Showing posts with label Kursus Pra Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Kursus Pra Perkahwinan. Show all posts

Wednesday 19 September 2018

Pilih pasangan Yang Solat

Tek : Anys Idayu Zakaria

Masa kursus kahwin haritu ustaz ada pesan, kita kahwin ni bukanlah nak membetulkan dan nak ubah pasangan. Tapi kena belajar terima seadanya.

Kalau sebelum kahwin dah tahu pasangan tak solat, kenapa kita sanggup pejam mata nak terima.

Dengan selamba ustaz siap buat ugutan, nak kahwin dengan isteri atau suami yang tak solat. Kahwin kahwin kahwin. Tak pe kahwin. Nanti lepas 5 tahun kau datang jumpa aku semula di pejabat agama.

Kalau dah tahu pasangan tak bertudung, kenapa nak terima dan sanggup pula minta dia berubah bila dah kahwin.

Pesan beliau, tak payah penat dan bersusah payah cari calon yang kita nak ubah dia lepas kahwin. Sebelum kahwin carilah terus yang memang menjaga solat. Yang bertudung. Senang dan mudah katanya.

Bila aku fikir dan renung semula, memang betul apa yang ustaz tu cakap. Kerana aku sendiri pernah melalui.

Aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk mencari pasangan yang boleh bimbing aku. Bukannya yang perlu aku bimbing.

Dan kerana itu juga, si dialah yang berjaya mengetuk pintu hati ini. Bila aku pernah bagitau, aku mencari pasangan yang boleh bimbing aku, boleh ajar aku, pimpin aku, dan dia dengan sepenuh hati tanpa ragu-ragu menjawab, insya Allah dia akan bimbing aku sepenuhnya.

Alhamdulillah memang seperti mimpi. Dia datang tanpa diduga seperti melengkapkan mimpi dan angan aku.

Semoga hari-hari yang bakal kami lalui selepas ini, dia akan sentiasa berpegang pada janjinya, "InsyaAllah..saya pegang amanah jaga awak dan hargai awak sebagai isteri saya."

Tuesday 18 September 2018

Pilih Memilih Calon

Tek : Anys Idayu Zakaria

Masa kursus Pra Perkahwinan haritu memang ada beberapa orang penceramah yang buat kami segar bugar. Dalam berlawak mendalam juga maksud yang mereka nak sampai. Tapi hanya peserta yang boleh menilai nak ikut atau tak.

Bila aku dengar dan ikut pada pengalaman sendiri, memang ada yang aku iya kan apa yang dikatakan penceramah.

Salah seorang penceramah bertanya,

"Siapa yang cari calon isteri yang pandai masak?"

Bila ada yang angkat tangan, penceramah soal semula mereka, "bang, cari calon yang pandai masak tu, abang kena pandai makan tau. Pandai makan?"

Keliru juga aku mula-mulanya.

Maksud beliau, kalau dah isteri masak, siap hidang atas meja, tunggu suami balik kerja, tapi bila suami balik dan diajak makan jawabnya nanti dululah. Belum lapar lah. Kalau ni lah jawapannya memang kita tak layak cari isteri pandai masak. Sebab kita sendiri tak berapa pandai nak makan.

Bila isteri masak, dah semestinya dia nak suami rasa, makan, malah siap kena tambah dan habiskan lagi. Kalau dah suami tak nak makan, sapa pulak yang nak diharapkan untuk makan makanan yang isteri masak.

Soalan lain, "Siapa yang suka baca novel dan Siapa yang ada bakal isteri yang suka baca novel. Kena hati-hati. Sebabnya wanita yang baca novel ni fantasi dan angan-angan mereka sangat tinggi. Kadang tak terfikir oleh lelaki di Malaysia, yang kurang romantik ni."

Ahaa ni bukan aku cakap. Penceramah tu sendiri mengaku lelaki di Malaysia kurang romantik. Hehhe kadang betul juga tu aku rasa.

Thursday 13 September 2018

Kursus Pra Perkahwinan

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah yang ni part aku pula yang dah selesai. Menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Kali kedua ok. hahah. Terpaksalah hadir untuk melengkapkan dokumen pernikahan kami. Mujurlah aku rujuk semula pada mereka yang lebih arif. Jadi barulah aku tahu, dalam kes aku ni kena hadir semula kursus kahwin.

So kalian yang dari Negeri Johor, silalah take note ye. Yang mana-mana bercerai hidup, yang mahu berkahwin semula kalian dimestikan untuk menghadiri semula kursus pra perkahwinan. Walaubagaimanapun, untuk yang bercerai mati tak perlu hadir lagi. Cukup gunakan sijil kursus kahwin sediada.  Dan untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas juga tak perlu hadir. Ermm so kalau rasa tak nak hadir, tak kan nak tunggu umur 50 tahun baru nak kahwin kan hahah. 

Setiap negeri berbeza prosedurnya. Pasangan aku dari Selangor kiranya beruntunglah dah tak perlu hadir sekali lagi kursus tersebut, walaupun bercerai hidup.  Hanya perlu sertakan sijil sediada. 

So apa lagi, aku pun cubalah tinjau-tinjau di Ig. Terjumpalah IG Kursus Kahwin Islam Johor. Lepas dah buat pilihan tarikh maka hadirlah aku ke kursus tersebut pada 8 & 9 September yang lepas. Dengan bayaran RM120, disediakan sarapan dan makan tengah hari. Aku hanya perlu bawa duit, gambar berukuran passport dan salinan kad pengenalan.

Fuh! berasap otak ok. Slot yang padat dengan pengisian hari pertama bermula 8 pagi hingga 5.30 petang. Setiap jam bertukar penceramah. Bak kata salah seorang ustaz, tak payah beriya sangatlah. Tidur ke tak masa ceramah korang tetap dapat sijil dan kahwin. hahah.