Saturday, 10 February 2018

Makrifat Cinta

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dah seminggu berlalu harini baru sempat nak ulas movie Makrifat Cinta yang aku tengok minggu lepas.

Filem yang sarat dengan pengajaran, adaptasi kisah sebenar dalam kehidupan seharian yang kita lalui.

Kalau ikut pun memang aku percaya situasi dalam filem ni memang selalu berlaku pada masyarakat kita. Nak mudah dapat duit, pinjam along. Bergaduh suami isteri kerana suami tak dapat tunaikan permintaan dan kehendak isteri. Nak dapatkan barang terlarang sanggup kerah orang lain untuk dapatkan duit.

Aku boleh bagi 8 bintang untuk filem ni. Memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat khususnya anak-anak muda yang baru nak memulakan kehidupan berkeluarga.

Dan yang paling aku cadangkan filem ni ditonton oleh usahawan atau yang ada cita-cita untuk bekerja sendiri. Tak kenal putus asa, sentiasa bersemangat walaupun perit jerih kehidupan seharian yang dilalui.

Cuma ada sikit je kekurangan filem ni. Kurangnya kebergantungan pada Yang Esa. Berusaha dan berserah semata. Tapi aku puji part yang mana, anak Mahathir  nampak matang menghadapi situasi. Dialah yang memberi nasihat sehingga Mahathir tersedar dan boleh terus bangkit dari kenangan silam.

Ok la, nak tahu best ke tidak boleh pergi beli tiket dan tonton. Hehhe. Next kita tunggu orang belanja movie yang akan keluar minggu depan pulak.

No comments:

Post a Comment