Monday 22 June 2020

Beg Maternity

Done packing semua keperluan bersalin. Adoi, bila siap semua macam banyak pula begnya. Satu beg keperluan pakaian aku sendiri dan baby. Satu beg untuk keperluan baby seperti bedak, tisu basah, pampers dan lain-lain. Satu beg kecil lagi keperluan mandian dan diri aku sendiri.

Beg pun husband dah letak dalam kereta, sebagai persediaan kalau-kalau perlu ke hospital bila waktu bekerja. Doakan semoga urusan aku bersalin kali ini dipermudahkan.

Sudah masuk 37 minggu. Ada sekali lagi pemeriksaan di Hospital Islam Az Zahrah. Insya Allah kali ini, suami dah bercadang untuk ambil pakej aku bersalin di sana. Pertama kali ke Hospital Swasta. Nebes juga mula-mula ke sana. Syukur semuanya dipermudahkan. Tambahan pula kakitangan HIAZ semuanya baik-baik.

Nanti aku share pakej-pakej bersalin yang ada di HIAZ

Image may contain: people standing

Helmet Bumbble Bee & Helmet Ant Man




No photo description available.

Setiap kali beli barang aku, mesti husband akan cakap, "Nanti saya nak beli helmet bumblebee & Ant Man tau"
Kadang melambak barang aku pun, belum tentu dia beli barang sendiri. 2 minggu sudah hampir 15 barang aku order untuk sendiri dan anak², dia still senyum dan tengok je website toys duk usha² dua helmet ni.
Tiba² kelmarin, hasil dia me'reward' diri... Fuh! Terperanjat. Betul sudah order. Petang tadi barang sampai, terus sengih sampai telinga.
Hokey, malas aku nak cakap apa². Diam dan senyum juga laa.
Mana tau esok lusa paw benda lain dapat juga 😂😂😂
Jadi, bila dia beli untuk sendiri, kita tak payah bising²

Lasagna Roti

Yeahh berjaya juga buat lasagna roti. Kononnya haritu janji dengan husband dia beli je oven, aku nak terus buatkan lasagna.
Ok la kan, janji sempat juga buat sebelum bersalin.
Jom try. Simple je kengkawan.
Bahan²
Bawang holland sebiji cincang halus
Bawang putih 2 biji cincang halus
Daging cincang
Sos prego / sos tomato puri
* Panaskan kuali dan masukkan sesudu butter.
* Tumis bawang putih dan bawang holland
* Masukkan sos prego dan daging cincang.
* Kacau hingga daging masak. Boleh masukkan juga serbuk lada putih dan serbuk lada hitam, garam sikit.
* Bila dah masak, sejukkan kejap.
*Cheese keping, mozarella parut, sosej potong kecil² (rebus dulu pun boleh sebelum potong kecil), lada potong kecil², tomato potong kecil (untuk jadikan taburan / topping)
* Telur dua biji, pukul dan masukkan sedikit susu segar. (Tak da susu segar pun tak pe). Ni nak celup roti.
* Sapu loyang dengan butter
* Letakkan roti yang dah celup telur dalam loyang. Penuhkan loyang.
* Letak sos daging cincang tadi.
* Letak cheese keping. Tabur sosej, lada, mozarella parut.
Ulang berselang seli hingga habis semuanya.
Sebelum bakar, tutup loyang dengan aluminium foil.
Bakar lebih kurang 20 minit dengan 180°
Dah siap boleh potong dan hidang. Tarik² makan mesti macam pizza bila ada banyak cheese keping dan mozarella parut.



Agar-agar Warna Warni

Haritu beli agar² tapi tak pandai buat. Resipi ni aku minta dengan Ma. Ma selalu kalau ada apa² event suka buat agar² susu.
Tapi resipi derhaka la kot ni, aku siap campur dadih haha
*2 peket agar². Campur dengan 6-7 cawan air. Masak atas dapur.
* Bila agar² dah hancur, masukkan susu cari setin
* Masuk gula. Gula tu ikut korang la nak manis mana.
* Aku tambah dua sudu susu pekat
* Dua sudu serbuk dadih
* Dua sudu tepung kastard
* Kalau ada gula batu boleh letak dalam dua gitu.
* Setitik esen vanila
Kacau sampai mendidih. Dah siap, tuang dalam loyang. Boleh titik warna dan bagi nampak corak.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti. Dah sejuk, boleh laa potong dan makan.


Image may contain: food

Koleksi Tupperware

Hujung minggu lepas family mertua datang rumah. So aku jamu mereka dengan Soto Johor.
Untuk hidangan tu aku guna la bekas² tupperware yang dok sibuk beli buat koleksi tu kan.
Bila siap hidang semua, aku bagitau husband, "wahh berguna juga bekas tupperware sayang beli tu kan. Nampak tak. Keperluan tau tu. Bukan kehendak."
"Ye ok. Keperluan. Nak beli lagi ke?"
Tak perlu jawab. Senyum je dah memadai. 😁😁
Bekas purple segitiga tu ramai pula yang berkenan. Mak mertua aku pun berkenan juga. Aku pun dah tak hingat berapa rm beli. Mungkin sebab rare bentuknya kan.
Ayat kita cerita tu kena cantik dan exsited sikit laa kan sebab dalam hati dah berangan nak usha bekas lain pulak hahaha. Niat hati tu memang nak tambah sebiji dua lagi bekas bentuk segitiga tu.
So kesimpulannya, tupperware ni berguna sebenarnya. Bukan kehendak tapi keperluan.
Tak setuju tengok je jangan kondem hokey. Aku baru nak berjinak dengan tupperware, ko jangan musnahkan impian aku ni 🤭🤭


 


Pillow Talk

"Tadi saya ada terbaca perkongsian seorang usahawan. Dia share macam mana dia kumpul duit untuk beli rumah impian.
Dia beli rumah harga murah, kemudian disewakan. Banyak jugala rumah dia beli dan sewakan. Dia ada juga beli rumah kedai untuk bagi sewa.
Bayangkan 20K sebulan hasil sewa rumah dan rumah kedai je. Dari keuntungan tu la dia buat beli tanah, dan bina rumah impian."
Wahhh dalam hati aku teruja juga la kan. Nak juga tau siapa usahawan tu. Sempat juga aku congak-congak dalam fikiran. 20K sebulan kalau 5 bulan pastilah boleh beli sebidang tanah.
"Dia ada buat bisnes lain juga. Duit bisnes tu la kot dia pusing-pusing buat beli rumah semua tu kan. Tapi, kalau orang lain masuk je, confirm habis rugi la bisnes dia. Kalau dia jalan sorang memang boleh untung besar."
Panjang pula kisahnya, tak sabar aku terus tanya siapa orang tu.
"Entah laa tak tau sapa. Dia kongsi, dia main "MONOPOLY" semalam. Untung besar boleh siap beli rumah idaman katanya."
Mengekek husband aku ketawa. Adui! aku ni dengar cerita sambil nak terlelap dah kan. Tiba-tiba terus besar biji mata. Ada je keletah dia nak bagi aku ketawa.
Itu belum dikira lagi pillow talk yang aku terpaksa layan. Hahaha, terpaksa hokey. Sebab apa terpaksa?
Bayangkanlah, aku yang dah tertidur, bila nampak aku terjaga nak ke tandas, dan baring semula dia mulalah buka cerita. Kongsi lagi apa je yang difikirkan. Rancangan yang nak buat esok hari.
Kadang tu, baru jam 12 tengah malam dah tanya sarapan apa untuk esok. Gigih juga la aku fikir walaupun dalam situasi mamai-mamai. Tapi ada masanya, lain yang dirancang, lain pula jadi esok hari. Begitulah.
Orang kata, "Pillow talk" dengan pasangan ni mengeratkan hubungan suami isteri. Alhamdulillah sejak awal perkahwinan hampir masuk dua tahun kami masih mengamalkannya. Tapi selalunya dia la yang akan mula dulu.
Aku kalau nak tidur, tidur je terus, walaupun dia tengah bercerita. Dan dia pastinya bila tengok aku tersedar, akan cuba ambil kesempatan untuk bercerita. Macam tiada hari esok gitu istilahnya.
Aku tak kesah pun, itu tanda kami menzahirkan kasih sayang. Yang penting jangan mengigau sebut nama perempuan lain. Maunya tersedar terus aku.
Apa pun cara kita menzahirkan kasih sayang yang penting perlu ada keharmonian, saling memahami, faham dan tahu bagaimana nak mulakan. Cari masa dan situasi yang betul-betul sesuai. Insya Allah, bila terzahir perasaan itu, akan hadirlah keserasian antara kita. Keserasian itu perlu dipupuk setiap masa. Moga kekal bahagia selamanya.


Selamat Hari Bapa

Selamat hari bapa Daddy!
Walaupun hari bapa, daddy tetap kena layan bawa kami keluar berjalan. Hehe
Setelah berkurang hampir 3 bulan, harini bawa anak² keluar pusing Putrajaya.

Semoga daddy sentiasa jadi yang terbaik untuk anak-anak. Terima kasih kerana menyayangi kami.


Image may contain: Fasha Syahiera and Anys Idayu Zakaria, selfie, close-up and outdoor



Image may contain: text