Masa aku keguguran beberapa bulan lepas, Si Dia tekun mencari macam-macam info dan tip hinggalah menemukan dia pada artikel yang menyatakan suami juga boleh amalkan pengambilan asid folik. Kalau ikutkan, aku pun baru tahu sebenarnya.
Selama ni aku hanya tahu wanita yang merancang untuk hamil sahaja digalakkan ambil asid folik sebagai makanan tambahan. Untuk kematangan telur ovum, pembentukan palcenta dan membina sel-sel baru. Kalau isteri kurang asid folik akan jejaskan bayi dalam kandungan.
Rupanya sesuai juga untuk suami. Untuk membantu memperbanyakkan kuantiti sperma dan meningkatkan kualiti sperma.
Suami yang amalkan asid folik dapat meningkatkan jumlah sperma dan menurunkan jumlah sperma yang tak berkualiti. Dan rupanya barulah aku tahu asid folik juga membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki, dan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Ini berdasarkan artikel yang aku baca dalam satu kajian di Nijmegen, Belanda pada Mac 2002
Lepas je baca artikel tu suami aku mula amalkan makan asid folik. Jom suami isteri yang sedang merancang untuk hamil, boleh amalkan makan bersama. Nak sweet, suami ambilkan vitamin untuk isteri dan suap ke mulut isteri. Atau sebaliknya. Kan seronok tu.