Kalian
sudah makan tengah hari ke. heheh ini cerita khamis lepas, baru nak kongsi di sini. Khamis lepas saya bercuti jadi mood agak rajin memasak. Dan kebetulan Ma balik kampung jadi memang kena rajin juga masuk dapur kah kah. Biasanya awal pagi lagi Ma yang lebih cepat ke dapur dulu, walaupun tak memasak berat pun, orang kata alakat untuk kenyang perut sahaja.
Jadi hari ini saya kongsikan dua menu yang saya masak ketika cuti haritu, sarapan jemput-jemput nasi dan tengah hari nasi bubur ala MekDi permintaan Raisha. Maap la ye gambar tak
berapa cun. Saya hanya kongsikan menunya sahaja, jika kalian nak resipi boleh la singgah ke blog http://azneomar.blogspot.com, saya ambil resipi di sini.
Inilah untung orang rajin memasak, kita yang tak berapa pandai ni
jadikan tempat rujukan mencari resepi. Kalau kalian nak tengok gambar
bagi lagi terliur, tak sabar-sabar nak cuba masak juga pi la jenguk blog
beliau. Saya boleh confirm kalian juga meleleh air liur tak sabar nak cuba juga. heheh.
Ok selamat memasak, dan selamat menjamu selera ya ;)
Nota hati : Psst tak mau ke kongsi dan tulis di blog macam ni. Mai la belajar berblog. Nak belajar boleh singgah di blog saya di sini http://anysidayu.blogspot.com kalian baca dulu segala perkongsian di sana tentang kelas blog ya.
No comments:
Post a Comment