Thursday, 8 December 2016

Kem Inspirasi Khalifah Surau An Nur TCM 2016

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Pagi semalam sebelum ke tempat kerja, sempat saya hantar Kakak dan kawan-kawan ke KEM INSPIRASI KHALIFAH DI SURAU AN-NUR TCM. Sehari dua sebelum ke kem bukan main lagi mama memujuk jangan tak jadi pergi. Kakak, ada-ada je alasannye nak mengelat kan. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya memujuk kakak. Cuti sekolah tak buat apa-apa aktiviti, asyik bermain sahaja lebih baik habiskan masa hadiri kem seperti ini.

Pertama kali menjejak kali ke Surau tersebut, dah terjatuh hati. Saya suka dengan lokasinya yang strategik, di atas bukit. Sekitar kawasan yang besar sesuai untuk pelbagai aktiviti. Persekitaran juga penuh dengan poster program yang dianjurkan. Setiap minggu dan hari tertentu ada sahaja program yang mereka anjurkan, dan yang lebih menarik kebanyakkan program menggalakkan anak-anak turut serta. Dan hampir semua admin yang terlibat anak-anak muda yang rajin mengimarahkan Rumah Allah, menggalakkan anak-anak remaja di kawasan tersebut hadir ke surau.

Semoga kakak dapat banyak ilmu di sana. Admin pun aktif mengupdate aktiviti yang diadakan dalam group whatspp, jadi ibu bapa dapat ikuti program yang anak-anak jalani sepanjang di sana.


















KEM SMART SOLAT di SATCM. Penyertaan seramai 150 orang pelajar lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment