Tek : Anys Idayu Zakaria
Nampaknya kali ni boleh beraya dengan tenang, betul-betul merdeka. Alhamdulillah akhirnya perjuangan 6 tahun berhempas pulas sudah sampai ke garis penamatnya.
“Wah, syioknya dah habis belajar. Kerja kerajaan kan?” “Best la. Bolehla minta naik pangkat.”
Habis belajar memang suka. Tapi untuk cuba mohon ke gred lebih tinggi masih belum ada perancangan lagi. Saya masih sayang kerjaya sebagai seorang PA.
Sambung belajar ke peringkat lebih tinggi ni adalah untuk kepuasan diri sendiri. Saya yakin ramai di luar sana yang berusaha, bertungkus lumus belajar dan terus belajar sebenarnya mereka mahu lakar kejayaan dan cabar kebolehan diri sendiri. Mahu capai impian dan azam yang sudah dibina sejak dulu. Bukanlah untuk naik pangkat sangat. Kalau ada rezeki. Alhamdulillah syukur.
Kita bagi rehat-rehat sekejap. Bergembira di hari raya. Sebelum cuba usha untuk sambung Master pula.
No comments:
Post a Comment