Tek : Anys Idayu Zakaria
Ada yang pernah tegur aku, gelabahnya macamlah ini kali pertama aku urus perkahwinan. Tapi aku hanya senyum sahaja. Dalam hati hanya mengiyakan. Memang betul pun. Ni perkahwinan kali kedua, tapi kali pertama aku merasai semuanya.
Seperti mimpi. Memang nampak eksited dan berdebar urus semua kelengkapan. Dulu perkahwinan pertama tanpa restu. Langsung aku tak buat sebarang persiapan. Hanya seorang diri ke masjid tempat nikah, berpakaian ala-ala pengantin, dengan mekap bodo-bodo kata orang. Mujur baju aku convo masa tamat diploma dulu dah memang macam pengantin. Jadi baju itulah yang aku guna untuk bernikah. Dan sekadar doa selamat dari keluarga lelaki.
Bila dah kahwin tu dan tengok mereka yang bakal jadi raja sehari sibuk dengan pelbagai persiapan, memang aku terfikir aku tak mungkin merasai seperti yang mereka rasa. Jadi aku matikan angan-angan itu. Aku hanya berangan, kalaulah dapat pakai baju pengantin, dan buat outdoor photoshoot pun jadilah. Tapi ketika itu aku rasa entah bila hajat tu kesampaian aku sendiri tak pasti.
Dan kerana itulah, bila perkahwinan kali kedua ni aku pernah nyatakan hasrat pada dia cukuplah dengan adanya outdoor photoshoot untuk mengubat hati aku 10 tahun dulu kerana tidak pernah merasainya.
Alhamdulillah Tuhan hadirkan lebih dari apa yang aku impikan. Ma abah adik-adik yang gembira dengan perkahwinan kali ini, mereka juga dengan ikhlas hati menjadi sponsor untuk beberapa keperluan.
Syukur Tuhan beri peluang untuk aku rasai juga pengalaman itu. Walau majlis nanti simple dan sederhana sahaja, tapi aku masih berpeluang merasai apa yang bakal pengantin rasa. Apa keperluan yang pengantin sibuk uruskan.
Si dia juga yang memahami. Melayan semua permintaan aku. Dari tak perlu nak fitting baju pengantin terpaksa juga melayan aku yang tiba-tiba nak tukar baju lain untuk photoshoot. Nak hantaran macam tu, macam ni. Nak guestbook la, photo corner la. Nasiblah semua design pengantin sendiri yang buat, jadi jimatlah juga di situ.
Kerana si dia juga tak pernah merasainya sebelum ini. Pengalaman kali pertama buat kami melalui detik-detik bergelar pengantin dan raja sehari, walaupun perkahwinan kami ini, kali kedua.
Menghitung hari. Insya Allah sebulan lagi kami akan disatukan. Aku mahu cipta kenangan terindah bersamanya. Kerana aku mahu tua bersama dia. Dan moga semua urusan perkahwinan kami berjalan lancar dan dimudahkanNya.
No comments:
Post a Comment