Showing posts with label Tanggungjawab Suami. Show all posts
Showing posts with label Tanggungjawab Suami. Show all posts

Wednesday, 12 June 2019

Apa Yang Isteri Mahu Daripada Seorang Suami

"Takut la nak kahwin. Dengar cerita orang gitu gini. Nak dapat suami perfect macam kita nak bukannya senang."

"So sebenarnya apa yang kau nak daripada seorang suami?"

"Tak nak banyak pun. Cuma nak suami tolong isteri dalam hal rumah tangga pun dah cukup sangat. Tolong ringan-ringankan tulang, bantu sikit-sikit mana yang patut. Bukan mengadap handphone 36jam bila kat rumah."

Kawan, 

Dalam rumahtangga ni bila dah berkahwin, kita sebenarnya tak boleh ubah suami tu jadi macam mana yang kita mahukan. Tapi, kita boleh perlahan-lahan cerita dan bagitau suami apa yang kita nak. Bagitau dengan jelas apa yang kita nak mereka bantu. Bukan main sebut-sebut gitu je. 

Macam aku, terus terang aku bagitau benda yang paling susah sekali aku nak buat ialah lipat kain. Kalau tunggu aku lipat, tahun depan belum tentu siap. Jadi tugas lipat kain aku minta suami tolong. Jemur baju, buang sampah pun aku minta suami tolong buatkan. 

Bila suami dah tolong tu, kita sebagai isteri puji-puji la sikit. Belai-belai manja, romantik barulah semangat suami nak tolong yang lain-lain pula kan. Lama-lama insya Allah mereka akan ingat tugas dan tanggungjawab nak kena buat tu. 

Sebelum berkahwin tu, macam mana suami yang kita idam-idamkan tu mintalah dengan Allah. Sebut dalam doa.  Nak suami yang berciri-ciri macam mana. Kalau minta suami soleh dan jadi imam solat je, janganlah mengeluh kalau tiba-tiba suami berat tulang. 

Aishhh benda-benda macam ni pun ada juga tau. Sebab tu la doa kena spesifik. Nak suami yang suka dan rajin menolong hal rumah tangga, yang rajin berusaha, bekerja, baik dan lemah lembut dengan isteri dan anak-anak. Begitulah contohnya. 

Kita wanita ni kadang-kala suka buat gambaran yang bukan-bukan. Fikir banyak negatif. Jadi itulah yang terzahir dan apa yang kita dapat. Yang kita tak nak tu yang kita akan dapat. So, kenalah berhati-hati bila berfikir, gambarkan, niat dan apa yang kita mahu. 

Untuk para suami atau yang bakal berumahtangga kalau korang nak tau, isteri ni dia tak minta banyak pun. Cukup bantu sikit je ringankan beban selesaikan tugas-tugas di rumah. Korang kerjalah bertungkus lumus macam mana pun, bagi nafkah zahir batin, tapi sikit pun kerja rumah korang tak bantu tetap akan mengganggu jiwa isteri. 

Friday, 15 March 2019

Suami Culas beri Nafkah

Tek : 

"Saya tak kesah awak nak bagi nafkah atau tidak. Saya bekerja. Saya masih boleh dan mampu tanggung keluarga. Tapi tolong la, Jangan asyik nak minta duit saya. Jangan nak mengamuk marah-marah minta saya cukupkan duit yang awak minta.  Nah, ambillah ini je yang ada."

"Awak banyak duitkan. Bagi je la. Nanti saya kerja, saya ganti."

********************************************

"Tuan, saya mahu buat tuntutan fasakh daripada suami. Suami tak mahu ceraikan saya. Tapi saya sendiri sudah tak tahan untuk hidup bersama. Hampir 15 tahun saya mendirikan rumahtangga, tapi secara keseluruhannya sayalah yang keluarkan duit untuk belanja keluarga. Suami culas beri nafkah. Ada masa kerja, ada masa tidak bekerja. Jika bekerja pun, duit nafkah yang diberikan diminta semula untuk kegunaan dia sendiri. Saya dah tak tahan. Sebab tu saya datang untuk minta fasakh. Selama ni saya kesian pada anak-anak. Saya masih ada perasaan sayang. Sekarang saya sudah nekad mahu minta fasakh."


Kalian percaya atau tidak, situasi ini sering dialami oleh wanita bergelar isteri, pada suami yang tidak bertanggungjawab.

Susah senangnya suami, isteri tetap akan membantu. Walau diri sendiri tahu, nafkah itu tanggungjawab suami. Kadangkala tak cukup pun nak beli keperluan sendiri, keluarga diutamakan. Semua diperuntukkan untuk membantu suami.

Suami, tolong faham dan hadam. Kerja, dan selesaikanlah amanah serta tanggungjawab kalian.  Nafkah itu wajib diberikan untuk isteri dan anak-anak. Kami sebagai isteri tak pernah menyatakan tidak untuk bantu suami. Tapi janganlah sampai mempergunakan isteri. Isteri bekerja penat siang malam, buat kerja sampingan tapi suami bersenang lenang goyang kaki, duduk di rumah tanpa membantu kerja-kerja rumah malah sanggup lagi minta duit isteri untuk kegunaan sendiri.

Inikah yang dinamakan bahagia dalam cinta tanpa tanggungjawab?

Aku pasti ramai isteri tersepit sebenarnya. Seperti pepatah, "nak diluah mati mak, nak ditelah mati bapak." Dan akhirnya terpaksa luah dan telan semuanya sendirian. Kalian yang tidak berada dalam situasi yang mereka alami, pasti akan suarakan pendapat dengan luahan marah, caci maki. Tapi, percayalah kami sebenarnya tidak suka lalui dan hadapi semua ini.  Dek kerana kasih dan ikatan yang terikat menjadikan kami payah untuk buat keputusan. Pelbagai perkara perlu difikirkan sebelum kata nekad perpisahan itu diambil.

Untuk kalian yang hadapi situasi ini, fikirkanlah.

Sanggupkah kalian biarkan anak-anak melihat situasi tegang dalam rumahtangga. Situasi yang tiada rasa kasih sayang. Masing-masing hidup dalam dunia sendiri. Isteri malas untuk bercakap banyak kerana bimbang bertelingkah. Suami yang acuh tak acuh curah kasih sayang, belum kira tanggungjawab dan nafkah yang tidak diberikan.  Anak-anak takut dan trauma untuk berdamping mesra dengan bapa mereka.

Yang sebenar, jika diberi pilihan pasti kita mahu bertindak, mahu dilepaskan. Tapi hanya kerana kesian pada suami dan anak-anak kita sukar untuk bertindak dan tidak nampak jalan penyelesaian.  Jika kalian rasa perpisahan jalan terbaik. Bertindaklah. Buat keputusan setelah difikir masak-masak baik buruknya. Fikir masa hadapan. Bukan masa lalu, yang penuh dengan perasaan kasihan.