Dengan muka tiada manis katanya, dia nampak lelaki itu bising-bising sendiri. Kutip barang bersepah dalam kereta. Berdentup bunyi pintu kereta ditutup dan plastik di tangan di buang. Sampah barang kali.
Lelaki itu masuk kereta di bahagian pemandu, mahu memulakan perjalanan setelah kereta dihidupkan. Anak kecil di sebelah menangis.
Dia hanya mampu menggeleng kepala, dalam hati berkata, untunglah anak depan mata. Itu pun masih belum mampu untuk menghargainya. Cubalah kalau anak tiada depan mata. Sudah tidak terkata mahu ucap bagaimana.
Tiada kenangan manis mahu diimbas jika saat ada kita tidak tahu menghargainya. Mahu kenang kepahitan. Sudah tentunya tidak. Hargailah apa yang kita ada sementara ia belum ditarik nikmat dan kurniaanya. Jika sudah tiada, kita sendiri akan rasa sesal dan kecewa.
No comments:
Post a Comment