Wednesday, 7 March 2018

Percintaan Jarak Jauh

Tek : Anys Idayu Zakaria

Jarak bukan masalah dalam menjalin ikatan. Kerana dari situ kita diuji untuk lebih setia serta memberi komitmen sepenuhnya atau tidak dalam hubungan.

Apa yang penting pada aku, kami sentiasa mempercayai antara satu sama lain. Jangan suka nak merajuk-rajuk tak tentu pasal. Biasa merajuk ni la boleh bawa pada pergaduhan yang besar. Konon nak merajuk manja. Takut tersilap sikit, isu lain pula yang timbul. Dan kesudahan akan bawa pada pergaduhan yang berpanjangan.

Manisnya percintaan jarak jauh ni, walaupun memang setiap hari merindui, tapi bila jumpa sebulan sekali memang happy sangat la. Perasaan teruja tu lain macam. Macam first date. Berdebar-debar sentiasa tau. Hebatnya menanggung rindu tu Tuhan je yang tahu.

Walau orang kata banyak ujian dalam percintaan jarak jauh ni, pada aku yang penting sekali kepercayaan dan komunikasi. Kalau dah tahu berjauhan, jangan jadikan alasan untuk berkomunikasi setiap hari. Penting untuk membina hubungan lebih erat. Bila tak ada komunikasi, takut-takut nanti jarak pula yang disalahkan.

Zaman teknologi kot. Apa guna pakai telefon canggih kalau simpan je dalam poket dan handbeg. Inilah cara untuk memudahkan pasangan bercinta berhubung. Bukannya jadikan jarak sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik belakang pasangan.

Kalau rasa sayang sangat nak guna telefon canggih buat call kekasih hati, baik beli je telefon 3310. Internet tak ada. Apps Whatsapp, ig, tak de. Video call pun tak boleh, so tak sakit hati sendiri kan. Hehhe.

Kalau diberi pilihan, aku lebih sanggup tempuhi percintaan jarak jauh berbanding perkahwinan jarak jauh. Bercinta dan berjauhan ni masih boleh handle lagi selagi belum sah dalam ikatan perkahwinan.

Bila dah berkahwin, cubalah sedaya upaya untuk duduk bersama. Kerana yang penting dalam hubungan jarak jauh bukanlah hubungan yang kekal selamanya berjauhan. Perlu ada tempoh masa yang diambil supaya dapat bersama lebih dekat, selepas berjauhan. 

Apa yang penting saling mempercayai, bertolak ansur, jangan mudah percaya cerita dan gosip yang tersebar. Komunikasi paling penting. Kesetiaan dan kejujuran.

Jarak tak pernah menjadi masalah untuk aku. Kerana akhirnya, dia milik aku. Itulah yang lebih penting. Doakan semoga hubungan aku dan dia sentiasa dipermudahkan Tuhan untuk kami bersama satu hari nanti.

*******************************

Nota cinta untuk awak. Terima kasih kerana sudi datang dinner 4 Mac haritu. Walau sekejap. Walau awak tahu, masa saya amat suntuk untuk berlama-lama, tapi awak sanggup datang ke sini semata-mata untuk saya.

Walau berat untuk melepaskan awak balik semula ke sana, tapi saya relakan jua. Kerana saya tahu Tuhan sentiasa jaga hati awak untuk saya.

Saya doakan semoga sentiasa ada next date. Rindu nak spend masa bersama lagi.

No comments:

Post a Comment