Biasanya aku suka follow perkongsian puan Suzanna Ghazali, Syafiq Ridhwan, Ustaz Abu Hurairah. Nak bagi happy dan giler-giler sikit aku follow penulisan Mutalib, Cikgu Fadhil, Geng puakabersekutu.

Kalau kau tak pakar, tak perlu acah-acah nak bantu selesai masalah orang. Dok maki hamun bagai tukang tambah sakit hati orang lain pulak. Akhirnya tukang komen bergaduh sesama sendiri. Baca page macam tu bukan masalah makin selesai, makin bertambah ye ada.