Teks : Anys Idayu Zakaria
Kau percaya dengan makhluk halus dan gangguan. Kisah ini bukanlah kisah makhluk halus atau kisah hantu. Hanya sedikit pengalaman yang aku alami.
Setahun lepas, ketika aku dalam proses perceraian, aku sebenarnya hampir terlepas pandang perihal anak-anak. Mungkin sibuk melayan emosi yang tak stabil. Rupanya tempias emosi turut terkena pada Ira.
3 bulan pertama, Ira terlalu asyik memberontak. Langsung tak pernah nak ikut nasihat aku. Dengan keadaan dan situasi aku sendiri yang masih huru hara, puas juga ikhtiar. Akhirnya aku terdetik mahu cuba perubatan Islam.
Jadi aku telah merancang memanggil seorang ustaz ke rumah untuk mengubati masalah yang dihadapi, dan juga sebagai pemulih semangat untuk aku dan anak-anak.
Hari yang dirancang tiba. Seorang ustaz telah datang ke rumah dan cuba merawati masalah yang dialami. Setelah hampir sejam berubat, menurut beliau memang ada makhluk halus yang menumpang di bahagian kaki Ira. Kelakuannya jadi malas dan suka melawan. Tambah pula, dengan masalah yang aku alami sedikit sebanyak turut mengganggu emosinya.
Alhamdulillah selepas ustaz tersebut membuangnya dengan membaca Ayat-ayat Ruqyah, Ira bertambah baik. Aku belajar memahami emosi Ira.
Apa yang dapat aku simpulkan
1. Memang betul, emosi anak-anak terganggu apabila ibu bapa bermasalah
2. Gangguan itu mudah datang, tidak kira pada kanak-kanak atau orang dewasa.
3. Anak juga berhak untuk dapat lebih perhatian walaupun ibu bapa sendiri dilanda stress
4. Diri sendiri memainkan peranan untuk terus kuat melangkah, supaya anak juga dapat meminjam kekuatan kita.
#traveloganies
Aku yang terus kuat melangkah.
No comments:
Post a Comment