Showing posts with label Kisah Viral. Show all posts
Showing posts with label Kisah Viral. Show all posts

Thursday, 17 January 2019

10 Year Challenge



Semua pakat update #10yearchallenge terjebak juga aku pun. Camera yang kurang canggih ke macam mana ni. Atau memang dulu tak mengancam sekarang makin cun. Hahahha. Ok laaa biar gambar berbicara gituuu!

10 tahun dulu, tahun 2009 la kan pasangan aku orang lain. Rasa kecewa mungkin tu sebab nampak kecil kot kan. Betul nampak macam budak sekolah kan. Terasa nak semula kurus macam ni.

2019 sekarang dengan orang lain pulak. Cinta hati ni buat aku bahagia tu pasal makin cun dan berisi. Hahhaa. #nakjuga #10yearchallenge

Ermmm hubby kata kenapa dulu muka nampak pucat. Dulu tak pandai mekap ke. No komen je laa mampu jawab

Friday, 5 October 2018

Panjangnya Nama Anak Dia!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Sufian.

Sikit punya panjang nama. Nama anak aku Raisha Qasrina binti Mukri Adi. Ni pun dia ambil masa nak belajar tulis sendiri. Nak ingat bagai. Tu pun terkadang minta nak tulis Raisha je, penat nak tulis panjang katanya.

Orang kata terbelit lidah nak jawab. Siaplah nanti nak kahwin, pengsan pengantin lelaki dok hafal nama pasangan tu. Yang tu aku tak de heran sangat. Kalau dah namanya sayang, sampai berbuih laa ko hafal nama tu nanti kan. Tok kadi menyebut tu pun, memang orang dewasa macam kita ni tak de apa la sangat. Yang aku kesian kan bila si anak ni mula sekolah. Mula belajar nak menulis nama sendiri. Bimbang ada je nama yang tercicir tulis nanti.

Bertabah la wahai anak, kerana namamu yang sangat panjang tu. Moga cepatlah ingat menulis nanti bila sudah mula sekolah ya.