Saturday, 1 July 2017

Jodoh Sudah Tiada

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bercinta bagai nak rak, dulu nampak macam sweet sangat, bahagia sangat jika Tuhan sudah tentukan dia bukan jodoh kita jenuh pertahan pun tetap perlu akur dengan suratan.

Kadang hidup ni pelik kan. Dah dapat yang baik, nak cari lagi konon yang lebih baik. Dah happy dan sweet, nak sweet lagi dengan yang lain. Ke memang lelaki semua macam tu.

Beberapa hari lepas aku sempat berchit chat dengan seorang rakan lama masa belajar dulu. Dia PM aku gara-gara berasa sedih dengan status yang aku post di fb. Dan secara tak langsung membuka kisah beliau.

Tak sangka aku, beliau sudah berpisah dengan suami. Begitu juga dengan seorang lagi rakan belajar kami. Semuanya gara-gara orang ketiga, iaitu wanita lain.

Aku memang terperanjat. Mereka yang dulu nampak bahagia tak sangka akhirnya perkahwinan mereka berakhir. Itulah yang dikatakan jodoh sudah tiada.

Bertabah la wahai kalian yang diuji dengan pasangan yang begitu. Walaupun ujian pasangan aku sebelum ni bukanlah kerana wanita lain, tapi kadang bila dengar cerita-cerita macam ni menyirap juga rasa.

Kita sebagai wanita, jadi sedaya upaya cubalah jadi wanita yang tidak menyakiti hati wanita lain. Sekali kau sakit, peritnya sukar untuk dirawat. Memang pedih sekali jika kehancuran rumahtangga gara-gara wanita lain.

Walaupun situasi aku dulu berbeza, tapi aku tetap merasai pedihnya bila pasangan kita sudah mula terlibat dengan cinta lain.

No comments:

Post a Comment