Monday, 11 December 2017

Review Filem Rempit Sampai Langit

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hujung minggu hari tu aku sempat bawa anak-anak pergi tengok wayang. Cari punya cari filem yang nak ditonton, aku bercadang nak tengok Filem Rempit Sampai langit.

Tapi sebelum aku putuskan nak tengok filem tu, aku baca dulu review filem di insta. Gigih pi cari review penonton tau. Bukan apa. Sebabnya aku nak bawa anak-anak. So tak nak lah cerita yang bakal kami tonton nanti tak layak untuk mereka tonton.

Nak tengok cerita omputeh, takut depa tak fokus pulak. Yang sebenar aku yang tak minat. Hahha. So ada filem tu satu je filem melayu yang aku rasa sesuai untuk ditonton, walaupun berklasifikasi P13.

Ok lah meh aku review sikit apa bestnya filem Rempit Sampai Langit ni.

Filem yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Memang sempoi giler. Kelakar habis.  Lagi-lagi musim cuti sekolah ni kan. Boleh la bawa anak-anak menonton wayang, sambil makan nugget, twisties dan minum air mineral di pawagam. Kata bosan makan nugget kat rumah kan.

Dialog yang digunakan dalam filem ni pun tak terlalu hipster, terlalu rock atau terlalu sastera hingga susah penonton nak faham. Banyak dialog sempoi yang buat penonton boleh ketawa berdekah-dekah, seperti tak hingat dunia.

Hero filem ni Ajak Shiro yang terkenal dengan lawaknya. Memang lawaklah. Muka bersahaja. Macam orang tak bersalah. Dengan dialog yang kelakar. Kadang dialog yang saja je menyakitkan hati Nabila Huda.

Dialog yang paling aku ingat, “Muka macam kau ni, pukul 12 aku clash. Pukul 1 aku dah lupakan”. Pedas beb. Tapi Ajak Shiro selamber je sound Nabila. Lain-lain kau tengoklah sendiri.

Masa nak tonton tu baru aku tahu filem ni, filem Datuk Rosyam Nor. So aku memang konfiden habislah filem pasti best. Memang betul sekali jangkaan aku. Tak rugi tiket wayang aku RM28 hahah.

Yang menarik, Filem Rempit Sampai Langit ni juga masih berkisar dan mengikut trending sesama. Apa lagi kalau bukan tranding memviralkan sesuatu kejadian. Makcik-makcik pun sibuk ada ig, fb. Phone sikit punya canggih tau.

Keseluruhan aku boleh bagi 8/10 bintang. Memang seronok. Anak-anak aku pun terhibur. Kalau kau rasa-rasa tak tahu nak habis masa ke mana, bolehlah pi tengok filem ni.

No comments:

Post a Comment