Friday, 31 March 2017

Corak kehidupan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hidup ini memang penuh warna warni dengan corak kehidupan yang adakalanya akan membuatkan kita ketawa gembira.  Adakala tanpa sedar kita menitis air mata.  Adakala kita menjadi sedih dan gelisah.  Itulah yang dikatakan ujian, tempias kehidupan yang membuatkan hidup kita sentiasa indah.

Assalamualaikum selamat pagi jumaat. Alhamdulillah syukur. Tuhan masih beri peluang kita untuk menikmati keindahan hidup. Semoga sebagai satu asbab untuk kita terus mohon keampunan dan mencari keredhaanNya.

Lama rasanya tak mencoret di sini. Sibuk menyiapkan thesis dan juga mengurus bisnes online. Banyak yang hendak dikongsi. Saya mahu untuk berkongsi kisah kehidupan sebelum ini. Tapi masih mencari bagaimana mahu bermula. Doakan semoga bengkel Menulis buku Pertama bersama Tn Zamri hujung minggu hadapan membuahkan sesuatu hasil. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment