Bila fikir menu potluck mesti nak tempah je dengan orang. Syukur kali ni berjaya masak sendiri. Rendang ayam, 2 ekor. Pertama kali masak banyak.
Rendang ayam ni aku buat stail mak aku masak. Ayamnya tak digoreng.
Nak cuba resipi jom follow cara di bawah.
Bahan-bahan :
1. 2 ekor ayam cuci bersih dan potong kecil
2. Bawang besar 3 biji
3. Bawang putih 4 biji
4. Seinci halia
5. Seinci lengkuas
6. Seinci kunyit
7. 2 batang serai potong halus. Sebatang dititik
8. Beberapa batang lada kering
9. Beberapa biji cili merah dan hijau
10. Daun limau purut 2 helai
11. Daun kunyit 2 helai
12. Serbuk perasa
13. Gula melaka (potong halus beberapa ketul)
14. Asam keping 2
15. Sebungkus kerisik
16. Sebiji santan
* Bahan 1-9 diblender.*
Cara - cara masak :
1. Tumis bahan blender dan serai yang diketuk. Tumis hingga lada agak masak
2. Masukkan ayam. Biarkan hingga betul-betul masak. Kacau sesekali
3. Bila ayam sudah agak masak, masukkan santan dan kerisik. Kacau lagi
4. Masukkan gula melaka. Asam keping, daun limau purut.
5. Masukkan bahan perasan garam. Kacau hingga benar-benar masak.
6. Potong halus daun kunyit sebagai hiasan dalam rendang.
Tadaaa..dah siap untuk dihidang
No comments:
Post a Comment