Tuesday, 9 May 2017

Tesis Aku Hampir Selesai

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Tahniah berjaya hantar. Dah pergi balik tido”. Haha gelak besar aku.  Tahu je beliau kami tak cukup tidur. Rupanya memang ada pelajar tanpa mengira masa WA Pensyarah bertanya itu dan ini bila saat-saat akhir untuk menghantar laporan. 

Alhamdulillah akhirnya, dengan bermacam dugaan, beberapa hari bersekang mata selesai juga. Selepas ni kita tunggu pula untuk VIVA dan pembetulan.

Kelmarin sahaja sedang bersiap mahu ke UTM kereta buat hal. Kenapa aku dah serabut fikir cara mahu bergerak ke UTM. Allah bagi ilham supaya balik rumah siapkan beberapa bab lagi. Setiap kali jumpa penyelia ada sahaja pembetulan yanh perlu dibuat.

Tambah lagi rakan seperjuangan bila tanya ramai yang sudah tak mampu bertahan. Tarik diri penyelamat keadaan. Aku memang nekad mahu selesaikan juga pengajian semester ini. Jadi nak atau tidak mesti kena siapkan.

Inilah antara cabarannya. Nampak macam mudah. Saat-saat akhir memang ramai rakan seangkatan yang angkat bendera mengaku kalah. Ada yang baru dua bulan perjalanan menyiapkan thesis terpaksa tarik diri.  Ucapan Tahniah itulah amat bermakna kerana berjaya mengharungi 4 bulan yang penuh dugaan.

Malam tadi aku boleh tidur dengan gumbira. Hahha. Selepas ni mahu buat persediaan untuk VIVA. Bila sudah selesai semua, laporan sudah jilid menjadi sebuah tesis yang lengkap barulah boleh tarik nafas seleganya. Semalam baru selesai peringkat pertama. Ada dua lagi yang perlu ditempuhi.

Moga terus kuat untuk aku sendiri kahkahkah.

No comments:

Post a Comment