Thursday, 7 March 2019

#SrikandiInspirasi #SICircle

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Ya Allah, bantu aku. Tunjukkan aku satu peluang dan ruang yang mana untuk aku fokus menulis. Apa yang aku patut tulis dan kongsi supaya lebih ramai dapat manfaat."

Selepas membaca ebook content writing minggu lepas, aku masih terfikir bentuk penulisan yang bagaimana aku mahu fokus. Lantas aku minta terus dengan Tuhan. Pasti Dia menjawabnya. Syukur, tak sampai beberapa hari aku ditemukan dengan satu posting perkongsian Puan Dhuha. Beliau sedang mencari penulis wanita yang mahu bersama-sama untuk menulis dalam kumpulan sokongan #SrikandiInspirasi #SICircle.  Topik yang sangat menarik minat aku, iaitu wanita. Dan topik lain parenting / keluarga.

Sungguh, Tuhan sudah jawab pertanyaan pada doa aku itu. Alhamdulillah kini aku bersama wanita lain untuk saling berkongsi. Dan aku percaya setiap antara kita pasti dapat beri manfaat pada orang lain. Dari wanita untuk wanita. Semoga saling memberi inspirasi dan terinspirasi

No comments:

Post a Comment