"Kenapa bila kita merantau, jalan jauh atau musafir kita mesti cari masjid atau surau sebagai tempat untuk berehat /tidur?"
Analogi mudahnya, "Bila di rumah waktu kita sakit, demam, ketika masih belum pandai mengurus diri, masih perlukan seseorang, siapa yang kita cari dulu?"
Jawapannya tentulah ibu ayah kita. Mereka yang lebih tahu dan mahir urus diri kita.
Begitu jugalah, jawapannya kenapa kita mencari masjid sebagai tempat tidur bila musafir. Tentulah Allah yang kita cari dan perlukan.
Kerana Dialah satu²nya tempat kita bergantung harapan. Tempat memohon pertolongan walau dalam apa jua keadaan. Tidak kira ketika musafir atau tidak.
Hanya Allah tempat kita bergantung. Kepergantungan sepenuhnya pada Dia.
Assalamualaikum, Selamat pagi.
No comments:
Post a Comment