Wednesday, 20 March 2019

Siapa lebih cerewet, lelaki atau wanita?

Tek : Anys Idayu Zakaria

Jika nak cerita lelaki atau wanita yang mana lebih cerewet, pada aku keduanya sama sahaja. Dua-dua ada cerewet mereka yang tersendiri.

Macam aku, pernah menjadi PA kepada beberapa orang boss lelaki. Mereka ini ada yang cerewet, sangat teliti dalam semua urusan kerja, hinggakan hanya buat sepucuk surat kita kena betulkan lebih daripada 3 kali. Perkara-perkara remeh yang kita rasa boleh diabaikan mereka anggap perlu dititikberatkan.

Ada juga yang jenis tak kesah, asal boleh. Kita pula yang PA ni terlebih kesah. Ada je yang tak kena.

Begitulah. Tapi jangan kata wanita tak cerewet. Wanita pun aku rasa merekalah makhluk yang paling cerewet jika ia melibatkan perkara-perkara yang penting terutama hal berkaitan suami, anak-anak, dan keluarga.

Kadang kala stokin yang suami dan anak pakai terletak salah tempat pun, dia punya membebel kalah bunyi helikopter yang bising dan kuat bunyinya tu. Macam halilintar, bergegar rumah jika kita mak-mak ni mula mengemas rumah. Setuju tak?

Suami juga sebenarnya ada cerewetnya. Aku rasa bila bab makan. Aku pernah dengar orang bercerita dan bertanya sesama mereka, "suami ko cerewet tak bab makan?"

Aishhh cerewet. Kalau boleh nak kena ada 2 hidangan bila makan. Lauk dan sayur.  Ada tu, yang jenis tak kesah makan makanan semalam yang tak habis tersimpan dalam peti sejuk.  Ada lelaki yang kesah. Makanan yang isteri masak mesti terus makan. Tak suka makan yang sejuk-sejuk.

Waduh, pening kepala isterikan. Tapi isteri-isteri confirm dah sedia maklum hal-hal begitu, ye dak. Mujurlah suami aku tak cerewet hik hik.

Tak kesahla wanita atau lelaki mana yang lebih cerewet. Yang sebenarnya kita ini mahu dapatkan hasil yang terbaik. #SICircle #SrikandiInspirasi

No comments:

Post a Comment