Sunday, 15 September 2019

Isteri Stress Salah Suami

Baru-baru ni rakan saya berkongsi, seorang ustaz bercerita "Suami memang bersalah bila isteri stress, geram atau sakit hati. Suami penyebab utama."

Aku yang mendengar luahan kawan ni memang tak terkejut. Malah mengiyakan apa yang disampaikan oleh ustaz tu.

Korang rasa kenapa bila isteri stress, punca utama dan penyebabnya adalah suami?

Wanita bila sudah berkahwin seluruh kehidupan dan tumpuannya lebih untuk keluarga, suami dan anak-anak.

Siapakah orang yang paling dekat dan rapat sekali dengan isteri? Tentulah suami.

Biasa kita dengarkan, nak kongsi masalah kongsilah dengan rakan baik. Rakan yang kita percaya. Rakan yang rapat dengan kita.

Jadi dalam istilah dan konsep berkawan kita tukar pula kepada konsep suami isteri.

Suamilah rakan baik, rakan yang dipercayai dan yang paling rapat dengan isteri. Wanita ni perlulah perhatian, dan ucapan lemah-lembut barulah sejuk hati mereka.

Kalau rakan kita muka bonyok pun kita susah hati. Sibuk tanya apa masalah dia. Lebih lagilah jika isteri di rumah buat muka monyok, diam sepanjang hari cuba-cubalah tanya apa masalah isteri tu.

Bila isteri di dapur kau sebagai suami jangan duduk menyandar layan games aje. Masuklah dapur juga. Duduk tepi meja makan tu tengok isteri buat kerja. Sambil ringankan  tangan dan mulut tanya isteri apa yang boleh dibantu. Tanya khabar di pejabat atau keletah anak-anak.

Sebenarnya, jika suami mula je bercerita isteri juga akan pelan-pelan buka rahsia dan masalah dia.

Mungkin ada wanita yang tak suka diganggu waktu di dapur. Akulah tu. Kah kah. Jadi boleh cuba cara lain.

Waktu makan juga waktu yang sesuai untuk berborak santai. Tak perlu bincangkan topik berat. Mungkin kau boleh ajak isteri bercerita movie yang dia suka tengok. Tanya isteri apa yang dia nak buat lepas makan, atau apa kerja rumah lain yang perlu dibereskan lagi.

Suami aku selalu praktis cara ni.  Bila siap memasak dan makan, dia akan tanya aku nak buat apa. Jadi aku akan bagitau kerja yang belum selesai. Dan dia pula akan bagitau aktiviti apa dia nak buat. Kalau dia nak menonton movie, tapi nak aku ada bersama, maka dia akan bantu siapkan dahulu kerja rumah.

Suami yang baik hati, tolong lipat kain yang dah menggunung kalah Gunung Kinabalu tu pun dah lega yaa amat hati isteri.

Maka isteri lembut dan sejuk hati. Manalah tau terbuka hati isteri untuk berkongsi masalah waktu itu.

Waktu sebelum tidur juga antara masa yang sesuai untuk suami isteri berborak sebentar sebelum lena diulit mimpi.

Si suami cuba-cubalah tanya masalah atau apa sahaja aktiviti dan program isteri. Perancangan hari esok.

Kalau rasa tak de benda dah nak tanya. Ucap terima kasih atas penat lelah isteri memasak, tolong jaga anak, tolong kemas rumah untuk hari tu pun dah cukup berbunga-bunga hati isteri.

Cubalah praktis beberapa tip di atas ni. Aku yakin isteri korang akan kurang stress.

Stress juga tau bila kita ada masalah tapi diam membisu. Jadi nak bagi hilang stress tu kita kena bercakap dan berbual-bual. Sekejap aje tadah telinga ya suami. Pinjam tak sampai 24 jam pun.

Maka secara tidak langsung perlahan-lahan stress mereka juga akan berkurangan.

Yang sebenarnya isteri bukan minta  suami selesaikan masalah mereka. Cukuplah tadah telinga, dan berikan bahu tempat menyandar ketika mereka lelah dan keletihan.

Jemput  follow dan set see first FB ANYS IDAYU ZAKARIA untuk baca lebih banyak perkongsian tentang #mulabisnesdropship, #motivasidiri dan tip mencari kebahagiaan suami isteri. Terima kasih

#aizmenulis
Bahagia kan diri sendiri, sebelum kita bahagiakan orang lain.

No comments:

Post a Comment